Sunday, December 18, 2011

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Pening betul bila memikirkan menu untuk breakfast. Rayyans memilih betul pasal makanan sekarang. Kalau tak kena dengan selera, memang diorang takkan makan. Pagi semalam mama dah gorengkan mee..takkanlah hari-hari nak bagi diorang makan mee..ye dop? 


Nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran Rayyans selain dari mee. Diorang makan nasi lemak gitu-gitu jer..tanpa lauk.

Jadi, menu breakfast kami hari ni adalah nasi lemak sambal ikan bilis, telur mata dan sayur bayam goreng. Disebabkan mama termasak banyak, menu brekafast ni merangkap menu lunch kami hari ni.


Nasi lemak

Telur mata

Bayam goreng

Saturday, December 17, 2011

Daging 'Mama Ayam Percik'

Selepas tengok wayang kat Space U8 tengahari tadi, kami ke Giant untuk beli barang dapur. Langsung kami lunch kat food court giant. Makan nasi goreng seafood..memang sedap. Rayyans habis satu pinggan kongsi dua orang. Balik rumah dah petang. Nak masak untuk dinner pun malas. 

Kebetulan mama ada stok daging. Jadi, mama perap jer daging kat dalam peti sejuk tu. Malam ni kami makan daging 'Mama Ayam Percik' jer. Daging tu mama perap dengan sos 'Mama Ayam Percik' dan serbuk lada hitam serta sedikit garam.

Selepas perap lebih kurang dua jam, mama bakar daging ni dalam oven suhu 180C selama sejam.

Bila dah masak tu mama hidangkan dengan salad beserta sos thousand islands. 

Ombak Rindu...Girl's Day Out

Lama sungguh mama tak tengok wayang...rasanya last tengok wayang sebelum kahwin dengan papa. La ni dah 3 tahun kahwin..dah ada dua anak dah pun. Disebabkan penangan novel ombak rindu yang mama baca masa sekolah-sekolah dulu, hati ni meronta-ronta nak tengok filem ombak rindu. Tambah-tambah heronya adalah Aaron Aziz...lagilah merenyam nak tengok cita tu.

Pastu ada plak member ofis yang statusnya bini orang ni gian nak tengok gak. Apa-apa pun, kena minta izin suami dulu...bila dapat green lite dari hubby2 barulah plan kami ON. Suami plak jenis murah hati sanggup jagakan anak time binik2 nonton. Happy sangat. 

Kat area ofis kami ni ada shopping complex yang baru buka, Space U8. Pastu kat sini ada plak MBO cinema. Lagi senang la kami nak menonton wayang nanti. Tak perlu nak jalan jauh2 cari cinema lagi. Kami gi sana sehari awal semata-mata untuk beli tiket. Takut tiket habis punya pasal.

Then hari ni, bertemankan Azrina Tasya n Eldiani, tercapailah cita-cita mama nak tengok cerita ombak rindu. 

Ni muka senyum pas keluar dari wayang..puas hati ceritanya best. Minah kat sebelah tu plak tengah mengigil kesejukkan. Sib baik lemak ai banyak...hahahha..

Lepas nonton kami terus balik...xde nak rewang-rewang coz sian papa jaga Rayyans sorang-sorang. 

Mee Goreng Basah

Rayyans tak suka makan roti. Jadi mama kena masak menu lain untuk tekak anak bujang mama ni. Rayyans ni kalau masakan berasaskan mee atau mihun memang laju la makannya. Semalam mama ternampak resepi mee goreng basah dari blog Intai Dapur milik kak liza. Macam menarik gak....terliur dibuatnya tengok gambar mee goreng basah tu. Izinkan Mama sharekan resepi dari kak liza kat sini yer. 



Bahan - bahan :
600g mee kuning
2 kpg dada ayam dipotong kecil
6 ekor udang basah - mama letak lebih
3 pokok sawi
3 sb pes lada kering - mama guna cili boh
2 sb minyak masak
4 sb sos cili
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
3 ulas bawang putih
garam & gula


Cara - cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk ayam & udang gaulkan sebati. 
Masuk btg sawi, sos tomato, sos cili,kicap pekat, garam dan gula. Kacau biar sekata. Masuk air dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. 
Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air.Kecilkan api & biar selama 4 minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. 
Dah pun sedia dihidang, kalau mkn panas2 lagi besttt....

Sandwich Telur

Papa memang suka beli roti, tetapi makannya cuma sekali jer. Pastu sedar-sedar roti tu dah expired. Kebetulan pagi ni tak tau nak breakfast apa. So mama buatkan sandwich telur...sandwich telur perasa oren ko...


Bahan - bahan :
2 biji telur direbus
2 sudu mayonis
1 sudu kecil pepper
sedikit garam


Cara - cara :
Hancurkan telur rebus dengan menggunakan garpu. Jangan hancur sangat nanti tak sedap.
Masukkan mayonis, pepper dan garam. Gaul sebati.
Ratakan telur ke atas roti...

