Alhamdulillah, selamat sudah majlis pernikahan angah. Dah dua orang menantu papa. Insyaallah, bulan 5 nanti lagi satu majlis perkahwinan akan berlangsung.
Budak kembar dua orang ni yang terlebih excited si kakak nak kahwin. Malam sebelum majlis dah siap standby baju. Tema majlis kaler pink tapi rayyans terpaksa pakai baju biru.
Mama kan dalam pantang, tak sempat nak mencari baju untuk diorang. Testing baju2 melayu yang lain semua dah tak muat. Dua2 badan dah semangat.
Majlis akad nikah diadakan di masjid negeri shah alam. Rombongan pengantin solat jumaat kat sana terus sebab majlis akad nikah sejurus selepas solat jumaat.
Mama dan baby hafiy dok kat dalam dewan nikah sementara menunggu jemputan lain mengambil tempat. Syukur, hafiy behave sangat. Dia tidur je sepanjang majlis berlangsung.
Nasib baik dalam dewan disediakan kerusi. Susah jugak kalau takde kerusi mama nak duduk bersila. So far, selepas operate mama tak pernah cuba bersila lagi. Risau tempat jahit tersepit.
Rayyans yang paling mama risaukan. Takut diorang buat perangai dan mengganggu majlis. Diorang tu bukan boleh duga sangat peelnya. Nasiblah kakak2 ramai boleh tengokkan rayyans.
Selesai solat jumaat, imam, saksi dan papa sebagai wali mengambil tempat. Papa tu tersenyum dalam debaran jugak. Nak menyerahkan puteri kesayangan kepada orang lain.
Dua orang tu elok jer menempel kat sebelah papa sepanjang majlis. Saksi tak berbayar.
Pengantin perempuan tersenyum manis dalam debaran. Cantik angah arini. Maklumlah, raja sehari.
Papa sendiri menikahkan angah dan hafiz. Dengan dua kali lafaz, sahlah hafiz menjadi suami angah serta menjadi sebahagian ahli keluarga kami.
Upacara penyerahan mas kahwin berupa 5 keping dinar emas. Satu kelainan, angah memelih dinar emas instead of duit ringgit.
Disusuli dengan upacara pembatalan air sembahyang iaitu dengan menyarung cincin.
Mencium tangan suami tercinta. Lama hoi depa berdua ni bercinta. Dari zaman tingkatan empat hingga sekarang dah umur 27 tahun. Diorang berdua sebaya.
Selesai semua upacara wajib, barulah sesi bergambar. Pasangan pengantin dengan keluarga belah pengantin lelaki. Rombongan datang dari ipoh.
Pasangan pengantin dengan keluarga pengantin perempuan pula tapi papa entah ke mana.
Dah nak balik baru sempat kami sekeluarga bergambar dengan pengantin. Itupun tanpa baby hafiy. Hafiy tengah tidur tak sampai hati mama nak angkat. Risau dia mengamuk nanti.