Saturday, December 8, 2012

Main Pondok - Pondok

Hari ni genap umur Rayyans 3 tahun, 4 bulan. Next year dah masuk 4 tahun. Ramai yang tanya bila nak start hantar Rayyans ke sekolah. Mama dan papa decided hantar bila umur diorang 5 tahun. Rasanya belum terlambat lagi. Biar diorang enjoy zaman kanak-kanak dulu.

Mulut diorang berdua ni makin laju dah. Bercakap macam bertih. Sometimes perkataan yang keluar dari mulut diorang tak dijangka. Samapi boleh buat mama terfikir, eh anak aku tau perkataan ni. Kalau dalam kereta, bila jalan tu x berapa familiar, diorang akan tanya "kita kat mana ni papa or kita nak pergi mana ni papa"....sambil mata melilau tengok kat luar.

Walaupun mainan diorang ni dah banyak gila, still masih lagi main dengan kerusi meja makan. Meja makan ni adalah hadiah dari ofismate mama sempena perkahwinan mama, 4 tahun lepas. Set meja makan ni ada kerusi ni 6 biji. Tapi sekarang ni dah tinggal 3 biji jer. Yang lain seme kaki dah patah disebabkan diorang dok tolak terbalikkan kerusi ni. Nampak gaya papa kena belikan set meja makan yang baru.

Last week diorang ikut mama gi speedmart. Mama nak beli susu jer. Tapi bila dah nampak mainan, jangan haraplah boleh keluar tanpa membeli. Kali ni diorang dah pegang pancing.  

The two bertungkus lumus nak pancing ikan tu. Tapi nan hadolah melekat. Last-last mama yang kena letak ikan tu kat mata pancing. Tapi sekejap jer diorang pancing ikan, bila dah bosan batang pancing tu buat ketuk orang.

Kopitiam Taufik

Dah berbulan rasanya mama tak masak untuk breakfast. Anak-anak bila tengok mama cuti mulalah merengek ajak keluar jer. Pagi-pagi lagi dah mandi dan sarung baju cantik. Sekarang ni dah pandai demand, nak pakai seluar jeans dengan baju baru sesaja.

Untuk tidak menghampakan permintaan anak-anak, pagi ni papa bawa kami ke Kopitiam Taufik, kat Kuala Selangor. Setiap kali ke sana asyik ternampak jer kopitiam ni tapi belum pernah terbuka hati nak mencuba. Lokasi dia betul-betul dekat dengan stesen bas Kuala Selangor. Kopitiam ni milik Chinese Muslim.

Menu breakfast kat sini sama jer kot kat tempat lain. Menu wajib mee goreng, mihun goreng tu wajib adala. Ramai juga orang datang breakfast kat sini. Walaupun masih pagi, kalau nak order menu western pun takpe, diorang boleh masakkan.

Tapi pagi-pagi ni tekak tak lalu kot nak telan lamb chop bagai. Sudahnya nasi lemak dan teh tarik jugak jadi pilihan. Pastu kami order gak roti bakar dan fries untuk Rayyans. Roti bakar tu diorang guna roti wholemeal.

Tiap kali breakfast kat luar mesti order telur half cooked. Kalau breakfast kat rumah takde plak ngada-ngada nak makan telur half cooked. Padahal kat rumah telur berlambak jer. Sampai busuk kat dalam peti tu tak termakan.

Ini tandanya bos kecik dah menyandar kekenyangan. So its time to move. Kalau stay lama lagi entah apa la diorang berdua buat perangai nanti. Lokasi seterusnya adalah ke Tesco coz mama nak beli barang dapur. Esok kakak-kakak Rayyans yang lain nak datang dinner kat rumah.

Kat luar Tesco ada booth-booth yang jual baju dari Thailand. Usha kejap cari baju untuk mama. Dah lama mama tak shopping baju baru. Next week onwards plak nak kena outstation. Kena sangatlah time ni untuk mama beli baju baruuuuu....

Friday, December 7, 2012

Geylang Kopitiam

Semalam angah datang rumah. This whole week dia cuti sebab next wednesday dia ada ujian LCCA. So sepanjang cuti ni dia akan stay kat umah kami. Pagi angah ikut kami ke ofis then papa antar dia ke library untuk study.
Petang ni cuaca gelap gelita dan hujan pun lebat gila. Alang-alang lambat, kami terus dinner dulu. Then message pengasuh cakap balik lambat. Kami dinner kat Geylang Kopitiam, berdekatan dengan ofis mama.

