Monday, September 5, 2011

Puding Roti

Hari ni mama tak kerja lagi...masih bercuti..esok baru mama masuk kerja. Hari ni cuma bermalas-malasan kat rumah jer. On da way balik dari kampung malam tadi, papa ada beli roti butterscotch..teringin plak nak makan puding roti. Susu segar takde plak..terpaksala mama memaksa rela papa untuk keluar pi beli susu...hehehhe..meh kita intai resipinya..

Bahan-bahan:
2 cawan susu segar (mama pakai full cream milk)
1 cawan gula
4 biji telur
sedikit esen vanilla
mentega
8 keping roti
chocolate chip & raisin
1 sudu tepung kastard

Cara-cara:

Panaskan oven @ 175 degrees
Pecahkan telur ke dalam bekas adunan, masukkan gula dan susu. Kemudian kacau hingga gula hancur dan sebati.
Cairkan dua sudu mentega dalam loyang. Kemudian carikkan roti ke dalam loyang tersebut. Selang selikan tabur chocolate chips & raisin.
Tuang adunan susu & telur ke dalam loyang yang mengandungi roti. Tekan roti dengan garfu supaya tenggelam. Biarkan seketika supaya roti mengembang dengan jayanya. Kemudian bakar adunan selama 50 minit @ 175 degrees. Perhatian, roti akan mengembang hingga melimpah dari loyang.
Sementara menunggu puding masak, sediakan kastard. Cairkan satu sudu tepung kastard dengan air. Kemudian masukkan ke dalam campuran susu segar dan gula. Panaskan hingga mendidih dan sedikit pekat.
Bila puding dah masak bolehla dihidangkan untuk santapan..nyum nyum...
Ini pula versi semasa majlis family gathering...mama gunakan roti raisin yang agak gelap warnanya..tp rasa still sedap..marvellous gitu..

Diari Raya : 6 Syawal

Malam ni kami dah nak bertolak balik puncak alam..sekejap jer rasa balik kampung cuti dah nak habis..sedih rasanya nak meninggalkan mek & ayah...huhuhuh...Pagi ni kami amik peluang merehatkan diri jer kat rumah. Lagipun malam ni papa nak kena drive jauh..better la cukup rehat. Nenek plak pagi2 lagi ke Kerteh..melawat sepupu yang meninggal masa raya pertama hari tu..Kak Fida meninggal jam 9 pg raya pertama kerana sesak nafas..berita tu agak mengejutkan kami coz arwah masih muda (umur 36 tahun). Arwah meninggalkan 3 orang anak dan yang lebih sedih ketika tu arwah tengah mengandung 4 bulan...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Kami bertolak balik jam 8 malam...nasib kami baik jalan agak lancar. ..cuma hujan di sepanjang jalan..jadi papa tak dapat nak drive laju2...Mungkin semua orang dah balik lebih awal dari kami. Rayyans plak tidur jer sepanjang jalan...kami tiba kat puncak alam jam 5 pagi...fuhhh...penat tapi berbaloi bila dapat jumpa mak ayah dan kaun keluarga..

