Sedihnya rasa bila tiba waktu nak check out. Rasa belum puas lagi kami kat sini. Sekejap sangat. Next time kena datang 3 hari 2 malam baru puas hati.
Syukur anak2 enjoy dan seronok sepanjang percutian kami. Orang kata bawalah anak2 berjalan2, itu yang diorang akan paling ingat. Bukan harta benda yang kita curahkan. Semoga anak2 mama mensyukuri setiap memori indah kita bersama.
Jauh berjalan, luas pemadangan. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan. Dapatlah mama papa bawa anak2 bercuti kat tempat yang exclusive sikit.
View ni akan kami ingati dan rindukan selepas ini. Lepas ni tak tau bila la lagi kami akan menjejakkan kaki ke sini.
Tamat sudah percutian kami. Jomlah anak2 kita kembali ke pangkal jalan. Mama kena sambung kerja keras untuk kumpul duit nak bawa anak2 makan angin.
Insyallah next time kita datang lagi. Doakan mama papa dimurahkan rezeki dapat bawa anak2 bercuti lagi.
No comments:
Post a Comment