Monday, November 19, 2012

Durian Crepe

Sana sini orang dok bercerita pasal durian crepe ni. Dah jadi macam satu fenomena plak. Mama nak la juga cuba apa rasa durian crepe ni. Jadi bila orang bercerita, takdelah terkulat-kulat. At least boleh membayangkan rasa dia macam mana.

Terpengaruh dengar cerita mama jue cakap sedap, hati ni tak sabar-sabar nak merasa. Nak buat sendiri malas. Sebab dengar cerita macam leceh nak buat kulit (lempeng) tu. So mama order jer dengan Pieza, owner pusat tuisyen kat opis mama ni. Dia jual 5 ketul, RM10. Perghhhh..memang lemak berkrim rasanya. Patutlah semua orang sibuk dok bercerita, especially kepada peminat tegar durian. 

Komen dari papa 'sedap. ni mama boleh buat sendiri ni'

Saturday, November 17, 2012

Pizza Hut

Dok melayankan Rayyans main game sampai ke tengahari. Perut dah mula lapar balik. Kalau balik rumah baru nak masak, sure berkeroncong perut ni. Then papa bawak pusing-pusing Kuala Selangor, cari tempat makan.



End up, kami pilih pizza hut. Nak makan kat restoran semuanya jenis open space. Daripada mama tak dapat nak menikmati makanan sebab sibuk dok kejar Rayyans, better mama cari tempat yang tertutup. Which is, pizza hut is the best place. Lagipun dah lama kami tak makan kat pizza hut. Asyik-asyik McD jer.

The boys bila masuk sini, terus nampak peti aiskrim. Mmm..tak boleh nak elak terpaksa order aiskrim untuk diorang. Kalau tak satu kedai tu dia dok jerit-jerit "kakak...nak aiskrim" kat cashier tu.

Suka sangat makan aiskrim. Padahal masing-masing tengah batuk dan selsema. Mama tak bagi makan pun, diorang still nak jugak. Memang tak makan saman. Pastu batuk n hidung dok berhingus jer tak berhenti.

Mama n papa plak not in the mood untuk makan pizza. We just had spaghethi carbonara n bologneise. Set spaghethi ni ada soup n breadstix sekali.

McD Puncak Alam

The twin memang suka sangat bila mama papa asyik cuti jer minggu ni. Isnin keje, selasa cuti deepavali, rabu keje, khamis cuti awal muharram, jumaat keje then arini cuti balik. Best woo keje then cuti selang sehari. Kalaulah memang waktu bekerja camtu setiap minggu, kan best...

Diorang ni asal mama cuti jer, pas mandi mesti minta nak pakai seluar jeans. Sebabnya bila pakai jeans, sure nak keluar berjalan. Paling tidak pun diorang minta pergi Mimo' (pronounce it as McDonald).

Masuk jer McD, terus tuju tempat permainan. Tu la tujuan diorang pun datang sini. Bukannya sebab suka makan burger ke apa. Masa diorang kat dalam ni, ada sorang budak perempuan umur 2 tahun. Asyiklah dok mengekor si kembar. Bila Rayyans ketuk-ketuk cermin panggil mama, budak pompuan tu buat benda yang sama.

Then nenek budak pompuan tu datang kat tempat mama. Tanya kembar ni anak mama ke? Nenek tu cakap Rayyans bertuah. Buat mama rasa pelik. Mama tanya nenek tu balik, kenapa? Rupanya budak pompuan tu dijaga oleh ayah dan nenek. Emak budak pompuan tu tinggalkan dia masa umur 8 bulan, masih dalam buaian. Ikut kata nenek tu, sebab mak budak tu ikut lelaki lain. Ada orang ketiga. Tapi tu urusan antara mak n ayah budak tu la. Kita tak tahu apa masalah rumahtangga diorang. Cuma yang mama pelik macam mana mak dia boleh tinggalkan anak yang dia kandung. Sampai ke hari ni, mak dia tak pernah datang jenguk budak pompuan tu. Nak menitis air mata mama dengar kisah dia. No wonder dia macam nak main-main ngan mama. Maybe sebab dia dahagakan kasih sayang seorang emak.