Ramai plak orang kat Geylang Kopitiam petang ni. Maybe masing-masing menunggu hujan reda. Our drinks petang ni adalah fresh orange suam, bandung dan limau madu asam boi.

Angah makan nasi goreng tomyam. Sedap rasanya. Pastu 'sampah sarap' kat dalamnya banyak. Sampah sarap tu baca dengan sebut udang, sotong, ayam, sayur ya. Harga nasi goreng ni RM7.50.

Papa makan kwayteow cantonese style yang berharga RM7.50 juga. Bila papa makan licin pinggan, maksudnya sedap la tu.

Mama plak makan chicken chop yang berharga RM12.80. Tapi ayamnya a little bit dry. Bila nak potong dia bercerai berai.

Sunday, December 2, 2012

Baby Sitting

Malam tadi balik dari Bukit Tinggi, Cikla bermalam kat rumah kami. Pagi ni cikla nak bersihkan rumah sewa baru. So pagi ni kami tak kemana-mana. Sementara cikla membersihkan rumah, mama kena mengasuh Arissa. Not a big deal to me.

Rutin pagi, mandikan Rayyans dulu. Tapi sebelum sempat pakai baju, Hazim tak sabar nak main dengan Arissa. Sebelum keluar cuci rumah, cikla bagi Arissa makan siap-siap.

Hazim n Hadif suka sangat bila Arissa ada kat rumah. Ye la, selalunya diorang main berdua jer. Kali ni ada tambah geng baru. Lagi seronok rasanya. Habis dipunggah mainan bagi Arissa main.

Dua jer anak mama? Hadif surrender dah, terlena kepenatan bermain dengan Arissa. Yang lagi dua ni kenmain liat lagi nak tidur. Asyik ingat main jer.

At last, terlena jua ketiga-tiganya. Actually, penat rupanya jaga anak ramai ni. Macam mana la mek jaga kami 6 beradik dulu. Mama baru kena jaga 3 orang ni dah tak menang tangan rasanya. Nasib baik papa ada membantu. Kalau kena jaga sorang-sorang, rasanya boleh fengsannn mama. 

Sementara diorang tidur, cepat-cepat mama masak untuk lunch. Menu hari ni ayam percik dan kailan goreng. 

Saturday, December 1, 2012

Colmar Tropicale

After shopping durian, kami terus menghala naik ke Bukit Tinggi. Dalam hati dok berangan membayangkan piknik di pokok-pokok menghijau sambil makan mihun goreng yang mama jue bawak.

Tetapi angan-angan terganggu sebentar. Memang betul la perjalanan kali ni banyak dugaan. On da way naik tu, kereta mama jue sangkut. Terpaksa berhenti sekejap sejukkan enjin. Masa ni memang risau takut kereta mama jue langsung tak boleh jalan. Nak kena cari towing car bukan murah-murah kat area sini.

Perut masing-masing kelaparan toksah cakap la. Pagi tadi breakfast ala kadar jer. Excited nak berjalan punya pasal. Nasib baik mama ada bawa bekal nugget. Berketul-ketul jugalah Rayyans makan sementara tunggu kereta mama jue cool dulu.

Setelah melalui berbagai halangan dan rintangan, akhirnya kami sampai juga ke bukit tinggi, colmar tropicale. Entrance fee dah naik yer. Dulu mama gi sana 10 hengget jer. Now dah 12 hengget. Rayyans berdua masih FOC. Untung di situ.

Kali ni parking jauh sedikit, kat chateau hotel. Nak kena menapak dari parking lot ke colmar. Port nak makan pun takde. Masing-masing dah tak tahan lapar, we just makan kat dalam kereta jer.
After makan, barulah turun ke colmar untuk aktiviti bergambar sampai lebam. Cuaca kali ni dah tak sesejuk dulu. Dah terasa haba panas kat atas ni. 
Mama sibuk nak pose kat air pancut tapi Rayyans plak sibuk nak tengok air pancut. Susah betul diorang nak pandang kamera. 
Pose dengan papa pun sama. Tunjuk vontot jer. Hadif berdukung jer coz not in the mood. Badan dah panas.
Definitely wrong spouse. 
Ni baru betul 
Cikla's family 
 Us..Hamzah's, Haswadi's n Nasir's Family
Anak teruna sulung mama. Dah pandai posing sekarang. 
 Kuda Malaysia
 Jelingan manja
 Jom naik kereta kuda
 3 mommies
3 daddies with kids 
 Me n the other half
Lepas pusing-pusing sekitar colmar ni, kami ke rabbit farm. Japanese Garden kami tak pergi sebab hujan turun dengan lebatnya. Spent about 2 hour kat rabbit farm, then kami terus gerak balik ke puncak alam. Mama dok terbayang katil jer. 

