Saturday, May 21, 2016

Bye Bye Swiss Garden

Habis lawatan sambil belajar kat oceanarium, kami bergegas balik hotel untuk check out. Walaupun masa agak terhad, tak sangka banyak gak tempat yang kami dapat lawat. Itupun nasib baik stay kat swiss garden sebab tempat2 yang dilawat tu dekat saja.

Selfie kat beranda for the last time. Insyaallah will come back lagi dengan family pula. Yang pasti bukan untuk kerja. Just makan angin saja.

Bergambar dengan my feveret spot kat dalam bilik ni. Gambar kampung morten dari pandangan atas.

Bye bye swiss garden. Kat sini la kami berkampung selama 3 hari 2 malam. Kat level 28, executive floor. Bilik kami nombor H28.025. Macam rugi jer dapat bilik best tapi jarang2 dok bilik.

Selepas check out, masuk ke the shore balik semata-mata nak bergambar dengan robot2 transformers.

Robot2 ni memang ada dari 1st day kami sampai lagi. Tapi masa tu takde plak nak terkinja2 bergambar. Dah nak balik ni baru teringat nak pose. 

Mama bukan apa, saja nak sakat rayyans balik nanti. Dah la diorang dah hangin tak dapat ikut mama outstation. Mama plak sedap jer jalan2 bila single mingle.

The Shore Oceanarium

Selepas breakfast kami ke oceanarium. Letaknya kat tingkat 2, the shore. Tiket masuk mama amik kombo yang berharga rm35. Boleh tahan harga tiketnya. Kami dapat cermin mata 3D dan fridge magnet. 

Pastu diorang bagi satu kertas soalan. Mama kena chop jawapan kat kertas tu sepanjang lawatan dalam aquarium ni. Akan ada port2 yang diorang letakkan chop untuk kita chop kat kertas ni.

Mula2 masuk kat area kolam2 kecik. Kat sini pengunjung boleh pegang hidupan laut yang ada dalam kolam. Kat tangan mama tu adalah gamat. First time pegang gamat. Geli hoi sebab badan dia lembik.

Twinkle2 little star. How i wonder what u are? Up above the world so high. Like a diamond in the sky. Oppss tapi star ni dok dalam air la mama. 

Kat sini sudut reptilia. Ada ular dan macam2 jenis serangga. Poyo jer mama bergambar dengan patung ular. Cuba letak ular betul tengok berani ke tak nak bergambar camtu.

Bila tiba kat tempat tayangan, bolehlah gunakan cermin mata 3D. Masa ni tengok cerita ikan nemo kena kerjar dengan belut elektrik.

Yang sebenarnya mama tak nampak apa2 pun masa pakai cermin mata 3D tu. Almaklumlah mata rabun. Terpaksa pakai cermin mata balik bila nak menonton.

Bangkai dolphin yang telah diawet untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya menjaga alam sekitar. Pencemaran laut boleh memupuskan hidupan laut.

Kat atas tu ikan yu. Bila lalu bawah ni mama mesti akan membayangkan cermin tu pecah.

Macam2 jenis ikan ada dalam aquarium ni. Bukan satu jer aquarium, banyak sangat. Pastu setiap aquarium lain2 jenis ikannya.

Dalam aquarium ni cuma ada satu spesis ikan tapi banyak. Bila ada orang berdiri kat tepi aquarium diorang akan berkumpul kat situ. Macam nak makan orangnya gayanya.

Kalau manusia cium katak, katak boleh berubah jadi putera. Kalau manusia cium kuda laut, kuda laut akan berubah jadi apa ekk???

Last section dalam ni adalah kampung penyu. Masa beli tiket tadi diorang ada jual makanan penyu dengan harga rm10. Mama tak beli pun makanan tu.

Banyak ekor gak penyu dalam ni. Ada dalam 7,8 ekor gitu. Nasib mama baik dapat bergambar dengan penyu2 ni sebab sebelum tu ada family yang bagi penyu makan. Sebab tu la semua penyu dok berkumpul kat sini jer.

