Wednesday, May 11, 2016

Dominos On Our Birthday

Balik dari birthday dinner kat tree steak house, tengok fon ada berbelas miscall dari kakak tyla. Mama dah cuak takut ada hal kecemasan.

Rupanya diorang adik beradik nak datang rumah untuk celebrate birthday mama n papa. Terharu kami sebab anak2 masih ingatkan tarikh lahir kami.

Diorang bawak 2 domino pizza yang saiz besar. Dah la tadi kami makan lamb chop, ni nak makan pizza pulak. Rezeki jangan ditolak.

Pepperoni pizza feveret si rayyans. Tapi masa diorang datang rayyans dah tidur. Tak dapat diorang nak merasa pizza ni.

Papa dah bersila nak mengadap pizza plak. Alhamdulillah, malam ni dinner makan lamb chop, supper makan pizza.

Mak yong tersandar kekenyangan selepas makan. Kakak tyla tengah peknen 4 bulan. Masih dalam fasa morning sickness. Terima kasih mama ucapkan buat anak2 kerana belanja kami makan pizza.

Tree Steak House

Hari ni adalah hari lahir mama dan papa. Tahun ni umur mama dah 36 dan papa pula 58. Bila birthday jatuh pada weekday, tak dapat nak buat makan2.

Sekadar untuk menyimpan memori, kami ke tree steak house untuk celebrate birthday mama dan papa. Tiada kek birthday. Just makan western food.

Tunggu rayyans habis sekolah agama, then kami terus ke paya jaras. So far, tree steak house adalah kedai western food feveret kami anak beranak.

Satu cabaran bila makan kat luar sekarang. Hafiy dah takmo dok diam. So mama n papa kena gilir2 makan sebab nak jaga hafiy.

Air sampai 5 gelas. Mula2 mama orderkan fresh orange untuk papa. Pastu papa plak g order teh tarik. Kembung nak mengabiskan semua air.

Rayyans makan grilled chicken chop. Diorang cuma makan ayam dan kentang. Coleslaw tu mama n papa kena jadi tong sampah tukang pengabihkan makanan.


Mama makan gabungan lamb chop dan steak. Sos pun gabungan bbq sos dan blackpepper sos. Kalau datang sini, mama akan order menu ni je.

Papa makan lambchop. Best lamb chopnya lembut jer. Cuma tak dapat nak takes sweet time menikmati makanan. 

Bila dah ada anak kecik yang tengah aktif, nak kunyah makanan pun rasa tak sempat. Masuk mulut, kunyah ala kadar terus telan. Nak cepat habis makan punya pasal.

Our family yang makin berkembang. Mama ada satu lagi kuota untuk operate tambah anak. Harap2 mama ada rezeki untuk timang anak perempuan juga.

Dihari lahir mama dan papa, mama harap semoga kami dipanjangkan umur. Diberi kesempatan untuk tua bersama2. Semoga kami sentiasa hidup dalam kebahagian.

Tuesday, May 10, 2016

Password Recover

Setelah sekian lama, akhirnya baru jumpa password blog ni. Nasibla tak terkubur gitu jer. Mama dh siap buat blog baru dah, mama3hr.blogspot.my. tp tu la still malas gak nak update.

Semangat baru dah datang sempena boleh sign in kat blog ni. Banyak story mory nak cerita ni. Harap2 bateri rajin sentiasa recharged.

Monday, May 9, 2016

Allah, Jaga Dia Untukku

Semalam masa on da way balik dari cameron, paksu wasap cakap tok ayah admitted. Tetiba pagi tu tok ayah asma teruk sangat sampai tak boleh bernafas.

Paksu bawa ke wad kecemasan, hospital tengku anis, pasir puteh. Kat situ tok ayah dah diberikan bantuan pernafasan. Tok ayah langsung tak boleh bergerak sebab asma.

