Wednesday, February 18, 2015

Biskut Cornflakes

Selepas buat nutella cup cakes semalam terus sambung buat biskut cornflakes pula. Mood tengah rajin nak membaking ditambah dengan adanya pembantu cilik di dapur.

Bahan:
150gm mentega
150gm tepung gandum 
75gm gula halus
80gm cornflakes 
25gm badam cincang
1st esen vanila


Satukan mentega dan gula. Gaul hingga gula dan mentega sebati dan sekata.

Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.

Masukkan cornflakes, badam dan esen vanilla.

Teruskan menggaul hingga adunan sebati.

Sudukan atas dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit.

Akhir sekali, angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Second version, resepi sama jer cuma mama guna bijirin campuran instead of cornflakes. Pastu tabur coklat rice.

No comments:

Post a Comment