Sunday, April 28, 2013

Time Tunnel Cafe

Pagi ni, pukul 9 pagi kami terus check out. Banyak tempat lagi yang perlu kami lawati. Takut tak sempat nak patah balik untuk check out pukul 12 bila mengenangkan jalan Cameron yang boleh tahan sesaknya.

Berfotogedik dalam kereta sementara menunggu kakak-kakak Rayyans bersiap untuk check out. Diorang kena tunggu papa datang baru boleh check out sebab hotel atas nama papa.

Tengah tunggu tu, sempat lagi si bolatt ni berak. Aduhai..tadi sebelum check out takmo plak dia berak. Nasib baiklah papa tak sempat nak check out lagi bilik kakak Rayyans tu. Paksalah kami tumpang bilik diorang untuk cuci berak dia.

Lokasi pertama yang kami terjah hari ni adalah Galeria Time Tunnel. Kat sini ada pameran barang-barang antik. Nak masuk sini kena bayar tiket RM 5 kalau tak silap mama. Kami tak masuk pun sebab masing-masing takde yang berminat dengan barang antik kecuali papa.

Tujuan kami ke sini adalah untuk ke Time Tunnel Cafe untuk breakfast. Cafe ni bersebelahan jer dengan galeria tu. Memang owner yang sama. Cafe ni pun ala-ala antik gak. Dinding dia tu diperbuat dari papan-papan recycle jer.

Kalau tak perasan cafe ni kat mana, trademark dia ada buah strawberry besar ni kat depan kafe. Pastu ada ladang Kok Lim ke apa entah sebelah cafe ni. Kat Kok Lim ni boleh petik strawberry. Tapi kami tak petik pun sebab masih awal pagi. Sejuk kot pepagi nak masuk ladang.

Kat dalam cafe memang penuh dengan barangan antik. Meja kerusi makan semuanya dari kayu recycle. Bila tengok dinding kayu ni, teringat nostalgia rumah lama kat kampung dulu. Macam ni la dinding umah lama kami sebelum tukar ke batu sepenuhnya.

Dulang-dulang lama menghiasi dinding. Kenduri kat kampung dulu-dulu memang femes guna dulang macam ni. Berat tau dulang ni, dulang besi la katakan. Kat puncak alam mama ada seketul dulang yang besar ni, kaler merah. Pemberian daripada kakak papa. Originality dulang tu daripada mak papa lagi, turun menurun.


Suka Rayyans jumpa meja yang sesuai dengan ketinggian diorang. Kerusi kayu kecik-kecik pun banyak kat sini.

Memang tak lepas dari tangan kerusi ni. Kemana dia berjalan, diheretnya kerusi ni. Macam peserta AF heret beg bila terkeluar dah gayanya.

Nasib baiklah kami jer customer time ni. Maybe awal lagi kot, orang lain masih enak dibuai mimpi. Kami plak kena keluar awal sebab list to do banyak lagi ni. Takut tak sempat nak melawat tempat-tempat yang dah diplan dari awal.

Pandangan dalam cafe.. ada dinding di sekeliling meja. Untuk bagi privasi barangkali. Di setiap meja ada ditampalkan menu makanan yang disediakan kat cafe.
 
Masing-masing sibuk membuat pilihan nak makan apa.

Pose dulu sebelum gi membuat pesanan. Kertas kat mulut Hadif tu tertulis pesanan kami. Kertas tu bukan pihak cafe yang sediakan ya. 

Kami tulis sendiri sebab nak mengingatkan sorang-sorang nak makan apa. Kalau tak tulis mau hilang ingatan bila sampai kat kaunter nak order.

Menu makanan yang ada kat cafe ni. Actually tujuan utama datang breakfast kat sini sebab nak makan roti toast with half boiled egg. 

Semalam on da way datang, mama nampak gambar roti tu kat luar. Tu yang hari ni mama sungguh-sungguh ajak diorang datang sini. 

Makanan kami. Pagi ni semua makan roti. Tetiba Hazim minta meehon goreng. Uwaaa...mana nak cari mihun goreng kat sini.

 Minuman kami. Macam-macam perisa. Yang pasti, teh memang rasa sangat sedap bila kita minum kat Cameron.

Indah sungguh suasana bila berkumpul macam ni. 7/8 dari anak-anak papa ada kat sini. Bila suasana happy, foods, drinks..everything tasted so good. 

Cuma satu jer yang mama tak berkenan kat sini, sebelah cafe ada kedai mainan. Melayang lagi RM kat sini beli mainan Rayyans.

Dapatlah sorang satu ultraman. Selagi tak dapat apa yang diorang nak, jangan haraplah diorang nak dok diam. 

Saturday, April 27, 2013

Pasar Malam Brinchang

Plan nak terus ke pasar malam selepas gi Kea Farm terbantut disebabkan jalan jem. Tetiba badan rasa penat gila sebab dok lama dalam kereta. So kami decide balik hotel dulu, mandi untuk menyegarkan badan.