Tok ayah dimasukkan ke wad sebab pernafasan tak lancar. Then doctor bagi drip. Nak ke toilet pun kena pakai kerusi roda. Untuk kurangkan pergerakan, doktor sambungkan tiub ke pundi kencing.

Tok ayah dulu heavy smoker. Bila dapat asma terus berhenti merokok. Tempat kerja tok ayah juga salah satu penyumbang. Kerja kat kilang kayu dikelilingi dengan habuk kayu. Thats why ada masalah dengan pernafasan. After this, kami adik beradik dah tak benarkan tok ayah bekerja lagi.

Ya Allah, tolong jagakan kekasih hatiku ini. Kau lindungilah tok ayah. Jauhkan la segala penyakit dari tok ayah. Semoga kesihatan tok ayah bertambah baik. :(

Saturday, May 7, 2016

Smurff Inn Homestay

Kali ni kami stay di smurff Inn Homestay. Konsep dekorasi sudah pasti bertemakan karakter kartun the smurff. Hotel ni baru jer lagi buka. 

Mama amik bilik family. Anak2 dah besar, tak selesa nak berhimpit atas satu katil. Nanti tidur tak lena pastu mula la hangin satu badan bila ada hal2 yang tak diingini berlaku. 

Susun atur dalam bilik agak tak berkenan di hati mama. Mungkin sebab bentuk bilik ni bukan segi empat. Jadi nak arrange perabot agak susah. Buatkan bilik ni nampak limited space. 

Bilik air not bad. Disebabkan hotel baru, jadi semua kelengkapan masih bersih dan cantik. Cuma bilik air ni sempit sikit la. 

Kat dalam bilik of course la dipenuhi dengan dekorasi smurff. Si kembar excited bila nampak gambar kartun merata rata dalam bilik. 

Lagi pun diorang dah besar, dah pandai tengok tv. Dah tau nama nama karakter smurff ni. 

Cuma adikla, dah penat travel hari ni. Masuk bilik, bagi makan, terus pengsan. Mama risau jugak takut dia tak boleh tidur, meragam kat tempat tak biasa. 

Malamnya cuma papa yang keluar ke pasar malam brinchang untuk tapau makanan. Hafiy dah tidur jadi tak dapat mama nak ikut sama. 

Hotel ni dekorasi memang cantik tapi agak tak mesra pelanggan. Bilik dibina mengikut cerun bukit. Bilik kami kat belah bawah. Jadi nak kena menapak turun tangga. Lif tak ada untuk terus ke bilik. 

Bayangkan kami dengan beg2 besar, dengan anak kecil, agak sukar untuk bergerak. Bilik pula langsung tak ada tingkap. Cuma ada exhaust fan. Agak kelemasan mama kat situ. 

Pada mama, pelancong datang ke cameron untuk menikmati udara segar dan sejuk kat sini. Bila kat bilik tak ada tingkap, celah mana kami nak rasa udara segar tu. Rasa terperap bila dok kat dalam bilik. 

Mungkin bilik2 yang berada kat tingkat atas ada tingkap. Cuma nasib kami tak baik, dapat bilik kat tingkat bawah yang tak ada tingkap. 

Cameron Lavender

Dah lama gila tak gi cameron. Since pregnant dan bersalinkan hafiy rasanya. La ni pun hafiy dah umur setahun lebih. Kira2 dalam dua tahun juga la tak gi cameron.

Inipun last minit punya plan. Hari jumaat baru mama decide nak ke sini. Itupun lepas nampak timeline kat fb pasal smurff inn homestay. Hati terus melonjak2 nak stay sini.

Hari jumaat jugakla baru mama call homestay buat booking. Nasib baik ada bilik kosong lagi. Mama amik bilik family room. Ahli keluarga makin bertambah, anak2 makin besar, tak muat dah nak tido satu katil.

