Sunday, March 28, 2010

Rayyans @ Sg Besar

Tengah dok lepak2 mengabiskan cuti wiken, tetiba papa dapat call dari anak sedara, Ancui. Ancui bitau yg dia balik kampung jenguk mak (kakak ipar papa) kat sg besar. Then papa tanya mama, nak x gi sana coz mama x pernah kenal keluarga kakak papa yg kat sungai besar ni. Abang papa (ayah ancui) dah lama meninggal dlm kemalangan jlnraya. so, tinggalla ancui n mak with abang (maman) n kakak (iros).
Mama with Ancui
Mama with kakak ipar

Masa weolsz sampai kat sg besar, keluarga maman pun ada sekali. dapatla mama berkenalan dengan ahli keluarga papa dengan lebih mesra (mcm jejak kasih plak). Weolsz stay sampai malam baru balik. Dah lama papa x berjumpa sedara mara..sesekali dapat berkumpul ni banyak la cerita yg keluar.

Tuesday, March 23, 2010

I-City Di Siang Hari

Semua org sibuk dok bercakap psl I-City..sibuk dok upload gmbr kat I-City. Mama teringin nak pergi...tp mcm x sesuai nak bawak Rayyans memalam kat sini. Nak dijadikan cerita, on da way balik dari site meeting dengan mas, mama ternampak signboard I-City. Mama suggestla kat Mas nak singgah sini..so sampaila weolsz berdua kat I-city ni di siang hari. Kalau siang pun dh cantik, malam mesti lg cantik ngn lampu kaler2...tunggula Rayyans besar skit mama bawak datang sini.
everywhere ade pokok berlampu yg berkaler2
Suka..akhirnya sampai gak kat I-City walaupun tengahari
pokok yg unik...kawan mama ckp cam pokok dlm cite avatar

Tuesday, March 16, 2010

Diarrhea

Sian anak mama kene diarrhea..mama x tau sebab apa. Tetiba jer asyik terberak2 jer Rayyans mama. Nak kata salah makan, Rayyans cuma makan nestum seperti biasa jer. Mama terpaksa amik cuti untuk stay n jaga Rayyans kat rumah. Mama memang xde experience jaga baby yang terkena cirit birit. Muka Rayyans dh cenkung n pucat disebabkan asyik poo poo n refused to eat. Bila mama bg susu, asyik muntah2. Dah bawak jumpa doktor kat kilinik I***** pun masih x benti2 ciritnya. Then, mama n papa bawak Rayyans to another klinik..then baru mama tahu yang baby cirit x boleh bagi minum susu tepung biasa..need to change to susu soya...what the h***...napa la doktor kat klinik 1st yg weolsz pergi tu x bagitau. After we change to soy milk, sehari jer dh benti cirit birit diorg. Alhamdulillah..
Rupanya Rayyans cirit sebab nak 'beralih' bulan. Baik dari cirit birit, Rayyans mula dapat tune untuk merangkak..Nampak gayanya Hadif miss step menjalar....dari meniarap terus merangkak.

Diarrhea (from the Greek διάρροια meaning "flowing through"[2]), also spelled diarrhoea, is the condition of having three or more loose or liquid bowel movements per day.[3] It is a common cause of death in developing countries and the second most common cause of infant deaths worldwide. The loss offluids through diarrhea can cause dehydration and electrolyte imbalances. In 2009 diarrhea was estimated to have caused 1.1 million deaths in people aged 5 and over[4] and 1.5 million deaths in children under the age of 5.[1] Oral rehydration salts and zinc tablets are the treatment of choice and have been estimated to have saved 50 million children in the past 25 years. (Wikipedia)

Tuesday, March 9, 2010

Rayyans @ 7 Months Old

Rayyans dua beradik makin hari makin pandai bergaduh. Pantang dok dekat, mesti ade jer yg create bunga2 utk bergaduh. 
Kebiasaannya pergaduhan kecil ni akan dimenangi oleh Hadif, si bulat mama.
Rayyans juga ada hobi baru iaitu melompat. Pantang bila diangkat mesti nak melompat jer kejenya. Lompat plak bukan reti nk perlahan...Naik berketul dh lengan mama n papa.