Friday, June 10, 2016

Iftar: Day 5

Sekejap jer dah 5 puasa. Hari ni dugaannya haus tersangat2. Mama ada site inspection. Pastu kat site plak panas sangat. Itulah dugaan orang berpuasa kan.

Berbalik kepada juadah berbuka, mama masak menu yang cepat siap jer. Sebab kepenatan tak larat nak berdiri lama2 kat dapur.

Mama masak lemak udang galah yang beli kat pantai remis wiken lepas. Udang galah harga rm40 sekilo. Sekilo dapatlah dalam 30 ekor udang. Daun kunyit pun tak letak sebab malas nak potong kat dalam pasu.

Pencuci mulut mama buatkan bubur jagung durian. Setakat ni semua pencuci mulut yang mama masak berkuah sebab papa suka desert yang macam ni. Kalau kuih tu dia kureng skit. Kalau masak berkuah boleh nampaklah dia dok ulang2 makan.

Thursday, June 9, 2016

Alahai Hafiy

Pas buka tadi masa kelam kabut mama nak solat, abang nak gi mengaji, terjadilah satu tragedi. Si hafiy tereksiden dalam rumah.

Masa mama dok buka puasa lagi si kecik ni dok terlompat2 atas sofa. Entah macam mana boleh terlajak jatuh gedebuk atas lantai marmar.

Satu puncak alam dengar dia meraung. Walaupun hafiy ni aktif tapi tak pernah lagi eksiden camni. Benjol dahi belah kiri. Hai la adik. Pasni jangan nakal2 lagi tau.

Iftar: Day 4

Hari ni semangat mama masih kental. Masih masak sendiri juadah berbuka. Menu hari ni simple saja. Tak perlukan banyak masa untuk memasak.

Juadah hari ni ikan cencaru bakar bersambal, ayam goreng kunyit dan pengat pisang. Walaupun simple kami tetap berselera makan.

Ikan cencaru mama perap dengan cili boh, bawang tumbuk, asam jawa dan garam. Pastu balut dengan daun pisang then bakar atas dapur gas jer. Papa malas nak bakar arang.

Ayam goreng kunyit menu untuk rayyans sebenarnya. Rayyans ni makan memilih. Lauk lain tak makan. Diorang cuma makan ayam goreng atau ikan goreng jer. So far diorang tak berjaya puasa penuh lagi. Hanya mampu bertahan separuh hari jer. 

Mama guna pisang tanduk untuk buat pengat. Pisang tu mama rendam dengan kapur makan dulu bagi dia kental. Dah masak nanti takdelah pisang tu lembik semacam.

Wednesday, June 8, 2016

Iftar: Day 3

Syukur dah masuk hari ketiga berpuasa. Dugaan hari ni teramatlah haus sebab mama ada inspection kat site dari pagi sampai ke petang.

Walaupun penat, mama gagahkan juga masak juadah berbuka. Semalam tak sempat masak, beli kat bazar jer. Tapi tau2 la makanan kat bazar ni harapkan mahal jer. Rasa kelaut.

Papa request lauk kari. Kebetulan ada kepala ikan merah. Maka terjadilah kari kepala ikan.

Pastu ehh tetiba roh rajin merasuk. Siap plak sambal udang. Sambal udang ni kalau tak habis confirm jadi lauk sahur nanti.

Kalau puasa tekak mama ni mesti nak kena ada percik. Memang tekak kelantan pure. Kuah percik kelmarin mama buat banyak dan frozenkan. Jadi hari ni mama just bakar ayam, panaskan kuah percik tu jer. Ayam percik lauk feberet hadif.

Sayur plak ulang tayang menu hari pertama. Ni kes nak menghabiskan kacang panjang kat dalam fridge. Lama2 nanti kecut membazir jer.

Untuk pencuci mulut plak mama masak bubur butir nangka. Papa plak panggil bubur gayam atau wadai kiping. Orang banjar uols. Mama terharu sikit time buka posa tadi, tak habis2 papa puji bubur butir nangka ni. Coz mengingatkan papa pada arwah mak papa yang selalu masakkan untuk papa dulu2.

Monday, June 6, 2016

Iftar: Day 1

Alhamdulillah hari ni mama sempat masak juadah berbuka. Sempatlah masak 3 juadah dan 1 pencuci mulut. Masak yang simple2 jer janji ada.

Menu hari ni ayam percik, siakap 3 rasa dan kacang goreng. Menu ni jugakla yang akan jadi makanan sahur pagi nanti. Esok harap2 jalan tak jem. Kalau boleh sampai awal kat rumah, sempatlah mama masak.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menempuh ramadhan tahun ini. Semoga mama diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan amal ibadat sepanjang bulan puasa.

Permulaan ramadhan agak mencabar sebab mama sakit gigi. Semalam plak entah apa yang silap makan, dua kali mama muntah. Terus sahur pagi tadi tak selera nak makan. Gigi sakit plus perut rasa sebu jer. Mama anggap ini cabaran untuk mama dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Azam ramadhan tahun ni nak kurangkan membeli di pasar ramadhan dan lebihkan memasak di rumah. Dapat jimatkan kos dan makanan pun terjamin kebersihannya. Semoga azam mama terus kuat hingga ke akhir ramadhan.

