Lepas salam2, harus la beraya ke rumah nenek tercinta. Itulah rutin kami setiap tahun, setiap kali raya. Selagi nenek ada kat dunia ni, rutin tu takkan berubah.
Sementara tunggu semua ahli rombongan siap, mama pose2 tepi jalan dulu. Tahun ni macam sunyi skit kat kampung. Ada anak2 kampung tak balik kot.
Rumah pertama yang kami ziarah, umah nenek yang kami panggil mak. Ibu kepada bondaku yang tercinta.
Riuh rendah umah mak dengan kerenah anak, cucu dan cicit.
Kemudian kami singgah kat umah pakcu, adik nenek yang tinggal bersebelahan dengan umah mak.
Pastu ke rumah nenek belah ayah pula. Nenek belah ayah ni kami panggil dengan nama su...mak tiri ayah. Dari kecil ayah dijaga oleh su.
Dah habis ziarah rumah yang wajib, kami balik umah nenek dan ziarah umah jiran2 pula. Pastu balik rumah tukar uniform. Berlengas hooi kat kampung tahun ni panas yang amat.
Belah petang kami dok umah jer tunggu orang plak datang beraya umah kami. Juadah raya kami tahun ni nasi hujan panas lauk ayam masak merah, daging dendeng dan jelatah.
No comments:
Post a Comment