Thursday, July 26, 2012

Iftar Day 06

Hari ni pun tahap kepenatan yang melampau disebabkan cuaca yang agak panas. Matahari terik betul, longlai jer kaki bila dengar papa ajak gi pasar ramadhan. Huh....mengada betul. Itulah namanya dugaan di bulan Ramadhan. Sudahnya hari ni tapau lagikk makanan..kat restoran merah plak. Total perbelanjaan RM33.

Menu wajib, ayam percik, RM7

Gulai kawah feveret papa, RM10

Cencaru sumbat bakar, RM6

Kerabu mangga, RM4 tapi agak pedas skit..

Bubur jagung sebekas RM3. Mama beli 2 bekas, RM6. 1 bekas kasi kat pengasuh Rayyans.

Petang ni pengasuh Rayyans ada bagi mee sup plak

Satu jug air sarsi...terima kasih Allah

Nikmatnya berbuka puasa dengan suami tercinta. Tak sabar nak tunggu balik kampung untuk berbuka dengan ayahbonda tercinta plak.

Wednesday, July 25, 2012

Iftar Day 05

Hari ni makanan untuk berbuka kami beli kat restoran bunga jer. Mama fenat nak merayau kat pasar ramadhan. Lagipun restoran bunga ni not bad masakan dia....masakan kelantan la katakan. Cumanya harganya agak mahal sikit banding kat pasar ramadhan.

Ayam percik merah, RM7

Ikan talapia sambal, RM6

Ikan bawal sweet sour, RM6

Masak lemak labu dan pucuk manis, RM5

Solok lada seketul RM1.80 (mahainya. kalau kat kampung 5 ketul RM2). Mama beli 6 ketul. Lagi 4 ketul bagi kat pengasuh Rayyans. Total harga solok lada RM10.80.

Kuih feveret mama, pulut sekaya, 3 ketul RM2.50. Huhuhu...napelah kuih2 yang mama suka makan mahal2 jer semua harganya. Tak sabarnya nak balik kampung nak melepaskan perasaan.

Pastu balik rumah mama goreng sayur kailan. 

Malam ni penghilang dahaga adalah air ribena

Alhamdulillah, selesai sudah puasa hari kelima

Tuesday, July 24, 2012

Iftar Day 04

Hari nafsu bermaharajalela...banyak betul makanan berbuka yang kami beli hari ni kat pasar ramadhan saujana utama. Makanan semuanya nampak sedap-sedap. Dugaan betul. Tapi alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku. Lauk-lauk yang tak habis di carry forward untuk sahur. Sahur mama cuma masak nasi jer. 

Ayam percik putih, RM6. Sedap, kena dengan selera tekak mama dan Rayyans. Manis rasanya. Hazim makan nasi bertambah-tambah dengan ayam percik ni.

Cencaru sumbat bakar, RM6. Langsung tak bersentuh lauk ni time berbuka tapi mama panaskan balik dalam oven untuk sahur. Alhamdulillah..

Gulai lemak ikan keli, RM2.50, murah. Lauk ni papa sorang jer yang makan coz mama tak makan ikan keli. Licin papa makan, tu tanda sedap la kot.

Ikan pekasam bakar, RM3.50. Pembuka selera waktu berbuka. Mahal tul harga sekor ikan ni. Tapi dah teringin nak makan, nak wat camna. Selalunya, setiap kali ramadhan mama ada stok ikan pekasam kat rumah. Opismate papa jual. Tahun ni budak tu dah tak jual kot...

Pecal, RM2.50. Pecal ni adalah sayur kegemaran papa. Mama cuit-cuit gitu jer. Tapi berjaya gak dihabiskan.

Ni plak sayur kegemaran mama. Kerabu sarang, RM1. Kerabu sarang ni adalah sejenis rumpai laut. Hanya orang yang tertentu jer tau camna nak masak dan makan. Actually ni makanan orang kelantan. Kalau kat kg, kerabu sarang adalah menu wajib ada setiap hari untuk berbuka. Mama terkejut gak tetiba tahun ni kerabu sarang ada dijual kat sini.

Soto untuk Rayyans, RM3. Tapi diorang tak makan pun sebab diorang makan nasi ngan ayam percik. Soto ni papa yang habiskan.

Buah melaka, 10 biji RM4...pun mahal gak. Walhal kalau buat sendiri bermodalkan RM4 tuh dah dapat berpuluh-puluh bijik dah. Tunggu la wiken nanti, akan ku gentel sendiri buah melaka ni.