Durian Bentong

Semalam badan mama dah mula rasa tak sedap, rasa macam nak demam. Malam tadi lepas isyak mama terus kong. After makan ubat terus tertidur tak sedar apa. Kepala rasa macam berat jer. Mama suspect mama mengandung kot...*tetiba*

Pagi ni plak mama dah plan dengan mama jue dan cikla nak ke bentong untuk mencari durian. Nak kensel plan, apa plak mama jue cakap nanti. So gagahkan juga bangun pagi-pagi, call kejut mama jue then goreng ayam untuk bekal kami nanti.

On da way ke Bentong tu, badan Hadif plak tetiba panas. Ini tak lain, mesti nak demam juga. Hadif bila demam ni lain macam sikit. Mulut dia akan sentiasa merengek. So sepanjang perjalanan mama kena riba Hadif. Tukar Hazim plak jadi co-pilot papa hari ni.

Pukul 11 pagi kami sampai ke tempat yang dituju, lubuk durian. Peminat tegar durian iaitu papa dan mama jue mula la tak tentu arah bila nampak durian berlonggok sana sini.

Kat sini ada disediakan kerusi meja untuk sesapa yang tak menyabar nak makan durian. Sempatlah diorang makan 3,4 biji durian. Mama jue satu keluarga memang peminta durian. Si kecik mawar pun kenmain lagi makan. Berbeza dengan Rayyans.

Mama pun tak berani nak makan banyak-banyak. Mama cuma makan seulas jer. Risau kepala makin pening dan demam melarat plak. Ye la, durian kan ke panas.

Inilah dia ratu durian. Ikut kata mama jue harga durian kat sini memang jauh lebih murah banding harga kat shah alam. Mama kurang pasti bab-bab harga ni sebab jarang-jarang pun beli durian ni. Lainlah mama jue, memang peminat tegar. 

Memang berbaloi la datang jauh-jauh. Aktiviti memborong satu bakul durian. Ini mama jue punya jer tau. 50kg dengan harga RM150 kalau tak silap mama. Don't ask me apa nama durian ni. Kurang pasti lak musang king ke....d24 ker... 

Si Rayyans plak masa orang lain sibuk makan durian, diorang sibuk buat hal sendiri. Dom main timbang-timbang rambutan ni. Diorang ni kalau buah-buahan tempatan ni tak makan. Tapi kalau oren, epal, anggur tu memang feveret la. 

Mama takde pun nak memilih-milih durian ni sangat sebab kepala rasa pusing jer. Mama lebih banyak duduk jer. Badan tak sihat ni bila gi jalan-jalan tak feel sangat. 

Tak cukup dengan tu, si Hadif plak buat hal. Dok mengekor papa memilih durian, tetiba terjatuh atas durian. Habis calar balar kaki tangan. Papa plak tak habis-habis memilih. Mama jue dah siap bayar pun dia tak boleh decide lagi nak beli yang mana. Hangin jugakla mama...dah la kepala pening. Nak melayan kerenah si kembar lagi. Papa plak 'lembs' gila memilih. Adushhh...tensen gila.

Bila mama dok ulang-ulang tanya dah pilih ke belum, barulah papa memilih dengan lebih serius. Kalau tak, entah berapa jam lagi nak dok kat sini. Agaknya nak berumah sini kot.

Selepas urusan jual beli durian, kami patah balik untuk naik ke Bukit Tinggi. Mama dah banyak kali datang sini. Masa Rayyans umur 3 bulan kami dah pernah bawa diorang datang sini. Cuma mama jue dan cikla jer yang tak pernah sampai lagi ke sini.

Perjalanan kali ni banyak betul dugaannya. Selain dari hadif jatuh atas durian, mama dan hadif demam, viva pun demam jugak. Pagi tadi sebelum bertolak, tetiba pintu kereta viva sebelah driver tak boleh dibuka dari dalam. Papa kena turunkan cermin, buka pintu dari luar, barulah boleh keluar dari kereta.