Monday, December 24, 2012

Zaleha Textiles

On da way balik after lunch kat restoran ketereh tu mama singgah kat Zaleha Textiles. Mama nak beli kain untuk buat baju kurung. Ye la, sekarang ni badan mengembang bagai di pam-pam. Habis tak muat baju yang sedia ada. Terpaksalah buat baju baru untuk tambah koleksi. Nak tunggu badan kurus balik entah bila.

Nak cari kain yang sesuai pun susahnya lahai. Kain-kain kat sini memang siap sedia dipotong 4m sepasang. Kebanyakkan kain corak yang cantik-cantik semuanya jenis kain berkaki. 

Mama ni dah tentu-tentu badan besar. Bila kain jenis berkaki ni susah tukang jahit nak potong. Kalau jenis corak berkaki mama kena beli 4.5m.

Kalau yang tak berkaki plak, coraknya tak menarik hati mama. Ditambah plak papa jadi peneman, lagilah susah mama nak buat pilihan. Ada jer komen dia. *muka selebet gila*

Disebabkan penat nak mencari, mama beli jer kain corak yang sama tapi berlainan kaler. Senang cerita.

Sempatlah rembat 3 pasang kain harga RM45/pasang. Nampak gaya balik Shah Alam kena gi lawat Jakel.  

Restoran Ketereh

Malam ni sepatutnya kami berangkat balik ke Puncak Alam. Tapi bila melihat keadaan cuaca, mek nasihatkan kami balik esok pagi jer. Hujan turun tak berhenti, risau malam ni air naik. So tak jadilah kami balik malam ni.

Jadinya kami ada masa sehari lagi bersenang lenang kat kampung. Nenek ada menyebut nak makan kerutub itik kat sini. Sedap katanya. Lunch hari ni mama bawalah nenek ke sini. Walaupun hujan mencurah-curah, gigih kami datang sini. 

Restoran ni nama jer Ketereh tapi lokasinya bukan kat Ketereh tapi kat Pasir Puteh jer. Kat sini ada bilik VIP siap dengan aircond. Memang sesuai sangat sebab bila makan kat dalam ni, takdelah Rayyans merayau keliling restoran.

Hidangan tengahari yang super sedap. Nasi berlaukkan kerutub daging itik dan ulam-ulaman. Sedap sebab itiknya lembut sangat. Macam daging ayam jer.

Sunday, December 23, 2012

Borong Keropok

Hari ni tok ayah dan paksu mat dah start keje. Tinggal kami dan nenek jer kt rumah. Pagi ni mama ajak nenek gi breakfast kat tok bali. Nama restoran tu Kedai Kita. Kat sana ada nasi dagang sedap berlaukkan kari itik. Puas hati bila dapat makan nasi dagang yang sedap.

Lepas breakfast kami ke kg Pachakan (kat area umah mak ngah) nak beli keropok. Semalam after kenduri tunang tu tak sempat nak singgah sebab hujan lebat. So pagi ni kami datang balik. Mama nak beli keropok untuk souvenier kat kawan-kawan.

Kat sini banyak kedai-kedai keropok kat tepi jalan. Macam-macam jenis keropok ada. Mama beli 1 plastik besar keropok berperisa. 1 plastik tu ada 30 bungkus. Cukuplah untuk dibahagikan opismate dan jiran-jiran.

Kat sini ada jual keropok lekor jugak. Boleh pilih samada nak yang direbus atau yang telah digoreng. Mama beli gak keropok lekor goreng buat bekal minum petang. Masa ni mama sibuk2 dok bergambar kat tempat keropok. Tiba2 makcik ni panggil mama bergambar kat tepi periuk tempat dia menggentel keropok lekor.

Saturday, December 22, 2012

Asmah Tunang

Lepas breakfast kami terus ke rumah mak ngah kat kg Pachakan. Hari ni anak ketiga mak ngah, Asmah (sepupu mama) akan bertunang. Kami kena rush sebab nak sampai sana sebelum rombongan lelaki datang.

Sampai-sampai jer umah mak ngah terus makan pulut kuning inti kelapa manis ni. Pulut kuning pun dah lama mama tak makan. Kebiasaannya kat Kelantan, kalau ada kenduri memang pulut kuning ni jadi sarapan pagi untuk jamu jiran-jiran yang datang menolong.