Dari hotel, kami beramai-ramai jalan kaki ke pasar malam. Nasib baiklah Cameron ni sejuk. Takdelah penat sangat bila berjalan. Kalau bawa kereta sure susah nak cari parking. Confirm yang jalan kaki sampai dulu.

Pasar malam Brinchang ni makin lama makin besar rasanya. Last year mama ke sini, panjang pasar malam takdelah sampai ke kem askar tu. La ni dah sampai ke situ. Memang jauh jugakla kena tawaf kat pasar malam ni.

Macam-macam barang ada jual kat sini. Dari sayur-sayuran, bunga, souvenier, baju dan macam-macam produk keluaran hasil tempatan. Rayyans sempat mengepow papa beli 2 jenis mainan setiap sorang.

Aktiviti wajib kat pasar ni haruslah makan strawberry coklat. Rayyans ni memang feveret dia la buah strawberry. Mula tu beli sikit jer, tapi tak cukup. Last-last penjual tu bagi kami makan jer dulu. After makan baru kira.

Adik bradik Rayyans pun tak lepas peluang menikmati kesegaran strawberry cameron ni. Strawberry ni bila makan kat atas Cameron rasanya boleh tahan manis. Tapi bila buat turun bawah, masham terus rasanya.

Dah habis tawaf satu pasar malam, kami kembali ke bilik. Kakak-kakak Rayyans melepak sambil makan-makan kat bilik kami. Nak balik bilik diorang, TV tak boleh nak tengok.

Kat bilik kami sempat lagi makan strawberry coklat. Kali ni dengan coklat hershey's. Mama beli hersheys yang dalam botol tu. Disebabkan bilik sempit, masing-masing makan atas katil.

Dekat pukul 12 malam baru diorang jalan kaki balik Iris House. Rayyans plak after kakak-kakak balik, terus terlena tidur disebabkan penat dan cuaca yang sejuk.

Kat pasar malam mama cuma beli jus strawberry dan jem strawberry. Jus tu Rayyans suka, sebab tu la beli sampai 2 botol. Jem tu plak mama nak bagi souvenier kat opismate dan pengasuh Rayyans.

Kea Farm

Dari BRSF kami meneruskan perjalanan ke Kea Farm. Tujuan utama of courselah nak membeli strawberry, bunga dan sayur-sayuran. Asalnya nak survey jer, tapi nafsu tak tertahan. Sempatlah menyopping serba sikit.

Undilah Barisan Nasional..ehh tetiba..hehehe. Sebenarnya nak tunjuk bendera tu tengah berkibar. Cuaca time ni memang sejuk berangin sebab baru lepas hujan.

Orang tak ramai masa ni. Mungkin sebab hujan, ataupun pengunjung semua telah menuju ke pasar malam? Yang pasti kami dapat berjalan dan memilih dengan tenang.

See..kat belakang mama cuma ada beberapa orang pengunjung jer. Kalau tak, Kea Farm ni antara tempat yang tersibuk kat Cameron ni. Nak jalan pun selisih bahu.

Tak suka la datang sini sekarang. Gerai yang jual bunga dah tak banyak. Gerai jual bantal dan baju tu berlambak. Kalau dulu-dulu boleh kata semua gerai jual bunga dan sayur-sayuran jer.

Mama sempat beli 3 ikat bunga pada harga RM 25. Pastu pekedai tu bagi free bunga kaler merah. Si kembar pula sempat pow papa belikan senapang tu.

Suka tengok tomato ceri ni cantik bersusun. Very bright the colors. Tapi mama tak shopping sayur sangat coz next week dah nak balik kampung pula. Bila masanya nak memasak.

Comel gila carrot ni. Kalau bukan memikirkan minggu ni nak balik kampung, memang mama dah borong habis-habisan.

Kakak-kakak Rayyans boleh la nak menyopping carrot ni sebab diorang ada membela 2 ekor arnab. Sure beraya arnab-arnab tu nanti dapat makan carrot yang segar.

Ni antara timbunan bantal strawberry yang ada kat sini. Nasib baiklah si kembar tak minat sangat dengan bantal-bantal ni. Kalau tak sure diorang rambang mata, papa robak poket.

Ni cubaan nak mengepow angah beli tutup telinga ni. Dah cun sepasang dengan baju, kaler pink. Sepanjang kat Cameron ni Hadif dok berkepit ngan angah jer.

Tengokla..dah penat jalan minta angah dukung. Mama ni dia dah tak heran dah. Mama lagi suka..hahaha..bolehlah mama berlenggang kangkung cuci mata.

Tengok tu, sampai hati nak tembak mama. Mentang-mentang ada orang dok layan dia bermanja. Hai..makin kurus la angah kena buli ngan adik yang bertambah bolatt.

Dua-dua dah penat sangat la ni nak berdukung. Sepetang asyik dok berjalan jer. Nasib baiklah ahli rombongan ramai, boleh gilir-gilir dukung. Kalau tak, mau patah pinggang mama papa nak dukung diorang.

