Bersalin umpama pertarungan hidup dan mati. Macam2 perasaan bercampur aduk dalam hati sebelum bersalin.
Banyak yang mama fikirkan. Excited nak jumpa baby HR. Risau keselamatan diri dan baby HR. Risau pasal si kembar.
Macam2 persoalan timbul.
Macam mana kalau operation tu gagal?
Macam mana kalau mama tak selamat? Or baby HR tak selamat? Or we both tak selamat?
Kalau mama tak selamat, macam mana dengan si kembar?
Boleh ke papa jaga si kembar dan baby HR bersendirian?
Boleh ke si kembar terima kenyataan dan keadaan if im not in this world anymore?
Masa 1st delivery dulu, mama cuma risaukan keselamatan diri dan kandungan sahaja. Tekanannya kurang.
Tapi sekarang, mama dah ada si kembar di bawah tanggungjawab mama. Jadi pressure tu agak tinggi.
Bila fikirkan semua persoalan ni buat hati mama gundah gulana.
Everytime mama berdoa dan bertawakkal semoga semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.
Alhamdulillah, mama bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan selamat.
No comments:
Post a Comment