Tuesday, December 13, 2011

Welcome Back Mr B

Setelah sebulan setengah kami terkapai-kapai tanpa nakhoda kapal (Mr B la tu) akhirnya Mr B telah selamat kembali dari Mekah Al-Mukarramah. Alhamdulillah, Mr B sihat walafiat, cuma kelihatan sedikit kurus. 

Tapi yang best, Mr B tak lupakan ole-ole dari Mekah. Macam-macam jenis coklat, kekacang, manisan n kurma yang Mr B bawa untuk kami.

Hahh..tangan sapa tu? Kat opis ni kalau bab-bab makan ni memang laju semua orang. Sekejap jer terang bekas tu.

Amaran oleh kerajaan Malaysia : Merokok membahayakan kesihatan. Yer yer jer cam smoking kan..walhal ni adalah coklat yang berbentuk curut. Thanks Mr B belikan kami ole-ole dari Mekah.

Sunday, December 11, 2011

Omelet Bersosej

Omelet ni adalah hasil air tangan papa. Masa gi Feringghi last week, papa ternampak chef kat sana masak time breakfast. So bila balik rumah ni, mula lah nak praktikkan apa yang papa nampak. Rajin laki ai..turns out omelet ni sedap. 

Bahan - bahan :
4 biji telor 
1/4 labu bawang besar - potong dadu
1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu
1/4 biji lada benggala kuning - potong dadu
1/4 biji lada benggala merah - potong dadu
3 batang sosej lada hitam
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu minyak zaitun

Cara - cara :
Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan dan tumis bawang besar dan lada benggala hingga layu. Masukkan sosej dan kacau hingga sosej masak.

Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Tuangkan dalam kuali dan biarkan rata. Masak sehingga telur masak dan matikan api.

Chicken & Tomato Bruschetta

Chicken & tomato bruschetta dihidangkan bersama ayam panggang oregano. Sedap dan mengenyangkan. Menu ni boleh diulang tayang coz Rayyans suka makan. Maybe sebab roti ni rangup.

Resepi Chicken & tomato bruschetta mama refer kat blog HomeKreation.

Bahan - bahan :
1 batang roti perancis - dihiris serong
Garlic butter
2 sb extra virgin olive oil
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar*
1/2 dada ayam*
2 biji tomato* (* cincang)
Parsley
Garam & lada hitam
Parmesan cheese

Cara - cara :

Panaskan non stick pan dan tumis bwg putih sehingga garing. Masukkan bhn2 yg di cincang*, parsley, garam & lada. Kacau sebentar sehingga ayam masak. 

Panggang kepingan roti hanya sebelah sahaja. Sapu garlic butter di sebelah lagi. Letakkan sesudu bhn yg di masak tadi. Taburkan parmesan cheese. Panggang sehingga cheese cair / garing. 

Ayam Panggang Oregano

Sempena annivesary kami yang ketiga, malam ni mama masak special untuk dinner. Hehehe.. takde special mana pun. Cuma papa request nak makan western food. Menu kami malam ni adalah ayam panggang oregano dengan salad sayuran, telur omelette dan chicken & tomato bruschetta.

Sebelum ni mama dah pernah masak Ayam Panggang Oregano. Bila ada ulang tayang ni maksudnya sedap lah kan. Kali ni ayam panggang oregano disertakan dengan salad sayur-sayuran.

Bahan - bahan :
2 keping dada ayam
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan sos barbeku (mama guna Life's Oriental BBQ Sauce)
1 sudu makan sos Worcestershire (Tak letak pun)

Cara - cara :
Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon. Perahkan lemon dan gaul rata. Perap selama beberapa jam. 

Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur sehingga garing (mama bakar dalam oven suhu 180C selama sejam). 

Hidangkan dengan sos lada hitam (mama guna sos hot peri-peri Nando's).

Happy 3rd Annivesary

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun kami melayari alam rumahtangga. Sepanjang tempoh 3 tahun, ada suka, ada duka, ada sakit hati, ada rajuk, ada pujuk...macam-macam dugaan yang kami tempuhi. Syukur, kami masih bertahan...cinta kami masih kukuh (jiwang plak mek) hingga ke saat ini.

Saat ini, 3 tahun yang lalu daku tengah berdebar menantikan lafaz yang akan menukar statusku menjadi seorang isteri. 

Dengan berwalikan ayahanda tercinta, aku bakal diserahkan kepada bakal suami...yang bakal memikul tanggungjawab dari ayahanda.

Si dia yang kini bergelar seorang suami, tenang menunggu saat diijabqabulkan.

Memanjat kesyukuran setelah selamat diijabqabulkan. Alhamdulillah, kami telah menjadi suami isteri yang sah....perhubungan kami telah dihalalkan.

Hidup kami menjadi lebih bermakna dengan kehadiran cahayamata kembar buah hati kami, Hazim Rayyan dan Hadif Rayyan.


Untuk suamiku, selamat ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Semoga jodoh dan kasih sayang kita berkekalan hingga ke akhir hayat.