Saturday, February 15, 2014

Bukit Tinggi : Colmar Tropicale

Cuaca yang agak panas sekarang ni mengundang banyak penyakit. Kat klinik setiap hari penuh dengan orang sakit. Dalam cuaca kering kena minum banyak air masak. 

Demam, batuk, selsema dan denggi adalah penyakit yang femes kebelakangan ni. Terbaru, 3 orang anak sedara papa dimasukkan ke ward sebab dijangkiti denggi.

Bila dok bercerita dengan papa pasal cuaca panas tetiba papa suggest nak gi kat tempat yang sejuk. Dalam kepala mama cuma terfikir cameron highlands jer. Tapi kami baru jer ke sana. 

Then papa mentioned bukit tinggi. Mama dah pernah bermalam kat bukit tinggi masa bujang2 dulu tapi papa tak pernah. So terjadilah last minute arrangement nak bercuti ke bukit tinggi.

Gitulah rentetan kisah membawa kepada short vacation kat bukit tinggi. Kami stay kat Colmar Tropicale, hotel yang dibina bersempena kampung colmar di perancis.

Kami tiba di colmar tropicale jam 12 tengahari. Kalau ikutkan waktu check in adalah 3 petang. Mama saja cuba nasib gi tanya kat kaunter kot2 dapat check in awal.

Alhamdulillah, rezeki kami dapat terus check in. Bilik banyak kosong sebab sekarang bukan musim cuti sekolah. Kebanyakkan pengunjung adalah dari kalangan pelancong arab.

Kami dapat bilik kat bangunan camelia, berdepan dengan pusat games. Bilik kami kat tingkat 5 iaitu paling atas. Kami amik 2 bedroom suite sebab angah n tilah ikut sekali. 

Kalau nak amik bilik deluxe risau bilik kami nanti tak dapat sebelah menyebelah. Boleh jadi satu masalah nanti sebab si kembar akan merengek nak dok kat bilik kakak.

Rak coffee ni tergantung kat dinding. Coffee and tea are complimentary from colmar tropicale. 

Suite ni dua tingkat. Tingkat bawah ada ruang tamu dan master bedroom. Lagi satu bilik kat tingkat atas. Tingkat atas ni macam loteng. Belah kanan pintu bilik. Belah kiri pintu bilik air. 

Katil kat bilik kedua ni sama jer design ngan master bedroom. Cuma kat bilik ni ada lampu tidur kiri kanan katil.

Amboii..dia dulu yang rasmikan katil kakak.

Set almari dan meja solek kat bilik atas. Model perabot anak n ayah.

Sibuk jer si kembar ni nak berposing sama.

Jom kita jelajah tingkat bawah pula. Mula2 si kembar ni takut nak turun naik tangga sebab lebar tangga kecil. Nak kena dukung diorang turun naik tangga.

Ini bilik master bedroom. Kat bilik ada lagi satu tv.

Katil size king kaler putih. Memang feveret mama. Cuma almari n meja solek kaler beach. Kalau satu set kaler putih semua mesti lagi cantik.

Almari kat master bedroom cuma dua pintu. Kat bilik atas almarinya 3 pintu.

Bilik air bersih. Bilik air kat master bedroom ada bath tub. Kat tingkat atas takde bath tub. Tak sempat pun nak berendam dalam bath tub. Banyak aktiviti nak buat kat sini.

Bila dah habis tawaf tingkat atas bawah jom la kita lepak2 rehat2 dulu. Pasni nak tawaf kat japanese garden plak.

Kusyuk dua2 ni mata pandang tv tak berkelip. Bila tengok cita yang diorang minat camni la ghupanya.

Friday, February 7, 2014

Nasi Lemak Antarabangsa

Sesekali masuk kl haruslah jjcm kat kg baru. Tempat feveret mama sudah pastilah nasi lemak antarabangsa.


Mama rasa kesedapan nasi lemak antarabangsa adalah pada nasinya. Nasi lemaknya peroi. Mungkin dikukus.

Untuk rayyans nasi lemak ayam tanpa sambal. Cuma dari segi harga mama rasa macam dah melampau sangat. Untuk 3 pinggan nasi lemak ni mama bayar rm25.


Sesekala pejam mata jer la sebab dah teringin nak makan. Kalau nak datang selalu untuk makan mungkin tidak la. 

Murni Discovery

Malam tadi dinner kat restoran murni discovery. Angah open table. Murni discovery ada beberapa branch iaitu di ss2, amansuria, kepong, mentari court dan bukit jalil.

Branch yang kami makan ni adalah di mentari court. Dulu mama pernah makan kat branch ss2. Kedai dia kecik jer. Shoplot. Tapi bila malam parking lot sepanjang shoplot tu diorang conquer.

Murni discovery ni menyajikan masakan india, malay, chinese, western semua ada. Macam2 menu ada dan yang penting semua sedap. 

Sebahagian dari air yang dioder. Huhu.. gambar tak clear sbb makan kat parking lot. Sepatutnya air ni dalam botol sos tu tapi maybe sebab orang ramai x cukup botol kot. Kalau tak silap nama air ni sweety special, I miss u, lavender special dan pink panther. Kelasss ko nama air.

