Akhirnya tiba ke bahagian terakhir cerita kat taman agro mardi ni. Saja mama pecah2 kan cerita sebab nak update sekali harung takes time.
Last check point kami terjah adalah taman bunga ros. Tak lengkap rasanya kalau gi cameron tanpa mencium bau bunga ros.
Selambak bunga ros pink di tepi muka puan ros. Nak jugekk... ye la nama mama kan rosnizawati. Dah sama besar ngan muka mama ros ni.
Cantiknya la bunga ros ni. Pernah gak mama cuba tanam bunga ros kat rumah. Mula2 tu lebatlah bunganya. Lama2 makin sikit dan makin kecik.
Seronoknya la kalau dapat jambangan bunga ros dari chenta hati. Hai bilalah mr papa nak hadiahkan sejambak ros merah untuk mama.
Dah sampai kat tempat banyak bunga pun masih belum terbuka hati nak kasi mama bunga.
Takpelah papa tak kasi bunga pun. Sekurang kurangnya papa dah bawak mama bercuti kat tempat banyak bunga (pujuk hati sindri).
Sebelum keluar dari taman agro mardi, kami singgah kedai souvenier. Beli apa2 yang patut. Yang pasti fridge magnet wajib beli.
Then lepak kat gazebo melepaskan lelah dan top up balik minyak yang makin berkurang.
Kiri kanan pegang makanan. Si kembar dapat makan gula2 recharge balik la tenaga.
Bukan setakat budak2 kena recharge. Mak bapak pun sama. Penat hoi jalan pusing satu taman ni.
Sebelah kaunter tiket ada pusat teknologi maklumat berkenaan dengan mardi.
Pelbagai buku tentang flora dan fauna dipamerkan untuk bacaan dan rujukan pengunjung.
Memang tak rugi kami datang sini. Dahla tiket murah. Berbaloi2 dengan pengalaman dan pemandangan yang kami dapat kat sini.
No comments:
Post a Comment