Lepas lawatan sambil belajar ke taman agro mardi, kami lunch dan balik hotel berehat. Bagi si kembar tidur dulu hilangkan penat.
Then petang kami ke taman rama2 lagi. Rayyans tak puas main ngan rama2 semalam. Kali ni kami ke taman yang lain pula. Tiket rm5 dewasa dan rm2 untuk kanak2.
Kat taman ni pun ada kedai souvenier jugak. Pandai diorang mengambil peluang. Pengunjung confirm akan singgah either sebelum or selepas tengok rama2.
Ketaq kepala lutut nengok banyak nau anak tangga nak turun ke taman. Siap berlengkok2 tangga tu.
Nampak tak betapa jauh mama tertinggal kat belakang. Papa dan rayyans dah sampai bawah dah. Fuhh kali ni habis habisan exercise kaki kat cameron.
Demi untuk mu anak mama gagahkan juga kaki melangkah. Asalkan anak2 gembira, mama sudah cukup bahagia.
Cuma yang frust kat taman ni rama2 tak sebanyak taman yang kami pergi petang semalam. Area taman ni lebih kecil.
Spesis rama2 pun tak banyak. Mama jumpa yang kaler hitam hijau ni jer. Tapi bolehlah demi memenuhi permintaan anak2.
Kat sini pun ada gak binatang lain selain rama2.
Pasangan kura-kura dalam perahu, pura2 tak tahu.
Kejap jer kami dalam ni. Adalah dalam setengah jam jer kot. Rayyans pun muka macam tak puas hati jer.
Pastu kami terus balik hotel. Dinner kami oder room service jer. Dah tak larat nak tawaf kat pasar malam. Penat tawaf kat taman agro mardi pagi tadi masih bersisa.
No comments:
Post a Comment