Sebelum balik, kena submit kertas soalan yang kita jawab tadi kat kaunter. Pastu dapat la hadiah keychain ikan nemo ni. Sure seronok datang sini kalau bawak Rayyans dan Rayhan. Next time mama nak bawa diorang datang jugak.

Friday, May 20, 2016

Melaka River Cruise

Malamnya kami decide tak nak dinner dulu sebab risau tak sempat naik river cruise. Mama dah pernah naik river cruise waktu siang. So sekarang nak cuba feel naik waktu malam pulak. 

Tiket hari jumaat dah naik harga jadi rm15.90. Kalau naik semalam harga baru rm 10.60. Kata penjual tiket bot akan lalu dalam 30 minit sekali, tapi tak tentu sangat timingnya.

Kami tunggu bot kat jetty the shore aje. Hotel swiss garden, oceanarium, musical fountain dan promenade just walking distance jer dari sini. Very convenient.

Kat jeti ni ada laluan pejalan kaki di sepanjang sungai. Kami tak berani nak berjalan bedua kot2 ada perompak ke tengah tunggu kat depan. Pastu risau ada ular sebab pokok merimbun jer tepi laluan tu.

Kat jeti the shore langsung takde orang. Cuma mama n nisa jer. Mungkin sebab waktu ni bukan weekend atau cuti umum. Jadi tak ramai pelancong yang berkunjung ke melaka.

Masa tengah2 bergambar ada bot berhenti. Kami buat donno jer la sebab akak kat kaunter tiket tadi cakap bot sampai lagi setengah jam.

Sekali abang driver yang baju putih tu jerit kat kami, ada tiket nak naik bot ke. Bila mama cakap ya, terus dia panggil naik bot tu. Nasib baiklah tak de la kami nak kena tunggu lama.

Bila lalu kat kampung morten terang benderang seluruh kampung. Macam malam raya plak rasanya. Kalau ada lampu lip lap lagi meriah agaknya.

Kali ni mama rasa laluan bot makin panjang dan makin lama. Kalau dulu kami naik bot kat jeti berdepan dengan hotel del rio. Sekarang ni tempat naik dah tukar ke terminal monorail.

Bila sampai kat jeti lama (hotel del rio), bot akan patah balik menuju ke jeti the shore seterusnya ke jeti monorail. Lama gak naik bot. Hampir sejam. 

Bila balik tu konon2 nak dinner kat food court the shore tapi hampa sebab kedai semua dah tutup. Last2 tapau burger charcoal ni jer dan balik makan kat bilik. Fuhh..banyak aktiviti kami hari ni. Memang jalan seret kaki jer. Tak sabar nak rebahkan badan dan zzzzzz.

The Shore Sky Tower

Habis jer kerja, kami terus ke the shore sky tower. Tiket masuk ke sini agak mahal jugak.  Rm25 per head.

Dari kaunter tiket, kena lalu ikut laluan ala ala jambatan gantung ni. Boleh tahan gegar lutut gak sebab berangin.

Kena ikut laluan ini untuk naik ke tingkat 43. Kena naik tangga kat tempat pengantin dok bergambar kat belakang nisa.

Bila dah sampai kat tangga, ada plak kolam ikan kat belah atas yang see thru. Risau jer buatnya kaca tu pecah habis berterabur ikan jatuh bawah.

Ha inilah port yang terjuntai yang nampak dari bilik kami tu. Gambar ni ambik dari jambatan gantung. Takde plak orang nak berdiri kat sini time ni.

Kami stuck lama kat sini sebab nak menunggukan pengantin ambik gambar. Bila diorang gerak baru la kami dapat teruskan perjalanan.

Dah naik tingkat paling atas, jumpalah signboard ni. Now I am at the tallest peak in the most historical city of malaysia.

Kat atas ni disediakan teropong untuk meninjau sekitar bandar melaka. Tapi mek pendek. Tak boleh nak teropong ke bawah. Sudahnya teropong langit jer la.

View bandar melaka. Nak diri kat penjuru ni pun hati kena kuat. Sapa ada penyakit gayat yang kronik sure gigil lutut.

Pemandangan kampung morten dari sky tower. Nampak sungai yang menjadi laluan bot river cruise.