Saturday, September 3, 2011

Diari Raya : 5 Syawal

Agenda hari ni agak pack. Bermula dengan majlis reunion classmates mama kat smcr dulu..kami bergather2 kat tepi pantai bisikan bayu. Tak ramai yang dapat menghadirkan diri..tetapi syukur sebab ada juga yang melapangkan jadual menghadiri perjumpaan hari ni. Mama sebenarnya sudah 15 tahun tak bersua muka dengan kawan2 kat smcr...ada 2, 3 orang jer yang mama selalu jumpa..itu pun sebab sekampung. Kalau dari kampung berlainan alamaknya mmg susah la nak jumpa. Majlis reunion ni every year diadakan, tapi tahun2 sebelum ni mama tiada kelapangan. Alhamdulillah tahun ni mama berkesempatan berjumpa dengan kawan2 lama walaupun sekejap shj itu sudah memadai.
Orang kuat disebalik majlis reunion ini..terima kasih kpd Mazilah, Nurul, Aya dan Ayu yang bertungkus lumus menyediakan segala urusan berkaitan makanan dan kelancaran majlis.
Mama plak tak berkesempatan nak bersembang melepak lama2 dengan kawan..asyik bz mengejar Rayyans yang berlari ke sana sini..fuhhh..fenat mak nyah..
Sambil sembang sambil makan...ada plak yang murah hati sponsor ayam untuk BBQ..thanks to Farihan untuk sponsorship ni..tahun depan boleh la sponsor lg yer..
Jam 12 tengahari mama terpaksa mengundurkan diri coz untuk menghadirkan diri ke majlis sambut menantu pakcik mama yang kahwin masa raya ketiga hari tu..sebelum balik tu of course la acara wajib bergambar beramai-ramai...semoga majlis ini menjadi kenangan untuk kami..
Dari majlis reunion kami terus ke kenduri sambut menantu. Nenek dan tok ayah dah lama tunggu mama datang...selepas menjamu selera (makan lagik) kami terpaksa minta diri coz nak kena attend lagi satu wedding...wedding dua pupu mama plak kat ketereh..fuhhh..raya tahun ni banyak betul kenduri..dahla baju raya 3 pasang jer mama tempah..asyik dok ulang tayang baju sama jer...
Dari kenduri kat ketereh, on da way balik kami singgah kat kg bukit tanah untuk melawat sedara mara yang ada kat sini. Rumah usang di atas milik arwah nenek saudara mama. Selepas beliau meninggal, rumah tu terbiar jer...rumah ni pernah menjadi tempat permainan mama masa kecil2 dulu.
Kat sini juga ramai sepupu sepapat mama yang tinggal berdekatan. Alang-alang dah sampai sini, kami beraya ke semua rumah..hah ko..raya sangak nokss...kebetulan kat rumah sepupu mama tu ada kucing, si Rayyans apa lagi..kenmain happy la..sib baikla tak mati anak kucing tu dikerjakan kat diorang..Penat sungguh hari ni...jadual raya penuh...maghrib baru kami sampai rumah..

Friday, September 2, 2011

Diari Raya : 4 Syawal

Selamat hari raya ke 4..dan selamat hari jumaat. Hari ni agenda kami cuma satu jer, nak memenuhi jemputan kenduri akikah jiran depan rumah. Majlisnya start after solat jumaat. Jadi pagi ni mama merendek ke kedai kain nak mencari kain pasang...untuk raya haji plak..hehehe..kami ke Zaleha Textile yang terletak kat pasir puteh...ingatkan time lepas raya ni tak ramai la orang shopping..tp mak aii..beratur nak bayar kenmain panjang..naik lenguh kaki..mama sempatla rembat 4 pasang kain..

Dari Zaleha textile kami ke Econjaya..nak shopping barang2 untuk masak chicken chop..ada plak yang mengidam nak makan chicken chop..time raya2 ni mana la nak cari kedai western food ni..sib baik resipi tu ada jer kat dalam kepala mama ni..cadangnya nak masak untuk makan tengahari, tapi ada jemputan kenduri plak dari jiran depan..so postpone masak untuk dinner jer.
Mama aka ketua chef tengah menyalut dada ayam dengan tepung jagung...sebanyak 20 ketul dada ayam yang bakal disalut (banyak tuu)
Kemudian pembantu chef pertama celup plak ayam tu kat dalam telur sebelum di hand over ke pembantu chef kedua.
Pembantu chef kedua plak ditugaskan untuk menyalut ayam tu dengan bread crumbs...sebanyak 2 kotak bread crumbs berjaya dihabiskan untuk menyalut 20 ketul dada ayam.
Ini pulak PA mama merangkap pemerhati..setia 24 jam kat sisi mama..
Sesudah ayam siap disalut, langkah seterusnya adalah menggoreng.
Ayam digoreng dalam minyak yang banyak hingga kekuning-kuningan dan garing.
Sementara mama menggoreng ayam, pembatu chef ketiga menyediakan black pepper sauce untuk di makan bersama ayam nanti.
Bila acara masak-memasak selesai, sudah tentunya acara makan-makan menyusul...

