Monday, March 26, 2012

Pasar @ Tiba

Hari ni mood rajin datang tanpa diundang. Jadi mama akan update mana-mana entry yang dah lama tertangguh. Especially aktiviti semasa balik kampung cuti sekolah yang lepas (10-13 Mac). 

Pasar @ Tiba ni sebenarnya kat Tok Bali. Setiap kali balik kampung dah jadi satu kemestian datang borong ikan kat sini.

Kebetulan kali ni besan mek aka mak ayah nasir datang bercuti kat kampung mama sempena majlis cukur jambul cucu depa, Arissa. Jadi, sementara diorang kat sini kami bawalah diorang meround satu kampung.

Masa ni bot-bot nelayan baru mendarat. Dapatlah kami borong ikan-ikan segar time tu...plus harganya amatlah murah.

Me..as usual tak nak lepas peluang berfotogedixs. Sib baiklah anak tak terjun laut masa mak-mak tengah sibuk berfotosession.

Hazim merenung dari kejauhan....memikirkan masa depan. Sanggup ke aku menempuh hidup sebagai seorang nelayan..bersabung nyawa menhempas badai.

Ohh anak...carilah cita-cita yang lebih menjamin masa depan. Walaupun mama n papa suka makan ikan tapi mama tak mengharapkan anak-anak mama keje tangkap ikan.

Secebis penangan I-City yang terdapat kat pasar tok bali. Actually ada banyak lagi pokok-pokok berlampu kat sini tapi tak tershoot gambarnya...tapi takdelah semeriah kat I-City nun.

Santai Di McDonalds

Weekend lepas kami memenuhi permintaan anak bujang berdua untuk santai di McDonalds. Setiap hari lalu depan McD dengar diorang merengek nak masuk...dan setiap hari la mama bagi alasan McD tutup. Walhal McD tu buka 24 jam. Bukan apa, doc nasihatkan kami untuk elakkan berada di tempat terbuka selepas Rayyans positif HFMD.

La ni kesihatan diorang dah bertambah baik. Jadi mama singgahlah kejap kat McD ni. Bukan makan pun, just bagi chance Rayyans main gelongsor. Tak lama pun, kami singgah setengah jam jer...melepaskan gian si Rayyans berdua. The two kenmain seronok setelah sekian lama dikuarantin. Sesekali dapat chance bergumbira tak ingat kat papa mama dah.

Aksi merbahaya dari Hadif. Dia ni kalau main bukan nak ikut rules. Ada jer akal dia. Nasib baik tak jatuh.

New looks..with kepala yang dah gondol. Tak sabar nak tunggu rambut diorang panjang balik. Bila rambut pendek macam berkurang kiutnya. hehehhehe..

Ahli Baru

Bulan ni sibuk sangat dengan urusan kerja ditambah dengan kesihatan mama dan Rayyans yang tak berapa cemerlang. Mula-mula mama kena strok. Baru jer mama nak baik, Rayyans plak kena HFMD. Jadi mood untuk update blog kelautt. Hari ni baru ada masa terluang sikit. Lagipun urusan kerja so far dah settle.

Awal bulan februari keluarga besar kami menerima kehadiran orang baru, Mohd Faiq Aryan. Aryan anak ketiga dan putera tunggal (setakat ni la) Kak Dah n Abg Mie. Lahir kat hospital selayang melalui pembedahan. Berat semasa lahir adalah 3.8kg..fuhhh..semangat. Memang baby Aryan ni jenis kuat menyusu. Semoga Aryan membesar menjadi anak soleh dan taat kepada ibu bapa.

Awal mac pula kami menerima seorang lagi ahli keluarga baru iaitu Nur Dhia Arissa, anak kepada adik mama iaitu cikla n nasir. Arissa juga lahir melalui pembedahan di hospital universiti sains malaysia, kubang kerian. Arissa yang lahir dengan berat 4.1kg merupakan anak pertama cik la. Semoga kehadiran Arissa menambahkan kebahagian cikla n nasir sekeluarga.


P/S : Masing-masing dah tambah ahli baru. Me???

Sunday, March 25, 2012

Bak Choy Goreng

Bak choy kecil ni mama beli kat NSK. Murah jer regenya..seringgit satu peket. Bila digoreng dapatla sepinggan. Yang best, sayur kat situ segar-segar. Hari ni bak choy ni mama goreng ngan sos tiram jer.

Bahan - bahan :
1 peket bak choy kecil
1 labu bawang besar - dipotong nipis
1 ulas bawang putih - potong nipis
1 biji cili merah - potong serong
1 sudu sos tiram.

Cara - cara :
Tumiskan bawang putih n besar hingga naik bauk. Masukkan sos tiram, cili dan sayur. Masak sehingga sayur agak layu..jangan layu sangat dah x sedap nnt.

Kerabu Mangga

Semalam pengasuh Rayyans bagi mama mangga muda. Maka dari situlah terbitnya kerabu mangga ni. Sedap gak makan ngan nasi panas berlaukkan ikan bakar bertemankan kerabu mangga ni.

