Kat dalam lexis ni banyak jugak aktiviti yang kita boleh buat. Ada tempat sewa basikal, motor, pusat game, soopa doopa hinggalah aktiviti mewah seperti naik helikoter dan cruise. Mama teringin nak naik helikopter tu. RM150 per person.
After breakfast papa dan twin mengayuh basikal. Nak bakar lemak2 yang makan tadi katanya. Basikal siap dengan helmet boleh disewa dengan kadar rm10 untuk 30 minit. Ada juga motor tapi kena tunjuk lesen motor baru boleh sewa.
Rayyan memang dah lama kemaruk nak mengayuh basikal. Masa gi avani beberapa bulan lepas, diorang baru discover yang diorang ni pandai mengayuh basikal. So excited la masing2 nak kayuh.
Mama pun tak sangka diorang pandai kayuh. Tak penrnah2 belajar kayuh basikal pun sebelum ni. Setakat kayuh dengan tayar spare kiri kanan tu adalah.
Laman rumah sempit jer camna nak belajar basikal. Kalau kat kampung lain la boleh belajar kat atas jalan jer. Kat sini mama tak harap nak lepas diorang main atas jalan.
Gigihla 3 beranak ni kayuh basikal tawaf 1 lexis. Nasib la papa rajin nak melayan diorang.
Diorang kayuh sampai ke hujung sesungut bunga raya. Kiranya ni rumah paling jauh ke tengah laut. Rasanya harga untuk rumah ni yang paling mahal.
Sementara abang2 pergi kayuh basikal, mama teman hafiy main kat playground. Ajak mama main jongkang jongkit sampai kesudah hafiy tak jongkit.
Pastu main gelongsor tapi main tak lama pun sebab hafiy bosan tak ada geng. Selalunya abang2 yang teman dia main. Ni kena main sorang2 tak seronok agaknya.
Pastu mulalah ajak mama balik bilik nak mandi kolam. Masa nak balik tu lalu depan kedai peralatan mandi, tu yang dia heret tangan mama nak beli pelampung tu.
Pastu kami terus balik ke bilik, then terserempak dengan abang2 tengah kayuh basikal area bilik kami. Sempatlah diorang menyinggah bergambar depan bilik kami dulu.
Mama ajak diorang mandi kolam pun tak layan. Main basikal lagi best dari mandi kolam. Takpelah biar mama berdua jer dengan hafiy berendam puas2 dalam kolam.
No comments:
Post a Comment