Dah dua minggu beraya baru ada hati nak update kat blog. Dah lama gila tak log in. Bz sesangat. Hari bekerja of coursela tak sempat buat benda lain dah. Hari minggu lak masa habis menguruskan rumahtangga. Ada anak kecik ni bz lain macam. Nak buat biskut raya pun tak sempat.
Alhamdulillah tahun ni raya pertama semua adik beradik berkumpul kat umah kami. Hari terakhir puasa dapat berbuka beramai2. Tema family kami tahun ni hijau except mak long sekeluarga yang lain sebab dah beli baju raya siap2 before kami decide kaler tema.
Tema family kecik kami hijau pucuk pisang. Yang lain semua kebetulan pilih hijau emerald. Nasibla ada baju melayu saiz kecik untuk hafiy. Tapi mama terpaksa jahit kaki seluar dan tangan bagi pendek.
Tak sangka tahun ni dah raya berlima. Last year hafiy unknowingly dok kat dalam perut mama dah 3 bulan. Raya kali ni dah 5 bulan lahir ke dunia. Raya pertama buat permata hati ketiga mama.
Rutin selepas solat raya, dimulakan dengan bersalaman memohon ampun dan maaf sesama ahli keluarga and of course bagi duit raya untuk anak2 bulus. Pastu bergambar sampai lebam sementara masing2 masih cantik ayu berbaju raya.
Anak sulung, 3 cucu
Anak kedua, 3 cucu.
Anak ketiga, 3 cucu.
Anak keempat, belum bercucu.
Anak kelima, cucu sorang. Cucu entah ke mana missing in action.
Anak bongsu yang masih single.
Atuk nenek with 4/5 cucu lelaki. Hafiy tengah lena diulit intan.
Atuk nenek with 5/5 cucu perempuan. Balance dah cucu atuk nenek, 5 laki 5 perempuan.
Family mak long.
Family pak da.
Family cik ngah.
Family cik nik. Family cikla xdok plak gambarnya.
No comments:
Post a Comment