Saturday, June 21, 2014

Terengganu : Steamboat Dinner

Memer yang tengah belajar dekat umt jadi pemandu pelancong kami. Mama bukan tau sangat mana tempat makan menarik kat kuala terengganu.

Malam ni memer bawak kami makan steamboat kat pulau duyung. Ada satu port yang best menurut kata memer. Tapi sayangnya sebab kami datang lambat, dah takde meja kosong.

Bersebelahan steamboat yang glamer tu, ada gak another restoran yang serve steamboat. Masing2 dah penat dan lapar, so malas nak mencari kat tempat lain.

Steamboat ni pun not bad gak. Ada tempat untuk grill sekali. Kuah steamboat lak kuah tomyam. Memang kena la dengan selera mama.

Bahan2 steamboat banyak gak. Ada seafood, daging, ayam, sayur dan segala fishball, meatball semua ada. Puas la makan.

Cuma kat sini kita tak boleh nak pilih bahan2 steamboat sendiri. Bila oder tu dia akan bagi bahan2 steamboat bersesuaian dengan jumlah orang yang nak makan tu.

Kiranya takkan berlaku pembaziran la. Kalau kita amik sendiri confirm sifat tamak sedikit sebanyak ada dalam diri. Amik banyak2 pastu tak habis makan.

Everybody dah lapar, jom kita makan dulu. Kami diberikan 2 dapur so takdelah kelam kabut berebut nak merebus dan menggrill.

Yang penting, thanks to papa sebab belanja kami semua. Lain kali bolehlah belanja lagi ya.

Terengganu : Pool's Party

Bila dah redup baru kami keluar ke pool. Telinga dah tak nak dengar rayyans dok berlagu. So called semua kakak2 turun kat pool.

Relax skit bercuti kali ni. Sebab ada ramai baby sitter yang boleh memantau rayyans kat dalam kolam. Kalau tak jangan haraplah papa boleh berlunjur kaki camni.

Budak yang mengada2 ni kena buli dengan kakak. Pool resort ni luas gak. Pastu air kat kids pool takdelah cetek sangat. Kat paras dada rayyans. Jadi tak boleh nak biar diorang main sendiri2.

Paling best, cuma kitorang jer yang conquer pool. Entah mana pengunjung lain. Mama tengok bilik semua macam full. Mesti orang lain tak hadap sangat ngan pool. Gi shopping kat pasar payang lagi best.

Tengoklah masing2 melekat jer dengan kakak. Mama ngan papa diorang dah tak heran dah bila ada kakak. Time ni la baru mama papa boleh berdetim.

Sunbathing... dah penat la tu asyik keluar masuk terjun kolam. 

Actually mama dah aturkan surprised untuk papa sempena hari bapa. Dan surprised untuk along, angah dan tilah sempena birthday diorang hujung bulan ni.

Masa kat kl lagi mama dah deal dengan kawan mama yang menetap kat kuala terengganu. Kawan mama ni ada bisnes kek. Tengah diorang syok mandi, kawan mama datang delivery kat tepi pool.

Semua orang terkejut. Langsung tak menjangkakan plan mama. Even papa sendiri pun tak tau. Kebetulan masa trip ni birthday anak sulung, kedua dan keempat. Tarikh lahir diorang beza 3, 4 hari jer.

At the same time, celebrate father's day buat insan paling bermakna dalam hidup kami. Tahun ni memorable sangat buat papa sebab 7 daripada 8 orang anak papa ada di sisi menyambut hari bapa.

Thank you papa for being such a wonderful father and husband. Semoga papa sentiasa gembira dan dimurahkan rezeki. Semoga papa menjadi the best father in the world.

Terengganu : Seri Indah Resort

Kami stay kat seri indah resort. Amik 2 bilik triple pastu tambah tilam. Kami dok sini selama 3 hari 2 malam.

Resort ni letaknya kat pantai batu burok. Saja pilih kawasan pantai. Bosan2 nanti boleh jalan kaki amik angin kat tepi pantai.

Bilik kami luas betul. Kalau vacation dengan family besar boleh bentang toto dan tidur dengan selesa. 

Tengoklah si hazim dengan bontot berpampers tu menjenguk kat tingkap. Belah kiri tu pintu untuk ke beranda.

Pandangan dari tingkap yang hazim jenguk tadi. Resort ni bukanlah betul2 kat tepi pantai. But still dari sini boleh dengar bunyi ombak lagi.

Toilet bersih tapi macam nampak usang sikit. Resort lama la kan. Bukan macam toilet hotel berkilat bersinar.

Pandangan dari pintu depan plak terus nampak swimming pool. Resort ni 2 tingkat jer. Bilik kami kat tingkat bawah.

Ada budak terlebih excited bila nampak swimming pool. Sampai2 jer terus tukar baju mandi. Walhal kat luar tu nak celik mata pun x boleh.

