Genap setahun mama memegang jawatan sebagai seorang ibu. Sepanjang bergelar mama, macam2 dugaan yang mama tempuh...ade yang manis..ada yang pahit...suka..duka...tp itu semua tidak menjadi halangan bagi mama memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada lelaki yang bernama papa...sebagai seorang anak kepada mek & ayah dan sebagai seorang ibu kepada 2 putera kesayangan mama, Hazim Rayyan & Hadif Rayyan.
Hazim adalah kembar pertama yang keluar dari perut mama...yang mama anggap sebagai abang. Org2 tua ada cakap kalau anak kembar yg keluar dulu adalah adik..sebabnya abang mengalah kepada adik..jd bg laluan untuk adik yang keluar dulu. Tp bg mama, Hazim adalah abang..sebab Hazim yang keluar n nampak dunia terlebih dulu.
Memang Hazim layak menjadi seorang abang. Dari kecik Hazim banyak mengalah dengan Hadif. Kalau berebutkan mainan, Hazim akan mengalah..Kalau berebut untuk berdukung atau beriba dengan papa n mama, Hazim akan beralah. Terima kasih sayang sebab sanggup beralah demi adik..
Bila Hazim dah mula bercakap, Hazim panggil Hadif dengan panggilan baby. Bila Hadif liat untuk makan, Hazim akan tarik tangan Hadif untuk makan bersama. Bila Hadif jatuh n menangis, Hazim akan peluk dan berusaha untuk angkat Hadif (walaupun xkan berjaya sbb Hadif lebih besar dari Hazim) sambil memujuk Hadif...alaaa cayanggg...
Hazim lebih rapat dengan mama berbanding papa...mmg dari kecil mama n papa asingkan tempat tido Hazim & Hadif. Selalunya mama n papa akan tukar2 jaga Hazim or Hadif, tp bila mama jaga Hadif..Hadif akan menangis waktu malam sampai kite semua x dapat nak tido. Sama juga keadaannya bila papa jaga Hazim, Hazim akan menangis x henti2. Kesudahannya, mama permanently tido sebelah Hazim, papa plak permanently jaga Hadif.
Ada orang ckp x elok mama pisahkan anak2 macam ni...tp mama xde jalan lain. Kalau mama x pisahkan tempat tido anak2 mama, kite semua xkan dapat tido sepanjang malam. Rayyans mama ni masa kecil suka menangis malam..jd bila sorang nangis yg lg sorang pun akan terjaga n menangis. InsyaAllah..bila anak mama dh cerdik nanti mama takkan pisahkan tempat tidur kalian lg.
Hadif adalah anak kedua mama..keluar dari perut mama selang seminit dengan Hazim. Hadif yang punya banyak gelaran..adik..bulat...lat...bila mama panggil dengan nama tu Hadif mesti pusing n senyum kat mama...sungguh indah senyumanmu nak...dilengkapi dengan lesung pipit di pipi kiri.
Hadif banyak mengusik Hazim...suka membuli Hazim..suka menggigit Hazim..tp mama tau Hadif amat menyayangi Hazim. Bila Hazim takde depan mata, Hadif akan pusing satu rumah mencari Hazim...sedangkan Hazim tengah lena diulit mimpi...di dalam buaian..di dalam bilik.
Hadif ni pada pandangan fizikal je nampak nakal..suka mengusik..suka membuli tetapi sebenarnya anak yg manja. Kalau Hazim sesekali mengusik Hadif, Hadif akan nangis x henti2 mengadu kat mama n papa. Kalau mama marah, Hadif akan tutup mata dengan tangan, menyandar kat dinding n pura2 menangis.
mama adalah wanita yang paling bertuah di dunia ni...walaupun mama bukanlah anak yang baik tetapi mama ada mek, ayah & adik beradik yang sentiasa di sisi mama walau dalam apa jua keadaan..Walaupun mama bukanlah seorang isteri yang sempurna tetapi mama ada suami yang akan dan sentiasa menyayangi mama (InsyaAllah). Walaupun mama bukanlah ibu yang terbaik tetapi mama sentiasa bersyukur dikurniakan 2 cahayamata comel dan sempurna dari segala segi...