Monday, June 16, 2025

Kopi Saigon

 Kopi Saigon yang mama pergi ni dekat branch jalan Nesan Empat, area Mayang Mall.

Branch ni kecil je. Rasa boleh la muat dalam 10 orang pada satu-satu masa.

Senarai minuman yang ada dekat sini.

Dessert tak banyak pilihan sangat. Tapi boleh la setakat nak kopi-kopi.

Kopi butterscotch pilihan mama. Lemak berkrim rasanya.

Dessert pilihan cheesecake, croissant n cheesekut oreo. Manis-manis semuanya.

Tiada hari tanpa kopi.

Kopi Saigon 
599 Jalan Nesan Empat
Kampung Nesan Empat
Kuala Terengganu

Buka setiap hari: 10.00 am to 10.00 pm.
Jumaat: 3.00 pm to 11.30 pm.

Saturday, June 14, 2025

Icaa Cafe

Lepas makan cendol, si kembar cakap lapar lagi. So kita terus la ke Icaa Cafe sebab berdekatan je dengan Wala Cendol.

Trademark Icaa cafe..riben besar.

Dekat pokok mangga pun ada riben besar. Jangan salah nampak waktu malam sudah..

Order n bayar terus dekat kaunter.

Berkenan ngan lampu ni.

Wall decoration.

Variation of matcha tapi mama bukan peminat matcha.

5 orang, 5 selera.

Kek batik..dessert pilihan si bongsu.

Menu yang kami order.

Kudap-kudap.

Chicken carbonara...sedap creamy..

Meatball pun sedap macam meatball ikea rasanya sebab ada jem.

Icaa Cafe
Jalan Taman Purnama
Kuala Ibai

Buka: 4.00 pm to 11.00 pm
Rabu: Tutup

Wala Cendol

Hari ni mama gantung kuali sebab gigi berdenyut tak kuasa nak masak. Pastu si kembar plak tengah mode diet sekarang ni. Lepas appointment klinik tadi mama, papa n hafiy dah makan kat Burn Cafe jadi tengahari tak lunch sebab dah kenyang.

Pastu petang mula la perut berkeroncong. Ditambah dengan cuaca panas ni makan cendol sedap jugak.

Wala cendol ni dekat je ngan umah kami. Lokasi dia kat tepi sungai Kuala Ibai.

Best..sambil makan boleh menikmati pemandangan.

Kuyu jer rasa mata melayan angin tepi sungai.

Meh tengok apa menu yang ada kat sini. 

Mama makan laksam..nampak x belacan seketul atas pinggan tu.

Twin makan nasi goreng ikan.

Cendol durian dan cendol mangga. Sejuk jer terasa dekat tekak makan time2 cuaca panas.

Kami order jugak keropok lekor 2 set. Sedap keropok lekor ni terasa ikannya.

Pokok bakau di sepanjang sungai Kuala Ibai.

Wala Cendol
1165C, Jalan Taman Purnama
Kuala Ibai

Buka: 1.00 pm to 7.00 pm
Jumaat: 2.30 pm to 7.00 pm
Selasa: Tutup

Burn Cafe

Pagi ni mama ada appointment dekat klinik gigi. Dah tua2 ni silap makan sikit jer terus sakit gigi. Gigi banyak dah goyang.

Lepas rawatan ternampak cafe ni sederet dengan klinik gigi. Si bongsu terus ngajak ngopi-ngopi. Padahal pagi tadi dah breakfast kat rumah.

Sejuk jer deco dalam kedai dipenuhi dengan pokok2 hidup.

Kenmain dia baca buku menu.

Kami bertiga je hari ni. Abang2 takmo ikut.

Senyum sambil menahan sakit gigi.

Ruang kedai luas, kemas, bersih dan selesa. 

Customer tak ramai lagi maybe sebab baru buka.

Budak happy dapat makan.

Our drinks. Sakit gigi pun mama minum ais jugak.

Teh o ais peach for me.

Honey lemon for papa.

Vanilla ice cream brownies for Hafiy.

Kata-kata hikmah.

Burger for Hafiy.

Mama n papa share mihun soto.

Burn Cafe
PT 3620, Tingkat Bawah Rumah Kedai
Jalan Alam Mutiara 1
1, Tok Molor
Kuala Terengganu

Buka: 11.00 am to 10.00 pm
Jumaat: 3.00 pm to 10.00 pm
Ahad: Tutup

Friday, June 13, 2025

A&W

 Setiap pagi jumaat, Hafiy ada kelas renang dekat Pusat Akuatik Terengganu Batu Burok. Mama masukkan dia dalam kelas renang sebab nak suruh aktif. Kalau tak sepanjang masa la mengadap handfon.


Kenmain seronok dia dapat belajar berenang. Budak2 kan biasala memang suka mandi kolam.

Sekarang ni hari jumaat adalah hari yang paling dia tunggu-tunggu.

Kelas renang sejam jer satu sesi. Dari 8 pagi hingga 9 pagi. Sorang trainer jaga dalam 4 ke 5 orang student je.

Lepas swimming terus kelaparan anak bujang. Kami ke A&W berdekatan jer dengan pusat akuatik.

Menggugat betul bau ayam ni tiap kali lalu depan A&W.

Kami first customer ari ni. Orang lain breakfast cari nasi dagang nasi minyak, kami cari A&W.

A&W Pantai Batu Buruk
Jalan Pantai Batu Buruk

Buka setiap hari: 10.00 am to 12.00 am