Thursday, December 5, 2013

Teluk Batik Sightseeing

Bestnya cuti kan. Dapat tenangkan fikiran. Haish kalaulah banyak duit, setiap hari nak gi bercuti. Pangg sedas baru tau..banyak sangat berangan mama ni.

Anak teruna dah siap sedia nak check out. Tapi sebelum tu kita bergyomi dulu. Entah apa2 gaya diorang ni. Keletah ni la yang banyak menghiburkan hati mama setiap hari.

After check out terserempak dengan rombongan motor besar ni. Dah kena tunggu diorang gerak dulu sebab anak teruna nak tengok. Rombongan ni stay kat resort sebelah resort kami ni.

Lepas ni mama nak singgah kat lumut sekejap. Nak beli stok ikan bilis dan ikan kering. Sebelum ke lumut papa pusing2 dulu sekitar teluk batik. Banyak dah pembangunan kat sini especially yang berkaitan dengan pelancongan.

Bangunan hijau kat belakang tu adalah marina resort.  Belum siap sepenuhnya lagi. Maybe next time datang sini kami boleh stay kat sini pulak. 

Tamat Sudah Short Vacation

Lepas brunch kami sekali lagi turun ke swimming pool. Amik peluang berendam sebelum check out. Lagipun cuaca pagi ni redup sangat. Sesuai sangat nak bersantai2 tepi kolam.

Si kembar ni kenmain seronok lagi bila dengar nak mandi kolam. Lagipun memang niat mama dari rumah lagi nak bagi chance diorang berendam. Siap bawak baju renang dua pasang sorang lagi tuu..

Pagi ni memang kami berempat jer kat kolam. Puas tawaf dari hujung ke hujung kolam. Agaknya penghuni lain semua dah check out kot. Mengejar feri nak ke pangkor.

Malam tadi masa dinner ada terdengar beberapa family yang nak ke pulau pangkor pagi ni. Diorang just bermalam kat teluk batik sebelum meneruskan perjalanan ke pangkor.

Bagi kami yang takde apa2 agenda bolehlah enjoy sweet2 time. Bersunbathing walaupun sun nya tak muncul2. Panaskan badan dulu sebelum masuk berendam air sejuk.

Sekarang si kembar ni dah berani sikit. Mama dah boleh lepas diorg main kat tempat air paras dada. Pastu sekarang takmo mama pegang diorang lagi dah. Konon terrer sangatla tu berenang.

Battle antara dua beradik.. sapa paling cepat peluk mama. Sudah pastilah si ringan sampai dulu banding si bulat. Suka sangat mama tengok anak2 happy. Walaupun masa yang diluangkan bersama agak terhad, mama cuba sedaya upaya spent quality time dengan anak2.

Dah puas mandi jomlah kita balik anak2. Tamat sudah edisi short vacation di teluk batik resort. In sha allah next time kalau ada rezeki kita datang lagi ke teluk batik. Maybe next time stay kat another resort plak.

Wednesday, December 4, 2013

Misi Mencari Breakfast

Pagi ni malas gila nak bangun. Malam tadi hujan jer sepanjang malam. Suasana dingin sangat..syok untuk tidur. Si kembar lena betul tidurnya. Langsung tak bangun menyusu. Anak mama ni walaupun dah umur 4 tahun still bangun menyusu tengah malam. Kadang sampai 2,3 kali.

Pusing2 sekitar teluk batik demi mencari tempat makan best. Tetiba nampak restoran d warisan ni. Tengok dari jauh nampak macam gah. Tapi tak ramai plak orang duduk makan. Papa ajak stop tengok menu. Kalau ngam dengan tekak boleh duduk makan. Kalau tak chalo beteh...

Rupanya restoran ni buka untuk lunch dan dinner jer. Lauk lunch dia berkonsepkan masakan kampung.  Malam plak menu masakan thai. Waktu kami datang ni baru pukul 10 pagi tapi lauk untuk lunch dah penuh meja.

Alang2, dari mencari breakfast kami terus makan nasi. Hahaha..lapar kot sejuk2 ni. Ni lauk papa..ikan keli goreng, ikan pekasam dan peria goreng.  Pekasam tu guna ikan tilapia tau.

Hamboi..kenmain lebar lagi senyum laki mak ni. Tau la jumpa lauk peberet. Sian papa ni kalau teringin nak makan ikan keli kena gi makan kat luar. Bini tak makan ikan keli so memang tak la nak masak kat umah kannn..

Mama punya senyum pun apa kurang lebarnya. Actually mula2 masuk tadi hidung dah terbau ayam dan ikan bakar. Tapi pekerja tu baru nak start membakar rupanya. Perut dah lapar malas nak tunggu lama2. So amik jer lauk mna yang dah tersedia tu.

My plate berlaukkan ikan bawal goreng garing, ikan tilapia pekasam dan sambal belacan. Fuhhh.. enakknya makan. Kalau ikutkan mama tak makan ikan tilapia tapi bila dah dipekasamkan rasa ketilapiaannya dah hilang.

Belum pun siap makan si kembar dah menyanyi kat telinga ajak balik hotel. Diorang ni bukan apa, gian nak mandi kat pool jer. Bila perut dah kenyang moh la kita balik layan anak2 mandi kolam plak.

Tuesday, December 3, 2013

Restoran Dayang

Gi dinner kat restoran ni semata mata nak gunakan voucher rm20 sebagai ganti resort tak sediakan breakfast. Dinner kat sini ala carte. So mana yang lebih tu kena la top up duit sendiri. Kalau untuk breakfast rasanya diorang buat buffet. So tak perlu nak top up lagi.