Sunday, June 5, 2016

Atok Asam Pedas

Pagi tadi gi pantai remis sebab nak beli seafood untuk stok lauk bulan ramadhan. Dah habis beli barang, singgah kat kedai atok asam pedas. Kedai ni terletak berdepan dengan pasar nelayan sg sembilang.

Dah beberapa kali mama makan kat sini. Setiap kali lepas inspection area sini, kami akan singgah lunch kat sini. Asam pedas dia memang verdict.

Dah lama simpan niat nak bawa papa makan sini. Tapi sampai kesudah tak datang. Alang2 dah ada sini hari ni, so mama ajak lunch ke sini. 

Kedai pun belum buka lagi. Pekerja baru dok kemas2 kedai. Selain kami, dah ada 3,4 meja lain yang occupied. Masing2 sabar menunggu. 

Cuaca agak panas hari ni. Nak makan pulak asam pedas. Air kenalah order lebih skit. Takut ada yang menangis kepedasan nanti.

Set asam pedas didatangkan dengan nasi putih, ulam timun dan telur masin separuh. Dalam pinggan ni extra telur masin dan timun sebab rayyans tak makan. So diorang transfer semua ke pinggan mama.

Kali ni pilihan ikan cuma ada pari, cencaru dan kembung. Papa pilih ikan pari. Dalam setiap pot ni diorang letak 2 ketul/ekor ikan, tomato dan sayur bendi.

Mama plak pilih ikan cencaru. . Pastu mama order kangkung belacan dan telur dadar. Fuhh menitik peluh masa makan. 

Saturday, June 4, 2016

Gigi Susu

Dah lama sebenarnya nak ke klinik gigi untuk cabut gigi susu hadif. Wiken asyik bz jer. Tak sempat nak terjah klinik gigi.

Kami ke klinik pergigian sharifah kat sg buloh. Mama risau sebenarnya takut hadif menangis. Ni first time nak cabut gigi kat klinik.

Boleh tahan ramai jugak pesakit yang datang untuk treatment. Nasib baik tak payah buat appointment. Boleh terus proceed cabut gigi. 

Rate harga untuk macam2 treatment yang diorang buat. Hadif cuma kena caj rm10 jer. Mama bajet dalam rm50. Tak sangka murah plak. Maybe sebab senang sangat kot nak cabut gigi hadif.

Tersenyum gembira lepas cabut. Nasib dia tak menangis. Cuma kaki tangan tu sejuk la. Berdebar kot. Tapi katanya tak sakit. Doktor cuma sapu ubat bius dan tarik gigi.

Before n after. Gigi kekal dah tumbuh kat belakang gigi susu yang dah mereput dan patah separuh. Kami tak dapat nak cabut dengan tangan. Akhirnya, hadif boleh senyum tanpa malu dah.

Sg Buloh Mall

Ke sg buloh kita pagi ni. Ada dua tujuan. Nak cari baju melayu untuk anak2 dan cabut gigi susu hadif. Kat sg buloh mall ada banyak butik2 pakaian dan the store. 

Kami masuk salah satu butik bila nampak ada baju melayu dengan warna yang mama cari. Terus tanya saiz dan harga.

Alhamdullillah tiga2 saiz ada dan yang penting harga berpatutan. Siap ada diskaun lagi sebab beli 3 pasang. Senang kerja mak tak payah nak keluar masuk butik lain lagi.

After that, masuk dalam the store plak. Nak cari baju basahan dan seluar jeans anak2 teruna. By the time habis shopping dah tengahari. Terus ke food court kat ground level.

Hazim order nasi goreng kampung served dalam kuali. Kalau orang dulu2 tengok kita makan dalam kuali sure ada yang kuali melayang nanti.

Hadif plak gedik order mihun goreng pastu tak nak makan. Kongsi ngan hazim jer makan nasi goreng kampung. Portion makanan memang banyak.

Kat tepi food court ada orang sewakan motor atv. Rm7 untuk 10 minit. Tadi mama janji kalau diorang habiskan makanan mama bagi main. 

Sian adik pun nak main jugak tapi belum cukup umur. Kecoh mulut dia menjerit2 tengok abang main. Adik merempit dengan troli jer la.

Friday, June 3, 2016

Preparation Raya

Preparation raya mama buat awal. Sebelum ramadhan dan setel semua kelengkapan untuk anak2 dan papa. Mama nak elakkan shopping masa bulan puasa. Penat hoi nak heret 3 handbag.

Baju melayu, kemeja dan tshirt untuk the boys. Kita bagi kaler black n white jer dulu ya. Biar surprised. Nanti raya baru leh reveal warna.

Tahun ni mama tempah jer baju dengan kakak p.cik nasir. Mamma takmo beli baju2 berlabuci lagi dah. Pakai sekali time raya then berkepam dalam almari jer. 

Kasut n handbag pun dah setel. Mama pun kenmain beraya nak handbag baru. Sesekali ye dak. Memang time raya setahun sekali jer pun mama beli handbag baru.