Monday, May 1, 2017

BGRC: Part 12

Breakfast on the last day. Tak bestnya cuti dah habis. Rasa macam nak lepak lama2 kat sini rehatkan minda. Anak2 pun nampak happy jer.  

Plannya after breakfast nak bagi anak2 mandi pool lagi sekali. Tapi papa plak tak bagi sebab nak check out awal. Papa nak elak jem kat karak. Cuti umum camni confirmlah jem kat sana nanti.

Menu breakfast pagi ni ada nasi lemak dan mihun goreng. Food sampingan yang lain ada jugak. Tapi takdelah fancy sangat macam 5 star hotel. 

Budak frust sebab tak dapat nak mandi pool lagi sekali. InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi lain kali. 

Rayyan habis sepinggan sorang nasi lemak. Pastu dok ulang2 makan cokodok lemak cicah sos cili. 

Amik gambar closed up sebab nak tunjuk calar kat pipi. Bangun pagi ada kesan calar. Mesti menggaru dalam tidur ni. Tapi mama usik dia cakap hantu cakar. 

Si kecik ni boleh tahan jugak. Bagi dia tengok utube pastu suap makan. Habis 2 mangkuk bubur nasi. Alhamdulillah for the rezeki.

Ootd dinding. Port wajib bergambar before keluar apartment. Kids beratur mengikut ketinggian. 

Baju abang baru beli terus pakai. Too bad, adik takde saiz baju. Sori dik. 

Us in green army themed. Coincidence baju gambang matching dengan baju mama. 

Another port wajib bergambar. Tiga hari kat sini, 3 hari la bergambar dengan si unta di fadang fasir. 

Missing the little ones yang tak lekat nak pegang. Suka dia dapat bebas berlari. 

Vacation dah berakhir. I wish i had more vacation days.. N more money to spend during vacations. After check out, terus gerak balik puncak alam. Takde nak melencong mana2 sebab papa nak ejak jammed kat karak.

Sunday, April 30, 2017

BGRC: Part 11

Malam ni kami dinner kat hotel jer. Dinner ni memang dah termasuk dalam pakej penginapan. 

Lepas maghrib kami siap2 untuk keluar dinner. Tema ootd malam ni adalah hijau.

Hero2 semua dah siap. Petang tadi semua bantai tidur after balik dari water themepark.

Penat barangkali seharian mandi kolam dan main gelongsor. Itupun tak puas2 gak lagi main air. 

Si kecik ni jer yang tak reti penat. Cergas memanjang jer budak sorang ni. Pastu suka kacau abang plak tuh.

Semput mak ko nak dukung si kecik seketul ni. Berat dah 16.6 kg. Mana la mama larat nak dukung lama2.


Mama pilih untuk dinner pada malam kedua kami kat sini. Keputusan mama adalah tepat.

Sebab malam pertama kami rushing nak ke safari park untuk tengok show. Tak dapat duduk lama2.

Plus malam ni agak lengang. Maybe sebab kebanyakkan rombongan ada separate dinner diorang malam ni.

Jadi malam ni boleh makan dengan tenang. Tak perlu rushing. Suasana pun senyap jer sebab orang tak ramai.


Antara menu dinner adalah nasi putih, nasi goreng, ayam masak lemak cili api, ikan masak taucu, salad, buahan, stew kambing dan banyak lagi la pilihan menu lain.

BGRC: Part 10

Belah petang layan water theme park pula.






















BGRC: Part 8

Mama plan pagi ni after breakfast nak bawak kids masuk water themepark. Tapi papa plak tak setuju. 

Katanya orang ramai, dan cuaca akan makin panas bila ke tengahari. Papa suggest pergi petang jer sebab hari makin redup. 

Lagipun budak2 nak main air bukan lama sangat. Dua tiga jam pun dah puas diorang main.

Walauapapun, pagi ni kami turun breakfast dulu. Bagi perut anak2 kenyang baru fikir aktiviti apa nak buat. 

Ootd kami yellow themed. Tapi papa jer tak ikut tema. Bila dia kemas baju sendiri camnila jadinya. 

Ramai betul manusia kat dalam dewan makan ni. Kami kena tunggu meja kosong baru boleh masuk. 

Tu pun terpaksa share meja dengan orang lain. Tapi nasib baik deme dah nak habis makan. By the time kami nak makan, diorang dah siap. 

Mama bukan apa, sebab anak2 mama ni makan tak berapa nak tertib. Takut menganggu selera orang nak makan. 

Terutamanya si gebus mama ni. Time makan suka ketuk2 meja. Pastu ada kalanya suka sembur makanan yang ada kat dalam mulut. 

Menu untuk hafiy, bubur ayam dan scrambled eggs. Habislah semangkuk bubur tu dia makan. 

Dekorasi kat dalam dewan ni bertemakan arabian. Lampu2 arab bergantungan kat bumbung dewan. Cantik.

After makan, pusing2 sekitar lobi amik gambar. Kat kawasan lobi ada pameran warisan kesenian tenunan songket pahang. 

Semalam ada orang demo cara menenun songket. Maybe masih awal pagi, orang tu belum start kerja lagi. Tak dapat mama nak blaja cara tenun songket.

Port wajib setiap hari bergambar dengan unta ni. Dah puas ronda2, nasi lemak pun dah turun ke perut, kami naik ke bilik tukar persalinan. Anak2 dah tak sabar nak mandi swimming pool.