Agar-agar mama borong sampai 4 bekas, RM10 sebab nak bagi kat pengasuh. Nak balas bekas pengasuh tiap2 hari bagi makanan kat kami. Nak balas dengan makanan yang mama masak sendiri, takut menimbun plak bekas pengasuh kat umah kami.

Balik rumah, pengasuh bagi plak bergedil ni kat kami. Murah rezeki kami setiap hari dapat makanan dari jiran.

Air asam boi dan cendol. Masing-masing berharga RM2.

Ikut nafsu punya pasal, penuh makanan satu meja. Walhal yang nak makannya cuma 2 mulut jer. Total berabis kat pasar ramadhan hari ni adalah RM42.50. Fuhhh...cam belanja makan 3 kali sehari.

Monday, July 23, 2012

Iftar Day 03

Hari ni 1st day puasa pada hari bekerja. Hmmm...bila kat opis ni masa cepat sangat berlalu. Sedar-sedar dah petang. Yang bestnya bulan puasa ni boleh balik awal skit..kul 4.45. Pastu bila kat opis ni sejuk, tak banyak bergerak jadi kuranglah sikit rasa dahaga. Lauk berbuka petang ni mama beli yang dah siap masak jer. Plan asal nak ke Restoran Merah nak cari ayam percik, tapi tutup plak restorannya. So mama gi ke Restoran Ikan Bakar Maju jer la. Mama beli ikan kembung bakar, sotong masak lada hitam dan sayur bayam goreng.

Ikan kembung bakar, RM5

Sotong masak lada hitam, RM5

Bayam goreng, RM1

On da way balik tu, nampak plak ada pasar ramadhan kat desa coalfield. Papa pusing kete singgah situ plak, konon nak survey. Dalam survey tu, sempat gak lah beli ayam goreng berempah, kuih koci dan karipap.

Ayam goreng berempah 2 ketul, RM6

Karipap 5 ketul, RM2

Kuih koci 5 ketul, RM2

Sampai rumah, pengasuh Rayyans bagi kami kway teow goreng plak. Pastu mama plak terlebih rajin masak tomyam sayur lagi coz tengok sayur bayam tu macam tak menyelerakan jer. Then malam ni kami berbuka dengan air sirap laici. Hummm...sejuk jer tekak...

Tomyam sayur

Sirap laici

Saturday, July 21, 2012

Iftar Day 01

Syukur alhamdulillah mama diberi kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Hari pertama puasa memang agak memenatkan. Lapar tu boleh tahan lagi, tapi haus yang amat. Nasib baiklah Allah kuatkan iman untuk bersabar menahan dahaga. Dah kata pun puasa, haruslah menahan lapar dan dahaga.

Alhamdulillah, ramadhan ni murah rezeki. Belum pun start puasa, dah dapat buah tangan daripada bos mama dan kontraktor papa. Lepaslah stok kurma untuk seminggu puasa.

Hari pertama puasa, anak-anak tiri mama (anak-anak papa la) datang berbuka kat rumah. Alhamdulillah, meriah rumah kami hari ni. Cuma angah jer yang takde sebab dia berbuka kat cyberjaya, rumah kawan. Yang lain, along, dayah, tilah, memer dan ayein semua ada.

Alhamdulillah, lauk berbuka hari ni semuanya mama masak sendiri. Ada ayam percik, rendang hati lembu, siakap 3 rasa, sayur campur goreng, marble cheese brownies dan koktel serta nasi minyak.

Rendang hati lembu

Tapi yang frustnya, mama lupa nak snap semua gambar lauk pauk berbuka hari ni. Tuan rumah sibuk dok menghidang sampai lupa nak mengambik gambor.

Monday, July 16, 2012

Jamuan Dominos

Petang-petang ni bos kecik bermurah hati sponsor untuk tea time sempena birthday dia esok. Tea time makan dominos tuu...sure malam ni tak perlu amik dinner lagi dah. Terima kasih en zul sebab sentiasa belanja kami makan.

Sejak mula pandai makan pizza dominos ni, kami semua tak pandang dah pizza hut. Pizza dominos lagi sedap dan yang penting roti dia tak keras.

Macam-macam peel gegeruls kat opis bila dapat makan. Tengoklah muka mama tu, terjuih jer mulut tak sabar nak makan. Hahaha...bila ada gambar candid camni barulah terserlah gelagat masing-masing.