Setel makan pulut kuning, nenek keluarkan pula crepe durian. Kat kg pun memang tengah glamer crepe durian ni. Bezanya crepe kt sini ngan kat kampung, cream dan durian tu digaul sebati. Kalau kat sini cream dan isi durian disusun berlapis.

Alkisahnya, mak ngah minta tolong nenek tempahkan kek tunang ngan orang kampung kami. Masa nenek gi amik kek tu pagi tadi, akak tu bagi sebungkus crepe durian. Kiranya promotion la ni.

Tepat jam 12 tengahari, rombongan pengantin lelaki seramai 10 orang sampai. Tunangan Asmah ni orang Ampang. Malam tadi diorang bertolak dari Ampang ke Kelantan. 

Upacara perbincangan antara dua belah pihak berjalan lancar. Kata putus dicapai, tempoh pertunangan selama setahun. Kemudian, emak pengantin lelaki menyarung cincin tanda puteri sudah diikat.

Selesai menyarung cincin, tetamu dihidangkan dengan juadah tengahari. Selepas majlis pertunangan ini, pihak rombongan lelaki akan terus bertolak balik ke KL semula.

Menu ringkas yang dihidangkan, gulai ikan masin dengan nenas, ikan kering goreng, acar timun, ayam masak merah, kerabu sarang (rumpai laut) dan agar-agar. Di harap hidangan ni dapat memuaskan hati pihak lelaki. 

Newly engaged, Asmah dan Rizmi. Tempoh pertunangan ni sangat mencabar. Semoga diorang dapat menempuh segala dugaan yang bakal mendatang.

Selepas rombongan balik, turn kami plak bergambar sampai lebam. Hazim tak kasi chance mama nak posing ngan bakal pengantin. Mama doakan semoga dipercepatkan dan dipanjangkan jodoh Asmah dan Rizmi.

McD Takde KFC Pun Jadila

Bangun pagi ni tengok rumah sunyi sepi. Mana pergi semua orang ni. Oooo..hari ni sepupu mama, Asmah nak tunang. So nenek n paksu mat pagi2 after subuh terus ke rumah mak ngah. Tolong masak-masak dan prepare apa yang patut. Nenek informed majlis start tengahari. Hmmm..sempat lagi kami keluar cari breakfast dulu.

Malam tadi masa makan satay dari jauh si kembar nampak sigboard KFC. Time tu memang menjerit2 dah minta nak ke sana. Tapi mama buat tak layan jer. So pagi ni decide bawak diorang breakfast kat sini dulu. Kat Pasir Puteh cuma ada KFC. McD yillek. Sebelum keluar terus siap dengan outfit nak gi kenduri coz after breakfast terus shoot ke tempat tunang.

2,3 hari ni asyik makan lauk kampung jer, so pagi ni tukar western. Kami order set am breakfast Feast B. Kat dalam box tu ada set am platter, am riser, am twister, am blueberry pancakes, 3 hash browns dan 3 cups of coffee.

Si Rayyans ni main jer lebih. Makannya hash brown jer. Burger n twister tu mama yang jadi tukang perabih. Pastu dok jerit-jerit buat bising kat dalam ni. Nasib baiklah kami jer yang breakfast kat sini.

Bekas sos cili tu dibaling-baling ke lantai. Harap-harap pekerja KFC ni takdelah menyumpah-nyumpah kami buat sepah. Kesian kat diorang nak kena mengemas.

Walaupun diorang ni nakal, lari sana sini setiap kali keluar makan, mama tak kisah. Mama lebih suka macam ni sebab kami ada masa quality together-gether. Kiranya ni la bonding time kami anak beranak.

Friday, December 21, 2012

Hassin Satay

Kali ni balik kampung musim basah....hujan jer sepanjang hari. 2,3 hari lagi naiklah air agaknya. Bolehla merasa main banjir setelah sekian lama tak merasa. Bagi papa n Rayyans plak, ni pengalaman pertama merasa musim banjir. Tapi x dapeklah Rayyans nak jejak kaki dalam air banjir, papa tak bagi. Kesian anak mama.

Bila hujan jer memanjang, perut pun asyik lapar jer. Dok rumah asyik mengunyah jer. Petang tadi dah makan pulut durian. Malam mencari satay plak. Kalau kat Pasir Puteh, Hassin Satay ni memang terkenal. Kiranya satay paling sedap kat sini la.

Tu dia beratur satay tengah dibakar. Berasap-asap. Kalau ikutkan, tempat bakar ni duduknya kat luar. Tapi disebabkan hujan, diorang bakar dalam restoran jer. Tu yang berasap satu kedai tu.

