Raya kedua kami keluar beraya ke rumah sedara mara. Rumah pertama adalah ke rumah maksu, adik bongsu nenek.
Outfit mak dara hari ni kurung pahang kain batik sarawak. Sadis kisah beli baju ni. Nyaris tak sempat nak buat raya. Beli online. Baju kami dipos pada hari terakhir poslaju terima parcel.
Anak2 hayam ni jeles plak tengok mak2 hayam dok bergambar. Depa pun nak join sekaki. Makan pun belum asyik dok bergambar tak habis2.
Menu umah maksu adalah lontong, sambal ikan bilis dan rendang ayam. Lontong ni sebenarnya bukanlah menu org kelantan. Tapi sejak ramai anak2 berhijrah kerja kat kl, skg ni barulah ada menu ni time raya. Kalau tak, nasi dagang, nasi minyak sesaja.
Pastu kami beraya kat umah mertua pak da pula. Walaupun ibu bapa mertua pakda dah takde, hubungan silaturahim dengan adik bradik mak da yang balik kampung tetap diteruskan.
Umah last kami beraya adalah umah nenek sedara mama. Umah ni kat dalam kebun. Tapi waktu ni durian n rambutan masih belum musim.
Adalah 3,4 biji jer buah yang gugur. Last year, masa kami datang raya durian tengah musim. Buntang perut makan durian. Siap kutip bwk balik umah. Tahun ni dijangkakan raya haji baru musim.
Selesai beraya kat 3 buah rumah, hari pun dah petang. Pulanglah kami ke pangkal jalan. Balik siap2 sebab esok nak buat open house. Menu nasi dagang gulai itik n gulai ikan tongkol.
No comments:
Post a Comment