Suruh tidur pun takmo. Lantak la korang nak main lompat2 atas tilam. Janji jangan kacau papa nak rehat dah penat drive jauh.

Nanti cuaca dah redup kita keluar mandi2. Tunggu kakak2 turun sekali. Mama dah aturkan surprise untuk semua orang.

Terengganu : Here We Come Again

Our second trip to terengganu this month. Kali ni memang datang untuk bercuti. No more bercuti sambil bekerja.

This cheeky boys suka sangat trip ni. Sebab keempat2 kakak diorang turut serta. Pastu, sampai terengganu nanti abang memer plak join sekali.

Kami ikut jalan lama, lalu paka, kemaman. Saja jer nak lalu kat kawasan kampung. Percutian ni leisure jer so takde rushing sangat. 

Nampak gerai jual makanan, kami stop. Papa beli air nira atau air tuak. Minum sejuk2 best. Manis original dari buah, bukan dari gula. 

Pastu menyinggah lagi beli keropok lekor dan pisang goreng.

Nampak signboard pantai kemasek terus minta papa benti. Lepak2 kejap hirup angin pantai sambil makan keropok lekor.

Pantai ni cantik dan bersih. Ada batu besar kat tepi pantai. Cuma tak dapat nak berlama sangat sebab tengah panas terik.

Kemudian perjalanan diteruskan lagi. Nampak plak gerai jual jagung bakar. Stop lagi.  Si kembar nak jagung la pulak. At last, kami sampai kat resort penginapan pukul 3 petang.

Monday, June 9, 2014

Terengganu : ICT & Kereta Kuda

Pagi2 tadi ke opis iwk kt untuk buat audit iso. Habis audit pun dah petang. Plan nak gi jalan2 kat taman tamadun islam dah tak sempat.

Bila papa jemput mama after kerja, teruslah ajak papa gi makan ict (ikan celup tepung) kat kedai tepi airport kt. 

Ikan tuka, udang dan sotong celup tepung serta keropok lekor. Bestnya bila dapat makan seafood fresh dan digoreng panas2.

Amboi seriusnya papa menikmati ict.

Nikmatnya makan ict ketika cuaca panas terik, lawan plak dengan abc special. Sejuk sampai ke perut.

Kat tepi kedai ict ni ada hub kereta kuda. Kereta kuda sini lagi cantik banding kat batu buruk. Again, rayyans ajak mama naik kereta kuda.

Cumanya kami dibawa jalan2 sekitar kawasan kampung, bukan kat tepi pantai. Hampir 20 minit gak perjalanan.

Tak kisah la ke mana pun route dia, yang penting dapat naik bersama family tercinta. Kenangan kami bersama tu yang priceless.

Masa nak turun dari kereta kuda, nampak budak ni tengah main motor. Ingatkan untuk disewa jugak, rupanya milik budak ni sendiri. Motor ni pakai minyak macam motor biasa jer. Yang beza saiznya sahaja.

Sunday, June 8, 2014

Terengganu : Restoran Masakan Thai

Mama tak tahu sangat tempat2 makan yang menarik kat kt. Sebelum datang lupa nak google siap2. So malam ni kami main terjah jer la.

Dari dalam kereta nampak signboard restoran masakan thai. Terus minta papa bentikan kereta. Kami pelanggan pertama. Risau gak takut tak sedap sebab tu takde pelanggan.

Mama suka kedai ni guna perabot serba putih. I kan pencinta english style. Kena sangatlah konsep kedai ni dengan citarasa mama. 

Kat satu sudut ada dinding bermural beserta bench untuk pengunjung bergambar. Rayyans sukalah bab2 berposing.

Dekorasi kedai jer konsep english, food tetap konsep thai. Kami oder tomyam seafood, daging masak merah, ayam goreng kunyit, udang celup tepung dan kailan ikan masin.

Food sedap la jugak especially tomyam tu. Tak lama lepas kami pesan food barulah pengunjung start datang. Maybe kami terawal kot. Kedai baru bukak.

Terengganu : Mandi Manda

Dah petang sikit baru kami turun ke pool. Itupun selepas rayyans dok berzikir kat tepi telinga.

Diorang berdua tak senang duduk kat bilik bila diorang nampak kat pool dah ramai orang dok mandi manda.

Diorang mandi pakai baju biasa jer. Nasib baik hotel ni tak strict sangat pasal etika berpakaian kat pool.

Kalau tak, ada yang papa kena keluar beli swimming suit dulu. After this mama kena sentiasa get ready.

Kalau kata nak gi tido hotel kena bawak baju mandi siap2. Tak kisahlah kat hotel tu ada pool ke tidak.

Kat belakang hazim tu anak opismate mama. Sepanjang percutian ni diorang dapatlah berkenalan dengan kawan baru.

Puas hati rayyans dapat mandi kan. Itupun susahnya nak mengajak diorang naik ke bilik.  Bila pool dah kosong barulah diorang nak naik.