Spagethi arabiata seafood lamb chop namanya. Portion dia memang besar gila. Layak untuk dua orang makan. Mama yang kaki makan ni pun tak berjaya habiskan.

Maggi goreng untuk rayyans. 

Spagethi carbonara beef meatballs angah punya.

Spagethi marinara beef meatballs dayah punya.

This one memer punya. Spagethi arabiata lamb chop. Beza ngan mama yang ni takde seafood.

Claypot lau shu fan ayein punya.

Nasi goreng napolean along punya.

Sizzling lamb chop papa punya. Overall semua makanan portion adalah besar dan sedap. Recommended bagi yang sama selera dengan mama.

Thursday, February 6, 2014

Dominos

Since kerja kat iwk tak pernah makan dominos walhal kedai dominos kat bawah opis jer. Kat iwk takde geng kaki makan2. Seme jenis yang makan skit2 jer. Padanlah depa seme body maintain.

Tapi semalam bila mama ajak wani gi dominos dia setuju. Dah bosan agaknya makan nasi campur.

Betapa lamanya tak makan dominos sampaikan tak tau yang dominos dah ada double decker crust. Meleleh2 cheesenya. After oder baru perasan ada crust ni.

Kami oder satu set lunch yang ada satu regular pizza, 6 breadstick dan 2 tin air pepsi. Pastu oder lagi ayam bbq. Alhamdulillah kenyang makan berdua jer.

Tree Steak House

Kami ke sini last week masa paksu mat datang bercuti. On da way nak hantar paksu mat ke umah cikla, kami singgah dinner kat sini dulu.

Tree steak house adalah tempat feveret mama kalau nak makan lamb chop.

This time mama try sizzling lamb chop.

Paksu mat amik lamb chop dengan sos black pepper. 

Papa plak amik gabungan steak dan lamb chop. Set ni ada dua sos iaitu sos black pepper dan bbq sos.

Papa punya food telah dirasmikan oleh hazim. Habis kentang papa hazim makan.

Restoran Saba

Papa tetiba mengidam nak makan nasi arab. Our feveret place kalau nak makan makanan arab adalah ke restoran saba cyberjaya. 

Ni la aktiviti si kembar sementara tunggu semua orang bersiap. Pantang lepa mata. 

Kebetulan kakak2 rayyans datang lepak kat umah kami. So angkut semua orang ke sini.

Ramai betul customer hari ni. Ditambah dengan hujan pihak restoran tak dapat nak buka meja kat kaki lima. So kami kena makan kat tingkat atas.

Buku menu yang dah hampir lunyai.

Our drinks.. barbican perisa epal dan strawberry.

Nasi mandhi dengan ayam separuh ni papa punya. Besar gila portion nasi. Tapi laki mak berjaya habiskan. Memang betul la mengidam.

Nasi mandhi dengan kambing steam.

Mama punya nasi mandhi dengan grilled lamb.

Yang ni pun rasanya nasi mandhi dengan grilled lamb. Lamb bersembunyi di sebalik nasi.

Jemput makan semua. Ish.. macam terliur plak tengok gambar nasi arab ni.

Restoran Ayam Uncle Bob

Kelasss ko bob. Dulu ayam ko ada kat pasar malam jer. La ni dah ada kat restoran beraircond dah. 

Restoran ni dekat jer ngan umah kami. Kalau hbis idea nak cari tempat makan, kat sinilah kami tuju.

Menu utama of course la ayam goreng uncle bob yang didatangkan dengan set air. Kalau nak oder ayam sahaja pun boleh.

Ayam uncle bob ni mama oderkan untuk rayyans jer. Perasa original. Oder yang spicy karang tak termakan plak anak mama ni.

Menu kat sini bukanlah ayam uncle bob semata mata. Thai food pun ada gak. Rasanya pun boleh tahan sedap.

Menu wajib telur dadar, kailan ikan masin dan ikan kembung 3 rasa.

Ikan kembung 3 rasa dan daging masak merah. Daging masak merah tu lembut jer.

Fresh orange n apple juice dihidang dalam bekas kaca. Satu contoh menjaga alam sekitar dengan merecycle.

KFC

Sekarang ni feveret food rayyans adalah kfc. Boleh kata setiap minggu makan kat kfc. Latest, malam tadi. Hahahha. 

Menu rayyans adalah rice plate yang ada nasi dan seketul ayam.

Mama plak teringin golden wrasp chicken ni. Tengok iklan macam sedap jer.

Tapi realiti tak seindah fantasi. Ayam ni pucat lesi jer tasteless. Tak kena dengan tekak mama.

Ni plak masa promotion crispy apa entah namanya. Dah lama sangat sampai lupa dah. Lepas beranak banyak urat putus. 

Ni kat kfc rnr tapah. Singgah makan masa on da way ke cameron highlands dua minggu sudah.

Walaupun kfc perkenalkan macam2 perisa ayam, ayam spicy tu jugak tetap di hati.