Lets forget the sad story n see what we had for breakfast. Opkozla family breakfast box. Tu jer yang lalu nak telan pagi-pagi ni.

As usual, my feveret, the pancakes. Padahal boleh jer buat sendiri tapi masih nak buang duit kat McD ni. Mama tukang perabis pancake, papa tukang perabis burger.

Hadif plak tukang perabis hash brown.

Same goes to Hazim. Padahal dalam peti sejuk kat umah nun ada jer hash brown yang ready made. Tunggu celup dalam minyak jer. Tapi kalau kat rumah takde nak makan beria camni. Maybe feel lain kot makan kat umah n kat luar.

Lepas breakfast papa ajak shopping barang dapur kat Tesco Kuala Selangor. Kat sini memang ada pusat permainan, dan kami memang akan lalu depan dia untuk masuk ke Tesco. Dah satu hal sangkut dalam ni berjam-jam melayankan si Rayyans mencuba semua permainan. Buat rugi jer duit beli token coz diorang ni bukan pandai sangat nak main.

Thursday, November 15, 2012

Cendol Bakar

Lepas breakfast kat McD, kami terus balik ke Puncak Alam. Nak shopping kat Tesco, macam takde benda yang nak dibeli. On da way back, lalu kat Cendol Bakar. Tengok orang dah ramai, so papa patah balik. Singgah makan cendol dulu. 

Dulu Cendol Bakar ni kedai dia kecik jer. Tapi customer memang sentiasa ramai la. Now dia dah pindah ke tempat yang lebih luas untuk menampung pertambahan customer. Siap ada drive thru lagi. Kiranya bisnes cendol ni makin maju la.

Actually, first time lalu depan kedai cendol bakar ni mama curious jugak. Macam manalah rupa cendol yang dibakar. Selama ni tengok cendol yang direbus jer. Rupanya Bakar tu nama owner kedai cendol ni. Tu yang dapat nama Cendol Bakar tu. Cendok pakcik Bakar tapi bukan cendol yang dibakar.

Kali ni kami makan cendol VIP kot namanya. Kat dalam tu ada jagung, kacang merah, nata de coco dan pulut. Tapi lain kali kena minta kurangkan manis. For me, tooo sweet.

Selain cendol, kat sini ada beberapa gerai kecil yang jual pelbagai jenis makanan dari berasakan mihun, mee, laksa dan nasi. Just order jer nak makan apa. Kiranya pakcik Bakar ni dah bagi peluang kat orang lain untuk turut sama berniaga kat sini. Sama-sama tambah pendapatan. Walaupun tadi dah breakfast kat McD, kami tetap order laksa dan mee jawa. Kiranya ni untuk cover for lunch. Balik nanti tak payah masak dah. Boleh rehat dan membuta sampai ke petang.

McD Kuala Selangor

Anak bujang mama ni bila hari cuti, tengok mama tak gi kerja mulalah meragam ajak gi McD. Tak nak bawa, kesian plak tengok diorang. Yelah, 5 hari seminggu diorang dok terperap kat rumah pengasuh. Time mama cuti ni la diorang nak keluar jalan-jalan. So mama ikut kan jerla permintaan anak-anak kesayangan.

Sempena cuti awal Muharram ni, papa bawa jauh sikit, gi kat McD Kuala Selangor. Dah bosan asyik-asyik kat Puncak Alam jer. Yang si kembar ni tak kisah kat mana-mana pun, janji kat McD tu ada mainan. Gi McD bukan nak makan sangat, tapi nak main jer lebih.

Kami order set breakfast box tu. Actually mama pun suka gak breakfast kat McD. Mama suka makan pancake ngan madu tu. Pancake dia gebu. Kalau buat kat rumah sure tak segebu itu.

Western sungguh anak mama. Pagi-pagi breakfast makan hash brown. Mama dulu makan ubi kayu rebus jer. Hahahaha...Tapi tak dinafikanlah, diorang memang suka makan kentang, spagheti dan yang seangkatan. Kalau nasi tu memang kureng la.

Jangan plak ada yang komen tanya tak boikot ke McD pasal isu Palestin tu. Ia terpulang pada pendapat masing-masing. For me, anak-anak yang bekerja kat McD tu kebanyakkannya anak melayu. Apa jadi jika semua orang boikot McD..pasti diorang akan hilang kerja kan. 