Kami order 100 cucuk satay untuk 5 orang dewasa makan. Banyak tak? Memang mengketedarah. Tapi tak habis makan pun. Last-last bungkus bawa balik.

Sesekali bawa mak ayah makan kat luar memang seronok. Diorang pun seronok dapat ubah selera. Masa anak-anak balik ni la diorang dapat makan kat luar. Kalau hari biasa memang tak merasa la diorang nak melepak kat kedai satay ni malam-malam. Apapun, mama happy sangat sebab dapat menggembirakan hati orang tua.

Pulut Durian

After beli durian kat pasar tani dan lunch kat besut, kami terus balik rumah. Keadaan sekarang tak begitu mengizinkan untuk berjalan-jalan meronggeng disebabkan hujan yang berterusan. Hujung tahun memang pantai timur ni akan dilanda banjir. Bezanya banjir besar or kecil jer. Kalau tengok dari gaya hujan dan keadaan yang berangin, maybe banjir besar jugakla.

Balik dari pasar terus kenduri durian yang dibeli tadi. Durian kampung isi manis-manis. 3 plastik besar harganya RM50. Mama kureng sikit kalau makan durian cenggitu jer. Mama prefer makan dengan pulut. 

Sementara tunggu pulut yang nenek tanak tu masak, kami makan durian gitu-gitu jer dulu. Tok ayah ngan paksu mat boleh la join papa, hantu durian semuanya.

Inilah dia pulut durian yang mama dok ngidam dah lama. Boleh jer masak sendiri kat sini tapi feel dia tak sama macam makan kat kampung. Perghhh...senang hati dapat makan pulut durian air tangan bonda tercinta.

Pasar Tanilah Sangat

Pagi ni kami ke pasar tani besut sebab papa nak beli durian. Masa turun dari rumah cuaca elok jer. Tapi bila kami sampai kat pasar, hujan selebat-lebatnya. Humm...takde rezeki kami nak meronda-ronda kat pasar. Cuma papa n paksu mat yang keluar cari durian. Mama, nenek & Rayyans tunggu kat dalam kereta.

Kami ke Besut naik kereta paksu mat. Kat depan tu ada tergantung spek hitam paksu mat. Bila Hazim nampak, mula la bergaya sakan.

Hensem gak anak mama ni pakai spek. Macam orang besar dah. Bila mama suruh pose, spontan tangan letak depan. Macam nak solat jer.

Hadif ni bila tengok Hazim pakai spek, mula la tak senang duduk. Berlakulah adegan rebut merebut dan yang pasti Hadiflah menang.

Hujan kat luar tak nampak gaya nak berhenti. Takde rezeki mama nak bershopping kain baju kat sini.

Balik dari pasar, kami singgah makan kat Besut. Lepas hajat nak makan satar sedap.

Thursday, December 20, 2012

Check Out Time

After shopping serunding, pegawai jabatan audit singgah kat pasar khadijah pula. Tapi mama terus balik hotel sebab papa n Rayyans tengah tunggu mama untuk check out. After check out kami akan terus balik kampung mama, sambung cuti sehingga krismas.

The boys dah siap sedia nak check out.

Hensem pose from Hadif.

Kat lobi tunggu mama check out

Tak sabar nak balik kampung. tengok cuaca dan trafik not soo good.

Ok..everything dah settle. Jom balik rumah nenek.

Serunding Daging

Petang ni kami takde apa-apa aktiviti. So after lunch Pegawai Jabatan Audit nak bershopping dulu. Tempat pertama kami pergi adalah ke Kubu Maras. Kat sini boleh dikatakan setiap rumah penduduk mengusahakan pembuatan serunding daging.

What an experienced dapat tengok sendiri penghasilan serunding ni. Susah rupanya. Mama sempatla interview pakcik tu. Masa untuk buat serunding adalah 8 jam, maksudnya dari pagi hingga ke petang kena mengacau daging kat dalam kawah ni.

Setiap hari sebanyak 30kg daging digunakan untuk 2 kawah ni. Daging ni plak kena sentiasa dikacau untuk dapatkan tekstur yang halus. Perghh..boleh naik muscle mengacau serunding ni.

Tong-tong yang menyimpan serunding yang telah siap di packed. Memang berbaloi bila dapat beli terus dari kilang ni coz serundingnya masih fresh.