Tuesday, August 30, 2016

Warung Kita

Lamaaaaa sangat tak bercerita kat sini. Lepas raya hidup menjadi lebih bz. Bz dengan kerja, menguruskan suami dan anak2. Pastu blog pun macam gila sikit. Tak dapat nak attach gambar.

Untuk permulaan kita cerita pasal makan2 je la dulu. Kalau angin rajin datang, boleh la sambung meraban lagi kat dalam ni.

Kali ni nak cerita pasal warung kita kat bukit raja. Sebelum ni selalu makan kat branch sg buloh jer. La ni depa dah buka branch kat bukit raja. Dekat sikit ngan umah kami.

Rasa masakan sama jer dengan sg buloh. Next time boleh la singgah sini. Lagipun site mama banyak kat area bukit raja. After inspection boleh terus singgah lunch.

Sengih le dapat makan perut kenyang. Kami dua2 kemaruk dengan nasi mmanggey ni. Dalam sebulan at least sekali gi makan kat sg buloh.

Saturday, August 13, 2016

PapaRich

Seronok dok hotel bersambung dengan shopping mall. Tune hotel cyberjaya connected dengan mall dpulze.

Sebelum check in kami lunch siap2. Banyak sangat choice kedai makan kat dalam ni. Macam macam ada. At last kami pilih paparich.

Si kembar show off jam yang mama hadiahkan sempena birthday diorang yang ke 7 tahun. Jam murah jer pun. RM 20 satu. Tapi tu pun dah cukup buat anak2 mama happy.

Si kecik hafiy rayhan mula mula elok la duduk kat baby chair. Bila makanan lambat sampai mulalah dia bosan. Mula la start menjerit.

Dia nak bebas macam ni la. Time takde makanan ok lagi. Dah ada makanan atas meja kalu.. ada yang berterbangan ayam, nasi nanti. 

As usual, air sampai dulu. Milo ais for twin, teh ais for mama n ice lemon tea for papa.

Order bubur ayam untuk hafiy. Semangkuk besar. So papa just kongsi bubur dengan hafiy.

Mama plak memang tak la nak kongsi2. Tengok badan la. Nasi goreng kampung for me. Nasi goreng sedap tapi ayam goreng tu keras dan tawar.

Twin order kids basket yang ada fries, smiley fries dan ayam seketul. Diorang makan kentang jer. 

Smiley face behind smiley fries. Ayam tak habis makan sebab kurang rasa. Lagi sedap ayam kfc. 

Makan kenyang kenyang ya. Dah check in nanti tak kuasa mama nak turun cari makan lagi. Tahan la perut sampai kenduri malam nanti.

Thursday, August 11, 2016

KFC

Balik ofis terus singgah the store sg buloh. Kami nak cari baju melayu kaler purple untuk heroes nak pakai masa resepsi dayah sabtu ni.

Tak sangka susah jugak nak cari baju melayu kalau bukan time raya. Stok baju melayu depa semua hantar ke stor. Raya tahun depan baru depa keluarkan balik. 

Kali ni kami nasib baik. Baju melayu yang diorang dah packing masih belum dihantar ke kedai. Tapi baju melayu tu memang dah siap2 masuk dalam kotak dah.

Alang alang dah kat the store, rayyans ajak makan kfc. Diorang ni pantang betul kalau nampak kfc. Rayyans suka makan set yang ada nasi.

Sebelum ni hafiy pandai makan kentang goreng jer. Sekarang, seketul peha ayam confirm habis. Siap pegang sendiri ayam tu.

After makan terus rushing balik rumah sebab rayyans nak mengaji plak. Syukur pencarian baju melayu hari ni membuahkan hasil.

Wednesday, August 10, 2016

Nandos

Pagi tadi mama ada meeting kat klang. Habis meeting dah tengahari. Sedang elok lunch time. Perut pun punctual minta diisi.

Singgah jusco bukit raja. Nandos la jadi pilihan hati. Kena makan laju laju sebab petang ni mama ada inspection kat bukit raja pula.

Amik set half chicken dengan satu side dish, wedges. Cukupla untuk mama dan papa makan. Tak boleh kenyang sangat nanti nak terberak kat site takde toilet.

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan buat kami. Ada bajet lebih boleh la makan kat restoran eksklusif sikit.

Saturday, August 6, 2016

Fresco

Ni yang menyampah bila dok hotel sekangkang kera dari rumah. Boleh papa keluar senyap2 balik rumah, tinggalkan kami berempat kat hotel.

Bila mama sedar papa dah takde. Balik basuh baju katanya. Lama plak tu balik. Adoila dah la anak bini kelaparan dalam bilik. 

Nak turun bawah shopping kat jaya grocer, mama tak konfiden nak bawa 3 heroes ni. Karang ada drama anak hilang nanti.

Dekat nak check out baru nampak batang hidung papa. Anak2 dah start mengaruk sebab lapar.

Nasibla kat plaza jelutong ada restoran fresco. Terus singgah restoran kasi diam perut yang tengah menyanyi kelaparan.

Rayyans pilih nak makan pizza. Pizza besar ni diorang berdua jer makan. Tu pun kalau ikutkan tak cukup. Minta mama order lain. Mama malas nak layan.

Mama makan fettucine carbonara. Sedap lemak berkrim rasanya. Nampak cam sikit tapi banyak sebenarnya. Sebab pinggan tu tenggelam ke dalam.

Dah makan barulah rasa ada semangat sikit. Pas makan baru ada tenaga nak shopping kat jaya grocer.