Friday, July 31, 2015

Aktiviti Raya Ketiga

Raya ketiga mek tak ke mana2. Dok umah tunggu tetamu. Hari ni ciknik buat open house untuk kengkawan kat kampung. So mama standby jer kat umah bantu apa yang patut.

Sebab dok umah, kita sarung baju lama. Baju raya simpan esok2 nak berjalan lagi. Kenduri pun banyak gak tahun ni.

Signature dish nenek, nasi dagang. Lauk gulai ikan tongkol. Pastu mak sponsor itik. Jadilah gulai itik. Gulai ayam yillek. Budak kembar ni suka sangat nasi dagang nenek. 3,4 kali dok ulang makan.

Alhamdulillah ramai kawan2 ciknik yang datang. Masak nasi dagang 5 kilo cukup2 dengan tetamu yang datang.

Bosan2 tunggu tetamu, selpie laki bini. Si kecik asyik tido jer. Yang abang2 plak bila jumpa sepupu sepapat dah tak ingat mak bapak.

Thursday, July 30, 2015

Aktiviti Raya Kedua

Raya kedua kami keluar beraya ke rumah sedara mara. Rumah pertama adalah ke rumah maksu, adik bongsu nenek.

Outfit mak dara hari ni kurung pahang kain batik sarawak. Sadis kisah beli baju ni. Nyaris tak sempat nak buat raya. Beli online. Baju kami dipos pada hari terakhir poslaju terima parcel.

Anak2 hayam ni jeles plak tengok mak2 hayam dok bergambar. Depa pun nak join sekaki. Makan pun belum asyik dok bergambar tak habis2.

Menu umah maksu adalah lontong, sambal ikan bilis dan rendang ayam. Lontong ni sebenarnya bukanlah menu org kelantan. Tapi sejak ramai anak2 berhijrah kerja kat kl, skg ni barulah ada menu ni time raya. Kalau tak, nasi dagang, nasi minyak sesaja.

Pastu kami beraya kat umah mertua pak da pula. Walaupun ibu bapa mertua pakda dah takde, hubungan silaturahim dengan adik bradik mak da yang balik kampung tetap diteruskan.

Umah last kami beraya adalah umah nenek sedara mama. Umah ni kat dalam kebun. Tapi waktu ni durian n rambutan masih belum musim.

Adalah 3,4 biji jer buah yang gugur. Last year, masa kami datang raya durian tengah musim. Buntang perut makan durian. Siap kutip bwk balik umah. Tahun ni dijangkakan raya haji baru musim.

Selesai beraya kat 3 buah rumah, hari pun dah petang. Pulanglah kami ke pangkal jalan. Balik siap2 sebab esok nak buat open house. Menu nasi dagang gulai itik n gulai ikan tongkol.

Aktiviti Raya Pertama

Lepas salam2, harus la beraya ke rumah nenek tercinta. Itulah rutin kami setiap tahun, setiap kali raya. Selagi nenek ada kat dunia ni, rutin tu takkan berubah.


Sementara tunggu semua ahli rombongan siap, mama pose2 tepi jalan dulu. Tahun ni macam sunyi skit kat kampung. Ada anak2 kampung tak balik kot.


Rumah pertama yang kami ziarah, umah nenek yang kami panggil mak. Ibu kepada bondaku yang tercinta.

Riuh rendah umah mak dengan kerenah anak, cucu dan cicit. 

Kemudian kami singgah kat umah pakcu, adik nenek yang tinggal bersebelahan dengan umah mak.

Pastu ke rumah nenek belah ayah pula. Nenek belah ayah ni kami panggil dengan nama su...mak tiri ayah. Dari kecil ayah dijaga oleh su.


Dah habis ziarah rumah yang wajib, kami balik umah nenek dan ziarah umah jiran2 pula. Pastu balik rumah tukar uniform. Berlengas hooi kat kampung tahun ni panas yang amat.

Belah petang kami dok umah jer tunggu orang plak datang beraya umah kami. Juadah raya kami tahun ni nasi hujan panas lauk ayam masak merah, daging dendeng dan jelatah.

Salam Aidilfitri

Dah dua minggu beraya baru ada hati nak update kat blog. Dah lama gila tak log in. Bz sesangat. Hari bekerja of coursela tak sempat buat benda lain dah. Hari minggu lak masa habis menguruskan rumahtangga. Ada anak kecik ni bz lain macam. Nak buat biskut raya pun tak sempat.

Alhamdulillah tahun ni raya pertama semua adik beradik berkumpul kat umah kami. Hari terakhir puasa dapat berbuka beramai2. Tema family kami tahun ni hijau except mak long sekeluarga yang lain sebab dah beli baju raya siap2 before kami decide kaler tema.

Tema family kecik kami hijau pucuk pisang. Yang lain semua kebetulan pilih hijau emerald. Nasibla ada baju melayu saiz kecik untuk hafiy. Tapi mama terpaksa jahit kaki seluar dan tangan bagi pendek.

Tak sangka tahun ni dah raya berlima. Last year hafiy unknowingly dok kat dalam perut mama dah 3 bulan. Raya kali ni dah 5 bulan lahir ke dunia. Raya pertama buat permata hati ketiga mama.

Rutin selepas solat raya, dimulakan dengan bersalaman memohon ampun dan maaf sesama ahli keluarga and of course bagi duit raya untuk anak2 bulus. Pastu bergambar sampai lebam sementara masing2 masih cantik ayu berbaju raya.

Anak sulung, 3 cucu

Anak kedua, 3 cucu.

Anak ketiga, 3 cucu.

Anak keempat, belum bercucu.

Anak kelima, cucu sorang. Cucu entah ke mana missing in action.

Anak bongsu yang masih single.

Atuk nenek with 4/5 cucu lelaki. Hafiy tengah lena diulit intan.

Atuk nenek with 5/5 cucu perempuan. Balance dah cucu atuk nenek, 5 laki 5 perempuan.

Family mak long.

Family pak da.

Family cik ngah.

Family cik nik. Family cikla xdok plak gambarnya.