Kiranya ini first time hafiy jejak kaki kat cameron. On da way naik dia tidur je sepanjang jalan. Kami naik ikut simpang pulai. Walaupun jalan tu tak bengkang bengkok sangat, still mama risau hafiy muntah.

Alhamdulillah kami sampai atas tanpa adegan2 drama. Sebelum check in kami singgah kat cameron lavender dulu. Kalau check in terus nanti takut malas dah nak keluar2.

Nak masuk sini kena beli tiket. Mama rasa harga tiket dah naik. Mama pernah masuk sini tahun 2013. Masa tu rasanya tiket untuk dewasa rm5 jer. La ni dah jadi rm8.

Cuaca agak berbahang juga sebenarnya. Cameron dah tak sesejuk dulu. Pastu yang mama pelik kat dalam ni banyak gila lalat.

Mangga cinta ala2 kat korea. Dulu takde ni benda ni. Tapi takde la plak mama nak kunci mangga kat sini juga. Mama kunci cinta kat hati papa sudah. Chia chia chia.

Nama jer taman ni cameron lavender tapi bunga lavender yang biasa tengok tu takde pun. Yang ada bunga purple ni seakan2 lavender.

Tetiba ada patung panda kat sini. Panda ni mewakili panda yang kat dalam zoo negara kot. Anak teruna dua orang ni dah tak boleh nak buka mata sebab silau panas.

Mama kalau tengok bunga kuning ni mesti teringat cerita dilwale yang lama tu. Ada satu scene diorang dok lari2 celah pokok ni. Dalam cita tu ladang dua luas gila.

Kami naik sampai ke puncak. Naik semput papa mendukung hafiy. Kalau mama dukung confirm tak sampai atas. Awal2 lagi dah surrender.

Jejaka2 kesayangan mama dikelilingi bunga2 yang berwarna warni umpama warna hati mama dengan kehadiran mereka dalam hidup mama. 

Seronoknya mama dikelilingi oleh bunga2. Naluri wanita sukakan keindahan. Rasa macam nak berumah kat dalam kebun ni jer. 

Sekarang sudah ada surau. Satu penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak pengurusan lavender garden. 

Assalamualaikum..ada orang kat rumah tak? Kami datang nak beraya. Eh eh tetiba nak raya pulak kan. 

Patung2 dwarfs ni jugak benda baru yang ada kat sini. Tapi mana sleeping beautynya? 

Sukanya hafiy dok pusing kincir angin. This is also new stuff in here. 

My two heroes on top of the hills. Gayat tu sebenarnya nak pandang bawah. 

Budak ni tengah excited. Maklumlah first experience datang ke cameron highlands. Jangan risau dik, nanti every year kita datang sini sebab cameronkan kampung kedua mama papa. 

Berhenti rehat sekejap untuk membasahkan tekak dan melepaskan lelah di dada. 

Bila datang caneron, of courselah semuanya berasaskan strawberry. Kek strawberry, strawberry milk shake dan sundae strawberries. 

Sebelum turun, port wajib bergambar bagi rayyans. Suka sangat diorang dok bersila atas labu ni.

Wednesday, March 2, 2016

Cubic World

Lunch tadi dengan gegirls ofis. Acara wajib setiap kali bila dapat gaji. Treat diri sindri kekdahnya.

Menu yang mama makan ni butterfly chicken namanya. Ayam rama2... tapi tak boleh terbang. Ayam crispy tu cicah sos buttermilk.

OMG...double chin tu tak dapat nak sorok2 lagi dah. Orang kuat makan camni la. Tengok badan kembang risau, tapi tak gak diet2. Redha jer la badan kembang setaman.

Si hazwani la tukang ngajak sempena 1st day saliha melaporkan diri bertugas. Wan n saliha makan chicken grill with spagheti aglio olio.

Saliha ni kontrak staf tapi dah tamat hujung bulan 1. Kontrak sambung balik start mac. So sepanjang bulan 2 saliha melepak goyang kaki kat rumah. Sonokkkkknya...