Sementara tunggu semua orang habis shopping, kami melepak kat tepi jalan dulu. Kat sini cuaca dingin, bolehlah dok melepak kat tepi jalan. Cer kat KL, mau pitam dibuatnya.

Selepas aktiviti shopping kat Kea Farm, kami turun balik untuk ke pasar malam Brinchang. Plan kami nak gi jalan-jalan kat pasar malam terus, tapi jalan plak jem yang amat. Maghrib baru kami sampai kat hotel. So kami naik hotel, mandi segarkan diri then baru gi jalan-jalan kat pasar malam.

Big Red Strawberry Farm

After lunch, kami ke Big Red Strawberry Farm (BRSF). Kali ni mama amik peluang untuk masuk jelajah ke seluruh pelosok Cameron Highlands. 

Alang-alang rombongan kali ni ramai, boleh la mama melawat dengan senang hati sebab ada orang boleh tolong jagakan Rayyans. Seronok juga vacation ramai-ramai ni.

Aktiviti wajib dalam ni haruslah bergambar depan strawberi besar ni. Pihak ladang memang purposely buat tangga supaya senang pengunjung nak bergambar. 

Masing-masing muka excited. Mana tak, pertama kali masuk sini. Selalunya datang Cameron takde nak jelajah sampai ke ceruk, just jalan-jalan sepanjang jalan besar tu jer.

Sesapa nak merasa berbadan strawberry bolehlah sumbat muka kat lubang ni. Si kembar memang suka sangat dapat lepas bebas kat dalam ladang.

Antara aktiviti yang boleh dibuat dalam ni adalah petik strawberry. Tapi kami tak petik kat sini sebab tengok buah-buah strawberinya kecil. Tak menggiurkan.

Selain strawberry, ada salad, pokok kaktus..macam-macam tumbuhan lagi la. Mama suka tengok salad ni, hijau mata memandang.  

Another type of salad. Salad ni ditanam secara hidroponik. Segar bugar saladnya. Geram jer nak cabut. Mama tak pasti plak boleh petik ke tak salad ni, macam petik strawberi.

Ni pula salad versi merah. Memang kegemaran mama ni. Letak sos thousand island, kruk krak kruk krak mengunyah. Mama perhatikan banyak bekas hidroponik yang dah kosong. Maybe salad ni dah dicabut n dijual kat cafe kot.

Kat BRSF ni ada cafe yang menjual makanan dan minuman hasil keluaran Cameron Highlands. Kami pun tak lepas peluang nak cuba makanan yang ada kat sini.

Tu dia..ramai orang tengah beratur nak beli makanan. Cuaca kat luar tengah hujan lebat. Masing-masing menghabiskan masa dengan makan, sementara menunggu hujan reda.

Mostly food sini berasaskan strawberry dan teh. Menunya ditampal kat dinding. Masa beratur tu siap-siap la pikir nak makan apa. Sampai kat kaunter just order apa yang kita nak.

This is our food : Strawberry sundae (RM 6.90 each), waffle with ice cream (RM 5.90), strawberry muffin pancake (RM 5.00), fried ice cream (RM 3.90) dan fresh strawberry milkshake (RM 4.90 each).

In another tray : strawberry chocolate drink (RM 3.90), fresh strawberry with cream (RM 4.90) strawberry nya tak nampak dilitupi oleh cream dan set tea and scone (RM 7.90).

Amik koo..dari baju kami hingga ke makanan berkaler pink. Dasar sungguh. Dah la hujan, dok kat tempat sejuk, tak sedar diri gi minum aiskrim dan yang sejuk-sejuk. Pastu mulalah kelam kabut mencari toilet.

Si kecik ni pun boleh tahan jugak menyedut milkshake. Mama suruh kongsi, dia tak mau. Milkshake ni memang manis gila. Sesapa yang ada kencing manis tu takyah le minum. Karang mencanak naik paras gula dalam badan.

Bukti paras gula dalam badan dah meningkat, tengok tahap kehyperaktifan anak anda ya. Habis semua mainan kat tepi cafe ni diorang berdua nak panjat.

Makan sudah, minum sudah, bergambar sudah, so kami nak teruskan perjalanan ke next location. Sebelum keluar, sempat lagi bergambar di celah-celah pokok salad.

Lokasi BRSF ni agak tersorok, bukan kat main road. Sebelum ni, mama tak pernah perasan pun ada BRSF. Ni pun mama tau sebab terbaca kat blog. So sebelum sampai sini, dah siap-siap survey lokasinya kat mana.

BRSF terletak kat Brinchang. Laluan ke BRSF adalah laluan sama untuk ke Cactus Valley. Kita akan jumpa Cactus Valley dulu, then drive jer dalam 100 m, jumpalah entrance BRSF. Masuk ke sini adalah percuma.

Parking yang disediakan juga banyak. Tak perlu risau pasal parking. Cuma perlu risau nak menapak turun ke ladang. Pas melawat BRSF, kena pikir nak menapak naik ke parking pulak. Time ni la nak tengok vontot tongek. Hahaha...