One more thing, kalau nak boikot maksudnya kena boikot semua produk Israel, bukan setakat boikot McD jer. Kalau nak boikot semua produk, maksudnya mama kena stop bagi susu kat Rayyans sebab susu keluaran nestle tu produk Israel. Dan semua orang perlu stop minum nescaffe.

Ini pendapat ikhlas dari mama. Jangan ada yang terasa hati ke apa. Again, pasal isu ni terpulanglah kepada pendapat masing-masing.

Friday, November 9, 2012

Demam Melanda

Petang semalam masa amik Rayyans kat pengasuh, mama diberitahu badan Hazim panas. Mungkin nak demam. So balik rumah mama terus bagi ubat. Pas makan ubat Hazim terus tidur. Around 12 pm, dia bangun minta susu. After habis satu botol, tetiba dia batuk then terus muntahkan semua susu tu balik. Badan memang panas gila.

Mama mandikan, bagi Hazim kebah sikit. Pas mandi dia lena sekejap. Then pukul 3 pagi dia batuk then muntah lagi. Yang keluar cuma cecair kuning. Sebab perut dah kosong asyik muntah jer. Badan memang panas tak surut. Risau takut tarik ke apa nanti. Mulut asyik merengek cakap panas, hidung panas. Maybe hidung dia tersumbat.

So papa mandikan Hazim lagi sekali. Masukkan ubat ikut bontot. Hazim minta tidur kat tingkat bawah. Then mama bawak turun. Barulah dia nak lena. Susu memang taknak minum langsung dah. Takut muntah agaknya.

Pagi ni badan Hazim still tak kebah lagi. Kalau ikut hati memang mama nak cuti jer jaga anak kat rumah. Tapi mengenangkan kat opis takde orang, sebab eld ngn kak hanim dah cuti terpaksalah mama gi kerja gak. Tapi sebelum hantar tu papa siap-siap masukkan ubat kat bontot diorang.

Hantar anak kat pengasuh dengan berat hati. Risau demam diorang makin melarat. Kesian kat pengasuh kena jaga anak mama yang tak sihat, sure banyak ragamnya. Harap-harap pengasuh takdelah nak berkira ngan mama. Time-time macam ni, i wish boleh duk umah jaga anak. Kalau lah saya tak bekerja, jadi suri rumah sepenuh masa....

Tuesday, November 6, 2012

It's Raining

Lately ni asal petang jer mesti hujan lebat, guruh berdentum...remind me of my childhood. Dulu masa sekolah cuti penggal pada bulan 11. Bulan 12 tu kira dah masuk sesi persekolahan baru. Bulan 11 kebiasaannya kat kelantan musim banjir. 

Kalau sekarang, orang takut bila banjir. Tapi masa mama kecil2 dulu mama suka musim banjir ni. Sejuk memanjang. Pastu dok kat umah jer...hari2 makan tidur jer kejenya. Kalau air banjir naik sampai ke rumah, siap berpesta main air lagi. Jadi macam satu pesta plak bila musim banjir.

Sejak dah kerja n berumah tangga ni susah nak jumpa memori macam dulu lagi. Kat sini bila banjir tak sama dengan banjir kat kampung. Banjir kat kampung air putih bersih. Sini more to banjir lumpur n sampah sarap. Musim ni jugak ramai yang dapat tambah pendapatan dengan menangkap ikan air tawar.

Musim banjir jarang dapat makan ikan laut ni sebab nelayan memang takut turun laut tangkap ikan. Selalunya mek awal2 lagi dah buat stok ikan rebus banyak-banyak sebagai persediaan musim banjir. Maklumlah, kami adik beradik tak makan ikan air tawar. So terpaksalah makan ikan rebus yang digoreng jer. Kalau tak pun, lauk telur dan sardin pun dah cukup membangkitkan selera makan. Musim sejuk, haruslah perut sentiasa lapar. Dapat makan nasi panas-panas memang cukup menyelerakan.

