Thursday, February 18, 2016

Kenny Rogers Rosters

After meeting kat mpk, singgah jusco bukit raja untuk lunch dulu. Nak balik ofis jauh lagi perjalanan. Karang perut berkeriuk sepanjang jalan.

Sebelum food sampai, layan selfie dulu. Harap2 takde orang perasan la mama dok selfie sorang2, senyum sorang2 ni.

Kali ni makan kat KRR pula. Mama amik set 1/4 chicken dengan 3 side dish. Air plak oder orange juice dan muffin perisa vanila.

Side dishes mama amik baked bean, fruits n makaroni cheese. Makaroni cheese ni feveret mama. Kalau buat kat rumah tak pernah nak jadi.

Wednesday, February 10, 2016

I-City Waterpark

Program ciknik hari ni berendam kat icity waterpark. Mama siap amik cuti semata2 nak ke sini. Plan asal nak gi sunway lagoon tapi mengenangkan tiket yang mahal, kami kensel plan.

Sengaja mama plan datang weekday untuk mengelakkan crowd yang ramai. Nanti tak bebas anak2 nak mandi. Mak pak nak berendam pun tak syok jadinya.

Mak pak dugong amik kesempatan sun bathing. Kerusi pantai ni pun banyak yang kosong. Kalau wiken jangan harapla boleh dapat sorang satu kerusi ni.  

Kami just mandi2 kat kids pool jer. Tak harap nak lepas rayyans mandi tanpa pengawasan Depa yang lain bolehla cuba semua kolam.

Muka tak puas hati sebab kami dah nak balik. Masing2 dah penat. Lagipun malam ni ciknik nak datang lagi ke icity. Nak tengok lampu2 pula.

Tuesday, February 9, 2016

Surprise For Uncle Iskandar

Tujuan majlis malam ni kan mama ada cakap 3 in 1. Birthday hafiy, birthday uncle is dan anniversary cikla dan pakcik nasir.

Seminggu sebelum, ciknik dah siap2 arrange dengan orang puncak alam yang buat servis surprised2 ni untuk hantar bunga dan belon buat uncle is.

Terkejut uncle dengan surprised yang diaturkan oleh isteri tersayang. Berjaya ciknik buat plan tanpa dapat dihidu oleh uncle.

Yang paling over excited adalah 3 beradik ni. Diorang ni bukan apa, masing2 dah aim nak rebut belon besar tu. 

Ciknik memang dah bajet awal2 tempah 3 biji belon biru tu. Dapatlah sorang satu kat anak sedara. Kalau tak ada yang merajuk menangis bucu meja.

Happy birthday to uncle is. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia dengan ciknik hingga ke akhir hayat.

BBQ

Bersempena dengan majlis birthday, mama buat bbq. Actually ciknik yang cadangkan untuk buat bbq. Pastu mama goreng mihun jer.

Bekas bbq ni azri yang pinjam dekat member dia. Pukul 6 kami dah start untuk membakar2. Lambat bakar jawabnya lambatla boleh makan.

Anak teruna ni sibuklah nak membantu jugak. Bantu kipas hidupkan api pun cukupla. Jangan celup tangan dalam api tu sudah la ya.

Tukang bakar ramai ok la kan. Kalau harapkan papa sorang memang malas mama nak bbq bagai ni. Nasib baik ramai jejaka2 badang.

Orang yang paling sibuk birthday boy ni la. Uncle is memang jenis ringan tulang. Kalau nak buat apa2 tak perlu nak bersuruh.

Sapa tukang bakar untung. Bila dah masak terus suap masuk mulut. Masing2 sibuk nak bergambar sampai rentung ayamnya. 

Resepi perapan ayam dan daging ni mama amik kat blog mamatisya. Mama perap 2 ekor ayam dan 20 keping kambing.

Mama perap sehari awal supaya bahan tu semua menyerap dalam daging. Memang terbukti sedap. Makan camtu jer tanpa sos pun dah sedap.

Happy 1st Birthday Hafiy Rayhan

27.1.2016 birthday hafiy yang pertama. Ujung bulan lepas kami dah celebrate secara kecik kecilan. Sebab mama dah plan dengan ciknik nak sambut birthday hafiy masa ciknik datang sini.

Kek hafiy mama tempah dengan orang puncak alam. Baizura Misnan namanya. Sebelum ni mama pernah tempah kek anniversary mama dan papa kat dia. 

Mama tempah rainbow cake bertemakan kartun tobot. So far mama puas hati dengan hasil kerja baizura. Harga pun reasonable.

Birthday adik tapi abang yang over excited. Abang dah sentap sebab takde kek untuk diorang. Sabar ya. Nanti bulan 8 kita celebrate birthday abang pula.

Sampai 3 biji kek nak potong. Serentak dengan birthday hafiy kami celebrate birthday uncle is dan annivesary cikla n pcik nasir.

Baru nak tiup lilin dia dah capai kek. Pantang nampak makanan depan mata. Asyik nak menyuap ke mulut jer.

The boys. Papa with anak menantu dan adik ipar.

The girls with 3 ekor kumbang yang terselit.

Monday, February 8, 2016

Riadah @ Setia City Mall

Si kembar ke setia city mall mengikut ciknik yang nak ke kaison cari wallpaper. Tetiba mama dapat idea nak surprisedkan diorang kat sana.

