Lepas breakfast kat McD, kami terus balik ke Puncak Alam. Nak shopping kat Tesco, macam takde benda yang nak dibeli. On da way back, lalu kat Cendol Bakar. Tengok orang dah ramai, so papa patah balik. Singgah makan cendol dulu.
Dulu Cendol Bakar ni kedai dia kecik jer. Tapi customer memang sentiasa
ramai la. Now dia dah pindah ke tempat yang lebih luas untuk menampung pertambahan customer. Siap ada drive
thru lagi. Kiranya bisnes cendol ni makin maju la.
Actually,
first time lalu depan kedai cendol bakar ni mama curious jugak. Macam
manalah rupa cendol yang dibakar. Selama ni tengok cendol yang direbus
jer. Rupanya Bakar tu nama owner kedai cendol ni. Tu yang dapat nama
Cendol Bakar tu. Cendok pakcik Bakar tapi bukan cendol yang dibakar.
Kali ni kami makan cendol VIP kot namanya. Kat dalam tu ada jagung,
kacang merah, nata de coco dan pulut. Tapi lain kali kena minta
kurangkan manis. For me, tooo sweet.
Selain cendol, kat sini ada beberapa gerai kecil yang jual pelbagai jenis makanan dari berasakan mihun, mee, laksa dan nasi. Just order jer nak makan apa. Kiranya pakcik Bakar ni dah bagi peluang kat orang lain untuk turut sama berniaga kat sini. Sama-sama tambah pendapatan. Walaupun tadi dah breakfast kat McD, kami tetap order laksa dan mee jawa. Kiranya ni untuk cover for lunch. Balik nanti tak payah masak dah. Boleh rehat dan membuta sampai ke petang.
No comments:
Post a Comment