Tuesday, January 8, 2013

Complimentary

Complimentary dan rezeki yang tak disangka-sangka di awal tahun baru ni. Walaupun nilainya tak seberapa tapi cukup untuk membuatkan hati gumbira tak terkata. Yang dapat complimentary ni adalah papa tapi yang terlebih gembiranya mama.

Semalam papa bawa balik surat complimentary daripada majikan dia, Timedotcom. Mama tumpang bangga majikan menghargai titik peluh papa selama ni. On top of that, papa dapat cash voucher RM50. Walaupun RM50 jer, itupun rezeki juga kan?

Voucher ni boleh digunakan samada di KFC, Pizza Hut ataupun Ayamas. Mama tengah mencari masa yang sesuai untuk gunakan voucher ni. RM50 ni dah lepas 2 kali kami lunch. Harap-harap tahun ni rezeki papa kat sana lebih murah lagi. Dapatlah mama tumpang senang.

Majikan papa juga ada cover kos perubatan untuk staf dan ahli keluarga under Medijaring. Kad yang kat atas ni tahun lepas punya. Dah selamat dikembalikan sebab every year diorang akan dapat kad baru.

Ni plak kad baru, untuk tahun 2013. Kaler dah tukar jadi gold. Alhamdulillah, banyak gunanya medical card ni time2 sakit.  

Nasi Dagang

Mama plan nak buat entry menu breakfast sepanjang minggu ni kat Restoran Mak Uda. Tapi dah miss satu hari. Semalam tak sempat nak breakfast. Dahlah kami terlewat bangun, pastu jalan pulak jem. Kebetulan pagi ni papa ada meeting. Tak boleh nak masuk lambat. Tak sempat kami nak berdating pagi ni.

Mama makan nasi dagang teganu. Nasi dagang teganu ni kaler putih. Pastu dimakan dengan acar timun. Tapi mama tak amik acar tu sebab tak biasa makan gitu. Kalau nasi dagang klate dia guna beras merah dan tanpa acar timun. Ada pilihan lauk samada gulai ikan tongkol atau ayam. Kali ni mama pilih ikan tongkol.

Papa plak makan cucur udang jer. Pelikssss. Bagi mama cucur udang ni sesuai dimakan ketika tea time. Tapi kat sini jadi menu breakfast. Sos cucur udang ni memang diorang masak sendiri bukan yang dalam botol ready made. Sedap. Cucur udang tu pun panas lagi.

Tengoklah mek klate muka gembira setiap hari hadap makanan feveret. After sebulan, rosak penimbang berat naik mencanak. Hahaha..

Lunch pun kami ke sini lagi.  Sekarang dah tak perlu nak pening kepala mikior nak lunch kat mana. Datang sini confirm puas hati makan.

Kali ni gurlfrens semua ikut. Tak tahan telinga asyik dengar mama cerita kesedapan lauk pauk kat sini. Nampak tak kat belakang kenmain ramai customer. Penuhla kerusi meja yang disediakan. Kena tunggu meja kosong dulu baru dapat makan.

Lauk penuh meja uols. Masing-masing makan ikan bakar. Memang tak dinafikan, ikan bakar tu sedap. Sambal dia cukup rasa. Mama ratah ikan tu sampai ke tulang. Siap habiskan kepala ikan kak Hanim. Dasar gila ikan jaket.

Satu jer yang susahnya, datang sini mesti rasa tamak yang melampau. Lauk yang diambil berjenis-jenis. Macam orang kebulur lama tak jumpa nasi lagaknya. 

Masing-masing makan dengan penuh kusyuk dan tawadu'. Apa yang mama perhatikan, restoran ni dah terkenal sekarang. Makin hari makin bertambah customer yang datang sini. Mama harap berkekalan la restoran ni beroperasi.

Saturday, January 5, 2013

Rayyans @ 3 Years 5 Month

Malam ni kakak-kakak Rayyans cakap nak datang rumah. Kebiasaanya, bila diorang datang mama akan masak. Malam ni mama nak buat cheese cake. So kami singgah la kat kedai kek Desniy kat Puncak Alam nak cari bahan. Nak tau apa jadi bila Rayyans ikut mama masuk kedai kek?

Dua-dua nak kek angry bird. Pastu siap cakap 'ma, nak bday to u'. Maksudnya nak tiup lilin la. Mama mintalah kat pekerja tu lilin sebatang sorang. Tak cukup dengan lilin, ditariknya pula topi tu.

Balik rumah terus suruh mama pasang lilin. Pastu tiup lilin ala-ala nyambut birthday. Walhal birthday yang keempat tahun lambat lagi kot. Kena tunggu bulan 8.

Pastu boleh pulak suruh mama hidupkan balik api lilin. Sampai pendek lilin tu diorang dok tiup berkali-kali. Kek tu idok le diorang makan pun. Kesudahannya, mama n papa tukang perabih.

