Sunday, July 21, 2019

Breakfast At Kea Garden

Kat sini breakfast tak provided. Tapi kat bawah ada satu cafe. Bolehlah setakat nak mengopi mengeteh. 

 
Untuk breakfast ada sandwich, nugget, sosej..makanan finger food. Jajan2 pun ada. 

Meja kerusi ada disediakan untuk makan2 kat sini. Pagi ni tak ramai orang pun. Maybe penghuni semua dah keluar jalan2.

Kami jer yang melekat kat sini. Dah jatuh cinta kat tempat ni. Rasa sayang pulak nak keluar gi kat tempat lain.

Pagi ni kami oder nugget, sosej dan chicken drummet. Nampak cam sikit tapi kami oder dua set setiap item. Jadi kenyang jugaklah anak2 makan.

Mula2 oder satu set jer. Pastu masing2 tak cukup makan berebut, Oderla tambah lagi satu set.

Si kecik ni pulak orang sibuk nak makan dia sibuk nak beli mainan. Kat cafe ni memang ada jual mainan jugak. So tak dapekla nak mengelak.


Mainan dia jer dah beratus. Setiap kali singgah kat mana2 mesti nak beli mainan dia. Pokai mama camni.

Mama oder teh tarik, papa oder kopi. Nyamannya tekak dapat minum air panas dalam cuaca sejuk. 

Anak2 pula sambil makan sambil main buai. Kami santai2 jer pagi ni. Mama tak ada program apa2. Jadi tak perlu nak rush.

Kali ni datang tujuan nak relax, rehatkan minda. Lagipun kebanyakkan tempat kat cameron ni kami dah pergi. 

So nanti on da way balik kalau terpikir nak kemana mana baru la singgah. Kami stop setakat kea farm ni jer. Takde ke brinchang atau tanah rata.

No comments:

Post a Comment