Wednesday, February 16, 2011

Hadif Alergi

Pg ni masa antar Rayyans gi umah nanny, muka Hadif ade bintik2 merah. Mama papa ingat tu kesan gigitan nyamuk. so xde la nak risau ke apa. sekali, bila amik Rayyans petang tu, terkejut mama tengok muka Hadif. 
sian anak mama. papa bwk Hadif gi klinik n doktor cakap maybe hadif alergi makan seafood. Tapi setahu mama, kat umah memang x pernah bagi makan seafood lg. mama tanya umie pun dia xde bagi makan seafood....
doktor bagi antibiotik n ubat sapu untuk tahan gatal. nasib baikla x lama. esoknya alergi tu dh hilang...sian budak bulat mama ni..

Tuesday, February 15, 2011

Mr B Becomes Datuk B

Mr B dh dpt tittle Datuk...not that Dato' tp datuk yang ada cucu. His 1st daughter dh selamat lahirkan his 1st grand daughter..kenmain lg Mr B happy. Siap blanja weolsz satu opis makan kat JM Bariani bg meraikan kelahiran cucu pertama. Tengkiu Mr B.. Kalau x silap nama cucu Mr B is Rif'ah Hannan. 


Friday, February 11, 2011

JB

Weolsz ke JB sekadar untuk bercuti n melawat Pakda n Ciknik kat sana. Weolsz bertolak dari Puncak Alam pada hari sabtu. Cikla pun ikut serta..saja nk mengabiskan cuti wiken. Weolsz sampai JB dalam kul 3 petang n terus ke umah pakda kat masai. 
Masa weolsz sampai tu ciknik dh ada. Pelik jer Rayyans nampak ciknik coz dh lama x jumpa. Weolsz lepak2 kejap jer kat umah pakda, then weolsz check in kat hotel. Papa dah booking hotel untuk weolsz bermalam coz tak mahu menyusahkan pakda sekeluarga melayan weolsz. 
landing timeee
 Lepak2 sejukkan badan
Sisters
After check in, weolsz siap2 tuk kluar dinner kat restoran singgah selalu. Dulu masa mama belajar kt UTM, selalu gak mkn2 kat restoran singgah selalu..tp dulu tempatnya xdela secantik sekarang. 
After dinner weolsz pusing2 bandar JB tengok lampu...jalan2 kat danga bay. Then, baru weolsz balik hotel tuk tido. Cikla, ciknik n kak uween join lepak kat hotel sekali...while pakda n family balik umah sindri.
Hadif yg happy dikala bangun tido
Semua dh ready nak turun breakfast
semua tempat nak posing
Rayyans ku sayang
On da way turun breakfast..kat lift pun nak amik gambar
After breakfast weolsz terus check out then hantar my niece, kak uween balik umah pakda kat Masai. Pastu weolsz terus tolak blk shah alam. on da way back tu sempat lg singgah kat ayer hitam beli bunga..hehhehe
ini la dia hasil tangkapan kat ayer hitam

Tuesday, February 8, 2011

Rayyans @ 18 Months Old

masuk umur 18 bulan, makin suka memanjat Rayyans mama ni. kerusi meja kt umah semua kene ikat. x dpt naik ats kerusi, nyorok bwh kerusi pun jd.
Rayyans sejak dua menjak ni suka main ngn periuk belanga mama. kalau mama msk, sibuk jer diorg mintak sudip, sudu bagai. Kat umah ngasuh dia slalu nmpk umie msk agaknya. so, bla mama masuk dapur kenmain lg Rayyans goncang pagar nk masuk dapur sama. Las2 mama belikan set memasak untuk Rayyans....x psl2 anak jantan main masak2 plak..
hari2 kalau nak Rayyans dok elok2 kene bg mainan. Kalau xde mainan baru hbs rak tv tu diorg dok tolak tarik. mama pun dh x kuasa nk jerit marah2 Rayyans. Mama cuma peratikan jer tingkah laku..kot2 Rayyans jatuh msa ekspedisi panjat memanjat tuh. 
dh penat main berdua, time yg paling mama suka bila Rayyans tido. Mama suka tengok Rayyans tido..