Senyap2 mama, papa n hafiy menyusul ke scm. Kami gerak pas asar. Tunggu matahari redup sikit nak lepak kat padang scm. Petang2 happening kat sini. Ramai sangat orang beriadah.

First time bawa hafiy kat tempat open camni. Jakun anak mak mata melilau tengok orang ramai main belon. 

Bila mama suh dongak tengok layang2 sampai terbaring atas riba papa. Member tak reti nak dongak angkat kepala lagi.

Hafiy kan belum boleh jalan lagi. Saja mama bagi dia catwalk atas rumput tanpa selipar. Biar rasa kat tapak kaki. Harap2 pasni cepat boleh jalan.

Puas melepak kat padang kami masuk kat dalam mall nak cari abang kembar. Rupanya diorang dah keluar, on da way balik umah dah pun. Hurm.. tak menjadi plan mama nak surprisekan diorang.

Dah alang2 masuk, kami cuci mata la dulu. Dalam mall ada decoration sempena chinese new year. Ada patung monyet. Tahun ni kan tahun monyet. 

Kebetulan mama pun lahir tahun monyet jika dikira ikut kalendar cina. Lahir jer tahun monyet tapi perangai tak sama dengan monyet ya.

Sunday, February 7, 2016

Wedding Aishah

Hari ni tak dapat ikut ciknik g aquaria klcc sebab kami ada jemputan kahwin. Tadi attend kenduri kahwin aishah kat dewan sri bernam, sg besar. 

Aishah ni anak kepada bekas kakak ipar papa. Arwah abang papa merupakan suami kak biah. After abang papa meninggal, kak biah kahwin lain. Kiranya aishah ni anak dengan suami baru. 

Dua dari kiri ni la kak biah. Yang bertiga dalam gambar ni la anak2 sedara kandung papa. Anak kak biah dengan arwah abang papa dulu.

Time kenduri la dapat berkumpul sedara mara. Ada sesetengah tu mama tak pernah jumpa pun. Masing2 dok jauh kan. Bila ada occasion baru la boleh jumpa.

Alhamdulillah, bukan setakat dapat jumpa sedara mara, makanan kenduri juga semua sedap2. Siap ada booth2 makanan. Anak teruna mama ni dok la ulang alik ke booth aiskrim. 

Buat aishah dan suami, selamat pengantin baru maksu sekeluarga ucapkan. Soon, aishah bakal menjadi jiran kami kat puncak alam. Rupanya suami aishah orang puncak alam juga. Beza lorong jer dengan rumah kami.

Saturday, February 6, 2016

Nasi Mmanggey

Salah satu agenda ciknik adalah untuk makan nasi mmanggey kat warung kita, sg buloh. Lunch hari ni tanpa melengah terus ke sana.

Member dah lama pendam perasaan asyik tengok mama aja yang gi makan. Sekali oder 2 bungkus terus. Baru berbaloi beratur lama2.

Muka kanak2 riang dapat makan. Alhamdulillah tercapai cita2 ciknik nak makan nasi mmanggey. Komen dari ciknik, memang sedap.

Uncle pandai ke makan nasi berlauk camni? Uncle ni kalau lagi pedas, lagi selera dia makan. Sambal tu siap suruh letak lebih. Kalau mama dah meleleh hingus. 

Kalau sempat, sebelum balik jb ciknik nak datang makan kat sini lagi. Tunggu paksu datang plak nak gi makan lagi. Lusa baru paksu datang sini.

Hafiy mengekspresikan muka tak puas hati sebab tak dapat makan. Tak puas hati dia sebab orang lain semua ada makanan. Dia sorang jer takde nasi bungkus.

Cik Nik In Da House

Sempena cuti raya cina, ciknik akan menghabiskan cuti selama seminggu kat puncak alam. Pagi2 tadi sesudah subuh ciknik gerak dari jb.

Belum pukul 10 diorang dah sampai kat puncak alam. Tengoklah gaya hafiy peluk ciknik. Maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Last jumpa masa raya puasa tahun lepas. 

Suka sikembar sebab ciknik bawa hadiah birthday in advance untuk diorang. Dapat skateboard sorang satu.

Malangnya tak berapa pandai nak main. Dipijaknya dua2 skateboard buat macam jalan kaki.

Baby boo kesayangan ciknik pun dapat hadiah jugak sempena birthday yang setahun. Dapat lembu hijau sekor.

Hari ni biar ciknik rehat puas2. Esok dah start program jalan jalan cari makan selama sepanjang seminggu ciknik kat sini.

Friday, February 5, 2016

Mr Roti Canai

Lama tak lepak mengeteh dengan boipren mama since ada anak kecik. Tak dapat dah nak duduk tenang2 borak2 kosong sambil menikmati makanan.

Pagi ni jauh skit g ngeteh..sampai ke kota kemuning. Ngeteh kat restoran mr roti canai.

Nama pun mr roti canai, specialty kat sini of course la roti canai. Macam2 jenis roti canai ada. Selain roti canai ada gak menu lain.

Ni tosai ya bukan roti tisu. First time nampak orang hidang tosai camni.

My menu plak namanya mr roti canai float. Roti banjir beserta 2 biji telur halfcooked. Tak dinafikan, roti canai sini memang sedap.

Puas hati makan walaupun harga sedikit mahal jika nak dibandingkan dengan kedai mamak.