Bahan - bahan:
4 biji mangga muda - diparut isinya
1 biji tomato - potong dadu
1 biji cili merah - dihiris nipis
2 sudu jus lemon
1 ulas bawang merah - dipotong nipis
Sedikit garam dan gula

Cara - cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Kemudian simpan sekejap dalam peti sejuk...makan sejuk2 lagi best..

Cencaru Bakar

Ikan bakar lagik? Ok 3 bulan ni kita akan makan ikan bakar jer..sebab mama kan dah beli kuali baru. Hahahaha. Kali ni ikan cencaru ni diperap ngan garam kunyit dulu then baru dibakar. Pastu makan cicah ngan air asam.

Air asam tu x pedas pun...mama pakai 2 biji cili merah (buat syarat jer coz kami tak makan pedas), 1/2 sudu pes asam jawa, 1 cawan air, 1 labu bawang merah potong dadu dan sedikit garam. Kemudian didihkan dan hidangkan dengan ikan bakar tadi.

Pancake

Pagi ni papa n Rayyans dikerah makan pancake lagi gara-gara mama terlebih bancuh tepung pagi semalam. Kali ni side dishnya kacang panggang plak. Okla tu sesekali jadi tekak mat salleh. Kalau tak asyik telan nasi lemak jer.

Saturday, March 24, 2012

Fajitas

Resepi ni mama dapat daripada blog kawan mama, Aishah. Nama asal resepi ni adalah Musroom Jack Fajita. Tapi disebabkan mama tak makan cendawan, so mama tukarlah jadi fajita jer. Pastu mama sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada jer. 2 bahan penting yang kena ada adalah wraps dan rempah fajitas.

Inilah rupa wraps tu (*credit picture to aishah). Wraps ni ada pelbagai jenis dan perisa tapi mama guna perisa yang ni gak..garlic. Garlic wraps ni mama beli kat Econsave.

Ini pula rupa seasoning fajitas tu (*also credit picture to aishah). Fajitas ni mama beli kat fresh 2u supermarket yang terletak kat dalam space u8 mall. Rasa fajitas ni sedap gak..kaya dengan rasa rempah.

Bahan - bahan:
Bawang besar dihiris halus
Bawang merah dipotong dadu
Garlic wraps
Dada ayam di potong nipis
Minyak zaitun
I paket fajitas seasoning (dibancuh dengan 1/4cawan air)
Tomato di potong dadu
Jus lemon
Lobak merah dipotong panjang
Daun salad

Cara - cara:
Perap dada ayam dengan 1/2 fajitas seasoning. Biarkan selama 2 jam.

Campurkan tomato, bawang yang dipotong dadu, sedikit garam dan jus lemon. Gaulkan sebati dan ketepikan.

Bungkus garlic wraps dengan aluminium foil dan panaskan dalam oven.

Panaskan minyak zaitun dan grill dada ayam yang telah diperap sehingga masak. Ketepikan.

Dalam kuali yang sama, panaskan minyak dan sautee lobak merah dan bawang. Ketepikan.

Susun semua bahan-bahan yang telah dimasak ke dalam pinggan.


Cara makan..mama susun kesemua bahan kat atas garlic wraps dan gulung..kemudian baru ngapp..

Sup Sayur Berwantan

Sup sayur untuk digandingkan dengan ikan bakar tadi. Mama guna jer bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk tu.

Bahan - bahan:
5 ketul seafood wantan (ready made punya)
2 inci halia (hiris halus)
3 ulas bawang merah (hiris halus)
5 ulas bawang putih (hiris halus)
1 batang lobak merah (potong bulat atau potong mengikut citarasa masing)
Tomato cherry
1 ikat sawi
Kiub ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Serbuk lada putih

Cara - cara:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik baunya dan sedikit garing.

Masukkan lobak merah dan tumis sekejap. Then masukkan air secukupnya, kiub ayam dan serbuk lada putih.

Setelah mendidih masukkan wantan dan sawi. Masak sekejap sehingga wantan masak.

Cencaru Bakar + New Gadget In Da House

Mula-mula nak cerita pasal new gadget ni..bukan ipad ke iphone ke..tapi ikuali jer. Tapi kuali ai glamer u, jenama avon lagi. Thanks to mama jue tolong belikan kuali ni untuk ai. 

First time nampak kuali sebegeni kat dapur CMG..terus jatuh cinta. Tapi tengok kat jusco harganya tak mampu milik. Kebetulan Avon buat promotion produk ni. Tanpa berlengah masa ai grab la satu..rm 89.90 jer.

Masakan pertama untuk merasmikan kuali ni adalah cencaru bakar bersambal. Susun jer ikan  tu atas kuali then tutup rapat-rapat. Bakar dengan api yang kecil. Kalau api besar takut sunburn plak nanti. Each side cuma amik masa lebih kurang 10 minit untuk masak. 

Untuk side sebelah lagi tak yah susah2 nak balik ikan tu. Terbalikkan jer kuali tu then bakarlah the other side ikan tu. Senangkan. Dapur kat sebelah tu ai tengah kukus nasi.

Rupa cencaru sambal selepas pembakaran dan sedia menjadi hidangan tengahari kami sekeluarga.

Nasi setelah dikukus...satu untuk mama..satu untuk papa...satu untuk Rayyans. Alhamdulillah..