Thursday, September 1, 2011

Diari Raya : 3 Syawal

Hari ni agenda kami teramatla pack..pagi2 lagi mama dah dikejutkan oleh Rayyans..diorang ni memang jenis bangun awal..seawal 6 pagi..bila dah bangun plak terus merengek minta dimandikan...terpaksala mama melayan kerenah anak bujang mama ni. Lepas mandikan dan siapkan si bujang ni, mama terus ke dapur tolong nenek masak. Pagi ni nenek goreng mee udang..penuh satu kuali besar..maklumla keluarga kami besar..ditambah hari ni semua ahli keluarga ada kat umah nenek. Selepas sarapan, maklong n pakda masing-masing gerak balik ke kl dan jb..esok depa dah stat keje..:(..blum puas rasanya berjumpa dengan adik beradik dah habis cuti diorang.
Selepas mereka bertolak balik, kami ke majlis kenduri kahwin 2 pupu kat tanah merah. Jarak dari pasir puteh ke tanah merah dekat jer sebenarnya, kalau ikutkan plan asal, kami sepatutnya tiba jam 10.30 pagi tapi disebabkan jalan yang teramatla jem, jam 12 tengahari baru kami sampai sana. Rayyans sampai tertidur kat dalam kereta..bosan agaknya kereta tak gerak2.
Polis trafik ada di mana-mana sahaja mengawal lalulintas. Tapi ada juga manusia yang mementingkan diri, orang lain penat-penat beratur panjang diorang sesuka hati ikut lane kecemasan..
Kami tak dapat nak bersembang lama dengan saudara mara coz kena bergegas balik ke pasir puteh..kami nak kena hadir ke majlis perkahwinan bapa saudara mama plak...rombongan pengantin dijangka akan berangkat ke rumah pengantin perempuan jam 2 petang. Sesudah makan kat tanah merah ni kami terus gerak ke pasir puteh balik. Harap-harap jalan tak jem..dah bosan sangat dok dalam kereta..mama layan amik gambo muka sendiri..
Tetapi, amatla mendukacitakan coz perjalanan balik jalan lagi sesak. Polis trafik telah mendivertkan jalan kami entah masuk ke kampung mana-mana ntah...tau-tau jer dah bypass pekan tanah merah. Rupanya ada kemalangan teruk menyebabkan jalan terpaksa ditutup untuk kenderaan. Sudahnya jam 3 petang kami masih di dalam kereta makan jem tanpa roti. Rombongan pengantin pun dah gerak..tak dapat nak tunggu kami yang entah bila boleh sampai ni. On da way balik Rayyans lagi sekali tertidur. Jadi kami balik rumah dulu..mandi dan menyegarkan diri sebelum ke majlis kahwin pakcik mama.
Akhirnya jam 5 petang kami ke majlis kahwin tu...rombongan pengantin pun dah balik. Pengantin pun dah keluar buat outdooor photoshoot..takpela..daripada tak datang langsung lebih baik datang walaupun lewat 'sikit'. Rugi rasanya terlepas acara persandingan coz dengar2 cerita pengantin diusung macam raja2 zaman dulu (nanti kalau dapat gambarnya mama sharekan kat sini). Apapun selamat pengantin baru diucapkan kepada paksu Ismail dan pasangannya. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke anak cucu.

Wednesday, August 31, 2011

Diari Raya : 2 Syawal

Hari kedua syawal..juga merangkap hari kemerdekaan Malaysia. Perayaan berganda untuk seluruh umat Islam di bumi Malaysia. Sudah 54 tahun negara kita merdeka dan sudah banyak kemajuan yang kita perolehi. Semoga malaysia terus menjadi negara yang aman damai selamanya.


Hari ni kami tak beraya kemana-mana pun. Cuma dok rumah tunggu tetamu datang. Semalam seharian kami beraya, jadi hari ni kami tunggu orang datang beraya kat umah kami plak. Sebelah petang kami sekeluarga keluar beraya kat umah maklong..tapi nasib tak baik, sebaik saja kami sampai terus blackout. Alamak panas tak tahan...tak dapat nak dok lama-lama.


Dari rumah maklong, kami ke jeti tok bali untuk cari lauk pauk untuk hidangan pada pagi esok. Mana la tau kot-kot ada tetamu yang tersesat..hehehe..Banyak jugak kami borong..ikan tongkol..ikan cencaru..ikan kekek..udang..sotong...separuhnya di masak untuk hidangan makan malam..cadangnya nak buat bbq..tapi keadaan cuaca tak mengizinkan..malam tu rumah kami dilanda hujan ribut..huhuhu...