Antara menu wajib masa banjir adalah gulai lemak pucuk miding campur dengan ubi keledek. Makan dengan nasi panas berulamkan kacang botor atau timun cicah budu memang cukup sedap. Bila musim banjir susah untuk dapatkan bahan mentah. So we could not ask for more. Dapat makan simple macam ni pun dah cukup bersyukur.

Ubi kayu dan ubi keledek cukup sinonim dengan musim banjir. Kat kampung ubi ni senang tumbuh. So bila banjir bolehlah dicabut untuk dijadikan sumber makanan. Dapat makan cik mek molek untuk minum petang, diiringi titisan air hujan....speecless. Owhhh..how i miss those old days.

Kenapalah mama dok bebel pasal makanan masa hujan-hujan ni..actually perut terasa lapar. Nak tunggu Mr B keluar gi solat, nak turun beli cokodok buat minum petang.

Tuesday, October 30, 2012

Our First Colouring Book

Hi aunty-aunty seme. Hari ni kami take over blog mama. Mama penat dan tak sihat nak menulis. Jadi hari ni Hazim dah Hadif jer yang bercerita. Kali ni kami nak cerita tentang our first colouring book. Alkisahnya, selepas balik dari kampung, kami ke Econsave. Mama nak beli barang dapur. Masa kat dalam econsave tu, bila tiba kat area permainan kanak-kanak, Hadif menjerit sekuat hati minta buku.

Mama belikan kami buku mewarna Ultraman. Kami suka sangat. Sebab kami memang minat dekat ultraman. Pastu mama belikan juga crayon untuk kami kaler buku tu nanti.

Bersemangat kami kaler buku tu. Satu malam jer dah siap. Walaupun kami kaler tak berapa cantik, tapi mama cakap kami kaler cantikkkkk sangat. Tq mama.

Tapi kami nak minta maaf kat mama sebab selepas kaler satu buku, kami dah patah-patahkan crayon tu. Mama marah. Mama buang semua crayon dalam tong sampah. Huhuhu....tapi kami dah minta mama belikan yang baru. Mama say NO. Padan muka kami berdua.

KFC Gua Musang

Plan asal nak gerak balik ke Shah Alam belah malam. Tapi change plan, kami gerak awal sikit. Pas asar kami terus gerak. Papa risau takut jalan jem plus langit macam nak hujan. Kalau ikut hati ni malas sangat nak balik Shah Alam. Kalau boleh nak dok lama-lama bermalasan makan tidur kat kampung.

Nasib baik jalan tak jem. Cuma sangkut sekejap dekat Kuala Krai jer. Tapi sepanjang jalan memang hujan lebat. Maghrib kami tiba kat gua musang. So singgah la dinner kat KFC, kat pekan lama Gua Musang.

Si Rayyans ni memang suka makan KFC. Dapat seketul peha ayam memang tak toleh kiri kanan lagi dah. Mama pilih set yang ada nasi sebab nak bagi diorang kenyang. Bila perut kenyang jawabnya diorang akan tido lena sepanjang jalan.

Salah satu sebab kenapa mama pilih KFC sebab restorannya tertutup. Tak perlu nak risau Rayyans berlari sana sini. Kalau berhenti kat RnR terlalu open space. Susah nak kontrol diorang ni. Tapi mama bangga sebab diorang habis makan nasi ayam ni. 

Monday, October 29, 2012

Nasi Dagang Air Tangan Ibu

Memandangkan plan nak buat nasi dagang makan pagi raya tak menjadi, maka hari ni barulah dapat merasa nasi dagang. Mek kesian anak-anak kempunan tak dapat makan, jadi gagahkanlah jugak bangun pukul 4.30 pagi tanah nasi dagang tu. But still, ikan tongkol masih takde di pasaran. Jadi kami makan berlaukkan ayam jer la. Tapi tu pun dah terlebih sedap bila makan hasil air tangan ibu.

Tu dia..dua periuk. Satu periuk nasi, lagi satu periuk gulai. Licin buat makan pagi jer. Masing-masing tak menyempat dah, terus ceduk dari periuk.

Pagi ni cikla dah nak bertolak balik kl. Malam nanti plak kami akan menyusul. Kami lebih selesa gerak malam sebab anak-anak tidur. Bolehlah papa drive dengan tenang. Kalau mengantuk kami akan berhenti take a nap.