Tuesday, February 24, 2015

Sesi Persekolahan 2016

Sekejap jer masa berlalu. Tahun depan rayyans bakal masuk darjah 1. Setau mama kat selangor ni kena daftar sekolah secara online. So mama selalu la terjah website kementerian pendidikan untuk buat pendaftaran online. Risau takut terlepas tarikh pendaftarannya. 

Tarikh pendaftaran boleh dibuat bermula 1 mac hingga 30 april 2015. Actually last year mama dah daftarkan rayyans kat sek keb puncak alam 2. Tetapi disebabkan masa tu kami kelam kabut berpindah randah, mama terlupa nak submit dokumen kat sekolah. Bila mama buat semakan, no ic rayyans dah takde dalam database. So tahun ni definitely kena daftar lagi sekali.

Tetiba semalam ada orang post kat group puncak alam inform dah boleh buat pendaftaran kat sek keb puncak alam 3. Sekolah ni kalau tak silap mama baru buka last year. Sekolahnya masih baru lagi. Dari segi jarak rumah ke sekolah, puncak alam 3 jauh skit la...maybe lebih 1km banding puncak alam 2. 

Selepas berbincang dengan papa, kami decide daftarkan diorang kat sek keb puncak alam 3 jer. Maka pagi ni papa ke sekolah dan berjaya daftarkan rayyans. Bulan 7 nanti papa kena ke sekolah lagi sekali untuk membuat pengesahan bagi sesi persekolahan tahun depan.

2 comments:

  1. Thanks ingatkan aku! aku kena daftar aidin sekolah sebab area aku tu berebut org nak hanto anak situ. so kena daftar cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la aku pun risau kot2 tak dapat tempat. Nasib baik bleh daftar kat sekolah terus.

      Delete