Tuesday, August 30, 2011

Diari Raya : 1 Syawal

Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana berjaya menempuh bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Hari ni seluruh umat Islam meraikan kemenangan..tidak terkecuali keluarga kami yang meraikan aidilfitri kali ni dengan penuh kemeriahan. Kegembiraan berganda kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul beraya bersama, walaupun maklong dan pakda tidak bersama kami pada pagi hari raya (thn ni turn depa beraya kat umah mentua pd pg raya). Rayyans jaga dari tidur seawal jam 6 pagi n minta dimandikan..aduhai anak teruna mama ni..pantang celik mata mesti nak mandi. Air kat kampung ni pagi-pagi teramatla sejuk..menggigil diorang mandi. 
Sementara papa mandikan Rayyans, mama plak amik turn gosok baju. Kalau tahun-tahun sebelum ni cikla yang amik tender gosok baju..tahun ni semua orang kena gosok baju sendiri..maklumla cikla dah jadi isteri orang plus cikla tengah pregnant, takkan nak suh cikla gosok baju kami lagi dop?? Warna tema baju raya kami tahun ni adalah oren..menyerlah gitu....
Lepas mandikan Rayyans n pakaikan baju raya, barula papa mandi dan bersiap nak ke masjid. Rayyans plak bila tengok papa bersiap mulala tak senang duduk. Asyik merengek nak ikut papa jer. Kemana papa pergi, kat situlah diorang mengikut...tak boleh nak berenggang langsung dengan papa.
Papa terpaksa menyorok2 keluar rumah tak bagi Rayyans nampak. Yang paling teruk tentula Hadif. Bila sedar papa dah takde kat dalam rumah, terus meraung-raung menjerit pagggil papa. Sudahnya mama tak dapat nak mandi n bersiap..asyik dok melayan kerenah diorang jer. Lama jugak Hadif buat perangai. Hadif cuma berhenti nangis bila ciknik bawak naik motor.
Hazim plak lebih cool sebab dia tau mama ada kat rumah..cuba kalau mama takde, mau dia pun meraung sekali. Bila semua orang balik dari solat aidilfitri, baru la mama ada chance nak bersiap. Zasss..sepantas kilat mandi n pakai baju coz agenda bermaaf-maafan dan sesi fotografi akan bermula.
Sementara tunggu mama habis bersiap, masing-masing ambil peluang berposing sakan dulu. Maklumla tahun ni ahli baru keluarga kami adalah fotografer, jadi sesi bergambar tu adalah perkara wajib.
Habis bersiap, mama join adik beradik lain berposing dulu. Susahnya kami nak bergambar 4 beranak tahun ni..ada jer yang hilang. Bila Hazim nak bergambar Hadif taknak. Bila Hadif ok plak, Hazim yang lari sana sini plak. Sudahnya mama n papa jer la yang bergambar.
Tengah kami dok sibuk-sibuk dengan sesi fotografi, Rayyans plak bergaduh berebutkan stand kamera. Satu hal plak nak memujuk..seperti biasa Hazim lah yang mengalah..
Then, barula sesi bermaaf-maafan bermula. Disebabkan maklong & pakda beraya kat umah mentua, jadi mama dan papa yang mendahului semua adik beradik mohon ampun dan maaf dari ayah dan mek. Kemudian diikuti oleh ciknik dan uncle is, cikla & uncle nasir dan last sekali tentula paksu mat.
Ini merupakan kali kedua uncle Is beraya bersama keluarga kami sebagai saudara baru. Semoga kami dapat membimbing uncle Is menjadi muslim yang sejati...dan semoga ciknik & uncle Is dipertemukan jodoh secepat mungkin..
Bagi cikla pula, ini merupakan kali pertama beraya sebagai seorang isteri. Dan bagi uncle Nasir pula, pertama kali beraya jauh dari mak ayah tercinta. Pagi2 lagi uncle Nasir dah call parents kat pahang, mohon ampun dan maaf dari kejauhan (jgn sedih2 ye).
Paksu mat (yang masih single & available) tidak ketinggalan bersalaman dengan mek dan ayah. 
Kemudian, acara bermaafan sesama kami adik beradik pula. Semoga ikatan kekeluargaan kami berkekalan dunia dan akhirat.
Kemudian sesi fotografi untuk kenang-kenangan mengambil tempat. Sedikit terkilan sebab maklong & pakda sekeluarga tiada dalam gambar.