Sri Bunga

Petang semalam date ngan papa kat restoran sri bunga, terletak kat belakang opis mama jer. Niat asal nak makan nasi kerabu or nasi berlauk kaki ayam. Tapi masa kami sampai, hujan tengah lebat. Jadi pekerja restoran tak sempat nak setting payung kat tepi jalan tu.

Restoran bunga ni antara restoran yang terawal buka di kawasan ni dan masih bertapak kat sini. Masa mama mula-mula kerja kat sini, inilah tempat feveret mama n papa lunch. Tapi sekarang disebabkan banyak sangat kedai makan yang buka, dah jarang-jarang ke sini. 

Malas nak tunggu diorang buka payung, kami order nasi putih berlaukkan tomyam, daging goreng kunyit, telur dadar dan kailan ikan masin. Sedap juga masakannya, maklumlah tauke kedai dan pekerja semua diimport dari seberang sungai...thailand la..

Friday, January 4, 2013

Rayyans Di Tahun Baru

Tahun ni Rayyans dah masuk 4 tahun, bulan 8 nanti. Dari sehari ke sehari, macam-macam peel diorang yang menghiburkan hati mama dan ada juga yang buatkan mama jadi geram. Rasa macam nak cubit-cubit jer pipi gebu diorang tu.

Ini kononnya pomen tengah repair motor rosak. Gaya baring ni actually diorang tiru mekanik yang betulkan kereta pengasuh diorang. Budak-budak kan, apa yang diorang nampak mesti diikutnya.

Coffee table ni dah lama terperap kat dalam bilik sidai baju kat tingkat atas. Dulu kami simpan sebab risau meja kaca tu pecah bila Rayyans dok ketuk-ketuk, risaukan keselematan diorang. Bila dah kemas-kemas ni, papa keluarkan balik letak kat tingkat bawah. Ni la aksi diorang bila first time nampak coffee table ni..terus gi baring kat bawah meja. Ada-ada jer diorang ni...

MIB

Stands for mommy and soon to be mommy in black. Hari ni gegurls kat opis semua berpakaian hitam. Terkejut Mr B tengok masing-masing golappp jer. Kalau ikutkan tema sebenar adalah berjubah hitam tapi tak dapek sebab mama takde jubah.

Tak aci tau gegurls ni. Last friday, masa mama outstation ke Melaka, diorang shopping jubah sesama. Pastu pakat pakai ramai-ramai ari ni. Sian mama sorang jer yang takde jubah. Tapi ikut kan jer la tema pakai baju hitam. Nak jugak tu...

Ni la mastermindnya. Auww..seksi uu jubah kak hanim. Bunga kat belakang. Terpaksa pose tunjuk backside. Sempena tahun baru ni, we decide nak pakai jubah setiap hari jumaat. 

Terpaksalah lunch tadi mama ke tesco shopping jubah. Ada yang mama berkenan sangat-sangat, tapi sayang takde saiz yang sesuai. Dalam pada tu sempatla juga rembat sehelai jubah. Nampak gaya pasni kena tambah koleksi jubah la.

Breakfast Apa? Di Mana?

Tak usah ditanya di mana...tentulah kat kedai feveret baru kami. Breakfast apa? Nanti mama show off. Pasni kena wat entry menu breakfast sepanjang minggu nampak gayanya.

Kami dah jadi pelanggan tetap restoran mak uda selera timur. Pagi ni baru berkesempatan nak amik gambar restoran ni. Tapi segan plak nak amik gambar over depan orang ramai.

This time mama makan nasi kerabu biru kettu orang Klate oyak. Pastu kena dengan lauk ikan sardin celup tepung. Fuhhh..marvellous. Nasi kerabu ni original macam kat Klate coz ada budu, sambal kelapa dan kuah tumis.

Makan nasi kerabu tak boleh dengan sudu. Kena makan dengan tangan, baru ada feel dia nak gaul sebati kesemua ramuan dia. Pagi ni ramai plak customer. Kami dapat meja bahagian luar.

Papa makan mihun singapore je? Apa kelass...punyalah banyak makanan lain, mihun gak yang dia amik. Tak cukup-cukup lagi ke setiap hari mama goreng mihun kat rumah? 

Oooo...rupanya ada udang di sebalik mihun. Pas makan mihun diordernya roti canai pulak.  Nasib baik sekeping jer. Sedap juga roti canai kat sini. Kuah kari dia tu kena dengan tekak melayu mama ni.

Total breakfast pagi ni RM11.80. Nasi kerabu dan ikan celop tepung RM5.00, mihun singapore RM3.00, teh tarik dan teh o limau ais RM1.50 dan roti canai kosong tu 80 sen. 

Thursday, January 3, 2013

Port Baru

Port untuk apa? Port untuk breakfast dan lunch. Sejak restoran Mak Uda Selera Timur di buka, boleh kata setiap pagi mama n papa breakfast kat sini. Kat sini banyak sangat food yang disediakan. Azam kami, nak try semua makanan yang diserve kat sini. So setiap pagi kami akan makan food yang berlainan. Nanti kalau ada kesempatan, mama nak amik gambar keseluruhan food kat sini.