Kali ni kami order 2 set The Dark Knight Rises Meal yang berharga RM 60 satu set. Dalam set ni ada 1 Regular Extreme Edge Pizza with Extra Cheese, 1 Regular Pizza with Extra Cheese, 1 Crazy Chicken Crunchies, 1 Twisty Bread, 1 Bottle Drink dan 1 Limited Edition Dark Knight Rises (TM) Glass.

Pastu kami redeem satu kupon dapatlah 1 pizza regular free. Tajuk pizza yang kami pilih kali ni adalah meat mania, beef pepperoni, aloha chicken, classic chicken dan extravaganza.

To en zul, selamat menyambut hari lahir. Semoga Allah murahkan lagi rezeki En Zul, seterusnya murahlah jugak rezeki kami. 

Saturday, July 14, 2012

Maggi Kerang

Minggu ni merupakan minggu terakhir untuk semua umat islam menikmati breakfast. Starting next week, kita semua dah berpuasa. Apalah juadah yang nak dimasak untuk berbuka nanti. Last year mama asyik beli makanan kat pasar ramadhan jer. Tahun ni kalau boleh nak masak sendiri untuk berbuka. Itupun kalau sempat sampai awal kat rumah.

Bahan-bahan:
2 bungkus maggi
2 ulas bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu kicap
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
150 g isi kerang
1 ikat bak choy
Minyak
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara - cara:
Panaskan air, setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Masukkan kicap, sos tiram, kerang dan bak choy. Kacau sehingga rata
Masukkan sedikit air, garam dan gula. Selepas itu masukkan maggi.
Kacau sebentar dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, July 13, 2012

Geylang Kopitiam

Hari ni papa tak join lunch sebab gi semayang jumaat. Gegurls kat opis lak memasing malas nak keluar. So mama n mama jue yang kaki makan ni takde transport plak nak merenyam. Tapi perut ni mengidam nak makan sedap jer. Bila tanya mama jue nak makan mana...ade jer port baik yang dia suggestkan. Makanya hari ni kami berdua dating kat Geylang Kopitiam.

Actually Geylang Kopitiam ni dekat sangat ngan opis kami. Cuma berbeza blok jer. So kami berdua sanggup meredah panas berjalan kaki ke Geylang Kopitiam semata-mata nak cari kelainan. Kadang-kadang bosan gak asyik makan makanan tapau kat kakak indon bawah opis kami tu.

The best part is, masa kami sampai kopitiam ni dah nak tutup untuk solat jumaat. Yang ada cuma staf yang non-muslim dan non-malaysian, which is tak reti cakap melayu langsung. Tapi tuan kedai tu bermurah hati masak gak untuk kami then tinggalkan kami kat kedai. Yang ada cuma staf bangla yang menemani kami makan.

Decoration dalam kedai ni ala-ala klasik gitu. Banyak koleksi gambar-gambar lama yang bersangkut paut dengan tempat yang bernama Geylang. Kalau tak silap mama Geylang ni terletak kat Singapura. Maybe owner kedai ni asal dari sana kot. Tak sempat lak nak jadi wartawan tuk interview sejarah Geylang Kopitiam ni.

Barang-barang lama tapi tinggi nilai sentimentalnya. Susah dah nak cari barang-barang antik camni sekarang. Hajat hati nak dok atas beca tu untuk bergambar tapi risau plak takut runtuh. Asyik dok cerita pasal kedai jer...jom cerita pasal tujuan asal datang sini plak...untuk makan of course.

Food yang ada kat sini sama gak cam kopitiam lain. Ada makanan berasaskan mee, nasi lemak, western food, roti bakar. Selain tu ada gak masakan yang bergoreng ala thai tu. 

Mama order air bandung dan mama jue order air bandung cincau. Harga masing-masing RM2.00 dan RM2.50. Gelas dia besar, puaslah minum.

Untuk makanan plak mama jue order mee rebus yang berharga RM5.50. Sedap gak mee rebus ni. Berasa la segala rempah ratus dia.

Mama plak order nasi goreng tomyam yang berharga RM7.50. Nasi goreng ni sedap tapi agak pedas sikit untuk mama. Lain kali kalau nak makan kena minta diorang kurangkan pedas sikit.

Sebelum balik, sempatlah kami bergambar kat depan beca ni. Disebabkan tinggal kami berdua jer makan kat sini, bolehlah bergambar tanpa malu.