Akhirnya kami dapat memujuk Rayyans bergambar bersama, itupun selepas bagi mainan kat diorang..baru la nak datang dekat mama & papa.
Ciknik dan uncle Is yang sedondon di pagi raya mengambil kesempatan bergambar bersama mek & ayah. Kalaulah mereka berdua dipertemukan jodoh (Insyaallah), mungkin selepas ni mereka kena bergilir-gilir balik raya kat kelantan dan sabah. 
Hikmah hari raya, cikla yang dah sebulan terlantar sebab morning sickness beransur sihat diakhir ramadhan. Selera makan semakin bertambah, muntah pun makin berkurang. Syukur, cikla dapat menyambut raya tanpa halangan.
Selepas tu kami beraya ke rumah nenek sebelah ayah. Kebiasaannya kami beraya ke rumah nenek sebelah mek dulu, tapi disebabkan pakda minta tunggu dia (yang dijangkakan sampai kat umah tengahari) then baru beraya kat sana, jadi kami ke rumah nenek sebelah ayah dulu. 
Kami juga dah berjanji dengan maklong untuk jumpa kat umah nenek. Jadi, maklong dari umah mentuanya terus jer la ke rumah nenek..nenek jamu kami makan nasi dagang gulai ikan tongkol..sedapnyaaaa..
Kemudian kami ke rumah mak ngah (adik mek) yang rumahnya berdekatan dengan rumah nenek...makan lagi kat sini. Tengah kami syok-syok dok bersembang, nenek telefon mak ngah menangis-nangis...sedih sebab anak cucu tak datang beraya. Sepantas kilat kami semua berangkat ke rumah nenek belah mek plak.
Mula2 sampai pakcu & makcu dah ada kat umah nenek..tengok nenek menitis air mata..sedih sangat sbb anak cucu tak sampai2 lg kat umah dia. Bertambah-tambah sedih bila anak-anak yang dok jauh tak dapat balik kampung coz tak dapat cuti..
Then bila kami sampai beramai-ramai, barula ceria sikit muka nenek. Siap bagi duit raya singgit sorang..semua orang dapat..hehehe..Masing-masing sengih bila dapat duit raya singgit..tua-tua pun dpt duit raya..hehehe..
Selepas mengisi perut kat umah nenek, kami gerak ke umah pakcu yang bersebelahan jer ngan umah nenek. Lagi sekali nenek tunjuk muka sedih sebab kami semua dah nak beraya ke tempat lain..
Kat umah pakcu kami makan lagi. Makcu masak laksam...hohohoho..jarang-jarang orang buat laksam pagi-pagi raya ni..disebabkan jarang-jarang maka juadah tu mestila menjadi tumpuan semua orang. Perut pun makin mengembang...
Memandangkan kami semua jenis yang buruk lantak, maka kami telah berjaya menghabiskan laksam kat umah makcu..sori yer orang kampung sekelian yang beraya selepas kami tak dapat nak merasa laksam tuh..hehehe
Anak-anak buah pulak masing-masing buat hal sendiri..dah dapat duit raya semua happy jer. Mak bapak masing-masing dapatla menjamu selera dengan tenang kecuali papa n mama..kami still kena gilir-gilir makan dan jaga Rayyans..mana taknya, Rayyans asyik nak terjun jer dari atas rumah tu..over excited bila nampak ayam...lembu...
Habis beraya kat umah pakcu, kami sekeluarga menuju ke rumah jiran terdekat dan paling rapat..rumah cikgu mat yang merupakan bapa saudara kepada paklong. Cikgu mat baru jer pencen dari mengajar dan sekarang baru memulakan bisnes katering. Menu raya kat sini, nasi tomato, lontong..dan macam-macam lagilah (kata bos katering..mestilah banyak makanan)..
Kat sini kami makan lagi (gila asyik makan jer)..Rayyans siap makan sendiri sambil dikipas oleh abg2 nya (panas la konon)...perghh..kalah VIP tuh..Dari umah cikgu mat barula kami balik rumah semula. Berehat, mandi, solat sebelum keluar beraya balik. Rumah jiran-jiran banyak lagi yang tak sempat nak beraya. Sekali bila balik umah, Rayyans plak tidur..tak dapat mama nak ikut nenek beraya..mama cuma dok umah tunggu tetamu datang jer
Malam plak kami sambung main bunga api. Hadif seronok betul dapat pegang bunga api. Berbeza dengan Hazim yang agak penakut. Cuma tengok dari jauh jer orang main bunga api. Bila dengar bunyi mercun, cam lipas kudung berlari cari mama. Tamatla sudah diari raya pertama kami...next entree diari raya kedua plak yer..