Kat puncak ni takde apa pun. Just lantai yang luas ada corak bulat2 ni.

Pastu ada cam pondok ni, sesuai sangat la pengantin nak amik gambar. Sempatla kami main chop tiang sorang satu.

Kami bertiga berviewkan bandar melaka yang makin pesat membangun. Bangunan tinggi makin banyak. Especially banyak hotel2 baru yang dalam pembinaan.

Kiranya timing kami naik ke sini agak tepat jugakla. Sebab dapat layan sunset kat atas ni. Cubaan nisa nak pegang matahari tak berjaya sangat.

Waktu nak turun kami decide guna tangga ja. Saja cabar diri tak nak guna lif. Yang buat gigil sebab tangga tu sengaja dibuat jarang2 gitu. Cuba buat tangga full bertutup confirm tak gerun sangat.

Masa beli tiket tadi dapat poskad the shore sky tower. Untuk info, kami tak berdiri pun kat platform yang terjuntai tu. Kat situ tak boleh amik gambar guna kamera or fon sendiri. Kalau nak kena guna kamera pihak pengurusan dan bayar rm40 untuk sekeping gambar.

Audit

Audit ISO ni rutin tahunan bagi unit perakuan, IWK. Semua unit seluruh malaysia akan diaudit. Auditors akan tukar2 between semua unit. Tahun ni mama kena audit unit melaka.

Unit melaka kecik je kalau nak dibandingkan dengan unit selangor. Walaupun kecik, tanggungjawab tetap besar. Demi menjamin pembangunan sistem pembetungan negara. 

Audit bermula jam 9 pagi. Tengahari stop untuk jejaka2 gi solat jumaat. 

Then sambung lagi sampai petang. By 5.30 kami dah boleh closing. Hajat nak habis awal tak kesampaian. Maklumlah file yang diaudit boleh tahan tebalnya.

Bos unit melaka belanja kami coconut shake batu berendam. Mama dah pernah cuba coconut shake klebang. Yang ni pun not bad rasa dia.

Breakfast

Second day kat melaka. Hari ni kena berperang untuk melunaskan tanggungjawab kerja, tujuan utama ke melaka. Semoga kerja-kerja audit berjalan lancar nanti.

Sebelum turun brekfast, kita selfie dulu. Muka fresh lagi pagi2 ni. After breakfast kami terus ke IWK melaka untuk kerja, kerja, kerja... 

Sementara tunggu nisa siap, selfie kat beranda dengan blok sebelah dulu. Kat bawah sana ada swimming pool untuk kanak2. Kalau bawak rayyans ni mesti diorang suka sangat. Masuk dalam wishlist la bawa diorang datang sini.

Breakfast kat level 3A dari pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Hari pertama kami antara orang yang terawal turun breakfast. Food dihidangkan kat kaunter2 yang berlainan. Kena rajin jalan jengah kat semua kaunter. Pastu ada chef kat tengah2 tu akan masak on the spot scramble egg, roti canai dan roti sosej.  

Menu breakfast nasi lemak dan mee goreng. Pastu ada roti & pastry, roti canai, bubur, coco crunch..spread takdelah banyak sangat. Tapi cukupla untuk mengenyangkan perut. My first plate, nasi lemak, mee goreng, baked bean dan chicken sausages. 

Cafe ni betul2 mengadap kampung morten, Dinding plak kaca, memang cantik sangat view kami breakfast. Sama jer warna dan bentuk bumbung rumah tradisi melaka.

Pemandangan seluruh kampung morten. Kalau malam ni view sure lagi cantik sebab kampung ni bermandikan cahaya lampu. Dengar cita dari orang melaka, katanya kerajaan negeri sponsor bil elektrik diorang sebab kampung ni salah satu tarikan pelancongan melaka.

Tuan tanah kedaung berlatarbelakangkan kampung morten. Kat depan tu adalah sungai yang menjadi laluan river cruise.

Breakfast hari kedua menunya sama aje. Cuma mee goreng ditukarkan kepada kwayteow goreng. Hari kedua kami turun lambat, banyak food dah habis. Proses penambahan makanan tu agak lambat. Kena tunggu diorang untuk top up food.