Pagi ni mama makan lontong ngan sambal baru. Tamak amik penuh mangkuk. Pastu paksa papa suh habiskan. Papa plak makan mee goreng dengan sambal sotong.

Lontong ngan sambal paru harganya RM6. Mee goreng dan sambal sotong regenya RM3.50. Segelas teh tarik, regenya RM1.50.

Kami sedondon hijau yer hari ni. Hik hik. Papa ni suka tau ikut mama nak pakai kaler apa. Pastu suka buat muka bila orang amik gambar. Dah la hidung kembang, makin kembang yeop kome amik gambar gitu. *statement nak kena libas ngan laki*

Wednesday, January 2, 2013

Prosperity

Semoga tahun baru ni beri lebih kejayaan dan kekayaan kepada kami. Bukan setakat kaya dengan wang ringgit dan harta benda, tapi kaya dengan keimanan, ketaqwaan dan kasih sayang. Semoga tahun ni kami dilimpahi dengan lebih prosperity.

Sebut pasal prosperity, sebenarnya malam ni anak-anak mengamuk ajak keluar ke McD. Dua hari cuti ni kami tak keluar kemana-mana sebab too bizi dok mengemas satu rumah.

Untuk tidak menghampakan permintaan anak-anak, kami ke McD untuk dinner. Lagipun malam ni mama dah kepenatan, tak larat nak memasak. We had prosperity burger for both of us dan bubur nasi untuk Rayyans.

Bila ke McD, Rayyans takkan pulang dengan tangan kosong. Seperti biasa, diorang akan mengepow kami mainan kiut miut dari McD ni. Malam ni plak cuma ada mainan musical bracelet ni. Lantak la anak jantan pakai gelang.

Lepas makan McD pun diorang still takmo balik rumah. Then decide nak melawat cikla kat rumah baru. Bila mama call, cikla kat econsave. Dah alang-alang, kami pun ke econsave juga. Dapatla mama beli barang dapur yang dah kekeringan tu.

Tak sah kalau shopping tak kena pow. Orang lain yang start sekolah, diorang yang sibuk-sibuk nak beli buku dan pensel kaler. Mama layankan jer la kerenah si kembar ni. Jangan nanti dah sekolah nanti malas plak nak buat kerja sekolah. Mama piat telinga nanti.

Tahun Baru 2013

Bye bye 2012...welcome 2013. Masuk tahun baru, umur pun makin tambah. Dah umur 33 tahun mama. Anak-anak pun dah masuk 4 tahun. New addition belum ada lagi setakat ni. Insyaallah kalau diberi rezeki, dapatlah tambah umat Muhammad tahun ni. Sebelum masuk tahun baru, mama dah list down Impian untuk tahun ni. Semoga apa yang mama impikan akan tercapai. Kalau tak tercapai, bring forward ke tahun depan la gamaknya.

Malam tahun baru kami tak ke mana-mana. Walaupun pada mulanya papa ada suarakan nak tengok bunga api kat putrajaya. Tapi bila dikira tambah tolak campur bahagi, buat penat jer nanti. Jalan jem, orang berasak-asak plus ada anak kecil. Macam tak berbaloi penatnya nanti. Lagipun, zaman merambu-rambu malam buta ke awal pagi ni dah lama mama tinggalkan. Masa bujang dan time tengah hangat bercinta dulu dah merasa benda tu semua. Sekarang ni, masa untuk rehat dan spent masa ngan anak-anak jer lagi baik. Kalau nak pergi pun maybe tunggu anak besar dulu kot.

1 Januari memang cuti umum. 2 Januari plak mama n papa amik cuti sebab pengasuh Rayyans minta cuti. Dia nak register anak sekolah. 2 hari cuti tu memang digunakan sebaik mungkin. Mama n papa bergabung tenaga mengemas dan membersihkan rumah. Penat tu toksah nak cerita la. Kami berdua ni, especially papa ada tabiat suka mengumpul barang-barang yang tak berguna. Tak berguna tu maksudnya, kami tak pernah guna dan tak akan guna benda tu lagi. Tapi sayang nak buang. Contohnya kain baju. Sekarang ni kiranya misi nak melupuskan benda-benda tu semua. Biar terang rumah dan ada la peluang mama nak tambah barang baru. Hahahaha..

2 hari tu sebenarnya tak cukup nak clearkan satu rumah. Ada lagi satu bilik, yang kami guna untuk ampai baju tak sempat untuk dikemas. So im looking forward this wiken untuk menyetelkan kerja-kerja mengemas. Bukan apa, nak mengemas ni kena ada mood juga. So masa tengah ada mood ni baiklah pulun sehabisnya. Lagipun papa ada untuk tolong mama. Harap-harap rumah yang kemas ni bawa lebih kebahagian, kegembiraan dan rezeki buat kami di tahun baru ini.