Saturday, February 5, 2011

Majlis Bertandang Cik La

pg2 weolsz satu family bertolak dari puncak alam ke felda chemomoi, bentong, pahang. Weolsz tolak awal coz x tau jln, takut sesat. so better gerak awl. nenek, tok ayah n family dari kampung dah bertolak semalam n bermalam kt umah sedara kt felda chemomoi. actually mama dh plan nk konvoi ngn pakcik nor n sepupu mama, kak long. tp disebabkn miscommunication, masing2 gerak asing. pakcik nor dh gerak awl n blk kg wife dia dlu. kg wife pcik nor n uncle nasir ni sebelah menyebelah jer. kak long plak ikut jalan lain. mama ikut karak, kak long ikut seremban. xpela..janji leh jumpa kt kenduri.
sib baik la ade direction di setiap junction
Kul 11 pg weolsz sampai kt umah sedara. cik la dh siap mekap n pakai baju.
Rayyans with second cousin, siti nur qistina. umur diorg beza 2 minggu jer
Brother n sisters
dh ready nk gerak
meja pengantin
His family
Her family
Twin in da house

Alhamdulillah, selesai sudah semua majlis. Syukur semuanya berjalan lancar. Nenek, tok ayah n semua family bertolak blk ke kelantan on that day jugak. Untuk cik la, jaga adab, jaga tingkah laku, jaga nama baik keluarga kat umah mertua. Jgn mls2 k....gud luck...


Friday, February 4, 2011

Rayyans @ Alor Lintah

Pak da seman (bapa saudara nenek) ajak gi umah dia kat alor lintah, jerteh. Pak da seman wat majlis kenduri akikah cucu dia. Anak pak da seman ni after 10 thn kahwin baru dapat anak..fuhh..lama tuh tunggu baru dpt cucu..xde rezekikan..nt wat cmne. Syukurla mama xyah nk tunggu lama2...siap bunting pelamin gitu. Weolsz satu family gi sana. 
ini la dia pak da seman
Tok ayah n pak da seman
hati2 dik non..kene gigit lintah nnt
Umah pak da seman ni dikelilingi sawah padi..cantik sgt view dia. 

menu kenduri arini kari kambing, feveret papa. mmg papa x lps pluang mkn sepuas hati. walaupun kambing bukan feveret mama, tp time mkn mama tumpang sekaki. Sementara mama n papa bizi mkn, Rayyans sibuk main tingkap...kt kl xde ekk tingkap cmni???


Wednesday, February 2, 2011

Pengkalan Kubor

Newly wed ajak mama gi shopping kat pengkalan kubor. Uncle Nasir x prnh sampai lg kt sini. Cik nik, uncle is, pak su ikut skali. On da way ke sana, singgah beli baulu paling sedap kat Jln Pasir puteh - Kota Bharu. Baulu ni dibuat secara tradisional..tu yg menambahkan sedap baulu n akok kt sini.
pas beli baulu n akok tuk alas perut, perjalanan diteruskan. Sampai kt perkampungan siam, benti lg. Si fotografer nk amik gmbr plak kt sini
Potrait of us

sampai pengkalan kubor dh tengahari..sib baik kedai dia ade bumbung. xde la pns sgt weolsz nk bershoping.
agak susah untuk mama bershoping sambil mendukung Rayyans. Bila tangan mama sibuk dok belek barang, tangan Rayyans pun sibuk gak nk pegang2 brg. Terpaksala mama tinggalkan Rayyans with pakcik makcik sekejap. Mula2 tu ok la...tp blum sempat mama habis shoping, Rayyans stat drama dh..
Adegan sebelum
Adegan selepas

Rayyans ni tak kasi langsung mama nk jamu mata. Baru tinggal kejap dh meleleh air mata. Tp sempat gak la mama borong periuk belanga...hehehe. nk shoping lama2 poket x berapa nk tebal..perut pun dh lapar, so we decide cari kedai makan then blk umah...jauh tu umah..3 jam baru sampai..penatttttt