Restoran ni terapung kat dalam tasik. Jadi kena jalan sikit la untuk ke restorannya. Kena extra care untuk parents yang ada anak buas macam mama ni. Karang tak pasal2 anak jatuh dalam tasik. Titi nak ke restoran tu bukan berpagar. Just ada tali pemegang jer sepanjang titi tu.

Restoran ni agak luas. Tak perlu nak risau la kot2 takde meja kosong. Kami pilih meja kat tengah2 restoran. Tak berani nak dok kat meja tepi2.. Kalau berdua ngan papa confirm mama pilih meja tepi tasik. Bolehlah nak layan jiwang dulu.

Meja yang kami pilih ni unik sikit. Kat bawah meja tu diletakkan pasir pantai, kulit2 siput dan tapak sulaiman. Terasa macam dok makan kat tepi pantai.

Very creative the idea. Mama suka sangat. Sebab paling utama adalah kerana kulit2 siput ni dapat melekakan si kembar. Ralit diorang dok perhatikan kulit siput. Especially tapak sulaiman. Hadif cakap bintang dah jatuh dari langit.

Haish dah panjang pulak mukadimmahnya. Meh tengok menu apa kami makan malam ni. Sotong celup tepung saiz kecil. Tapi banyak gila sotongnya. Kalau amik saiz besar tak tau la banyak mana. Sotong ni menu paling best mama rasa. Rangup kruk krak kruk krak.

Siakap 3 rasa. Pun sedap jugak. Ikan siakap ni pilih sendiri then timbang. Harga ikut berat.

Butter prawn. Walla..segar2 udangnya.

Kailan ikan masin. Penuh pinggan. Agak banyak untuk dimakan berdua. Ni nasib baik kami minta saiz yang kecil semuanya.

Sup ekor. Dalam banyak food yang kami oder, sup ekor ni jer yang kurenggg sikit tang rasanya. Terasa kuat sangat rempahnya dan daging masih liat. Maybe not their expertise masak sup ekor. Patut kami oder seafood tomyam. Maybe next time.

The drinks..apple juice for rayyans, carrot susu for papa and orange juice for mama.

Jemput makan semua. Alhamdulillah syukur atas rezeki dari Allah untuk kami.

Gigih esoknya sebelum balik g amik gambar kat restoran dayang ni. Tak puas hati gambar malam tadi tak jelas. Now baru nampak terang rupa bentuknya.

Kat tasik ni boleh memancing ya dengan kadar bayaran tertentu. Siang hari ni ramai gak kaki pancing dok memancing kat sini. Sesapa yang datang ke teluk batik ni memang recommended la untuk makan kat sini.

Acara Renang Berirama

Bercuti bila tiada agenda yang khusus amatlah seronok. Boleh lambat2.. boleh lengah2.. hehehe.. Anak2 dari mula sampai memang dok menyebut nak mandi kolam. Tapi mama plak sibuk suruh diorang tido dulu. Memang sampai kesudah la takmo tido bebudak ni.

Seksisnya anak mama ni. Bila pakai baju fit2 camni dah ketara nampak hadif lagi tinggi dari hazim. Semangat anak mama nak g mandi pool ni. Masa check in cuaca punya la panas tapi after asar bila kami nak gi mandi cuaca dah mula renyai2.

Disebabkan dah janji ngan ank2 terpaksa la turun ke kolam jugak. Kalau tak ada yang meroyan kat dalam bilik nanti. Masa ni ada 3,4 orang yang tengah mandi. Pastu bila hujan dah mula kasar tinggal la kami sekeluarga jer. Si kembar ni tetap takmo benti mandi.

Sempat jugak 2 jam lepak kat pool.  Benti pun dalam keadaan terpaksa sebab kat langit dah keluar cahaya putih2. Karang tak pasal2 ada yang kena panah petir nanti. Si kembar pun tak berani nak membantah dah sebab diorang takut ngan kilat.


Lepas mandi terus dua2 menggelupur kelaparan. Nasib baiklah mama ada bawa maggi sebagai back up. Time macam ni la diorang dapat merasa maggi sekali sekala. Kalau tak jangan haraplah papanya nak bagi makan. Sambil tu mama siap2 get ready lepas maghrib nak keluar dinner. 

Monday, December 2, 2013

Teluk Batik Resort

Cerita dua minggu lepas. Ni baru ada kerajinan nak menulis. Tahap kemalasan yang tinggi sbb update guna fon teramatlah leceh. Kat rumah belum masuk internet lagi. Dah daftar unifi..masa register mama dah tanya budak sales tu area umah ni ada coverage katanya. So berialah I sign up. Pas 3 hari seperti yang dijanjikan untuk datang pasang, I pun call la coz tunggu diorang call memang nanhado la. Skalik bleh plak budak tu cakap area umah I ni takde line unifi. Berasap jer haku rasa. Dah tu nak gi ke tm balik sign up for streamyx bercinta la plak nak ke sana.

Bercerita pasal teluk batik plak, actually last minute punya plan. Masa balik dari ofis semalam papa suarakan nak pergi short vacation. Takmo drive jauh-jauh. Just nak pergi relax relax tenangkan fikiran. Kami ada dua option samada perak atau port dickson. So si papa decide to perak..choose teluk batik because we've never been there. So dalam kereta tu jugak I start calling2 looking for hotel. Agak susah nak dapatkan bilik coz sekarang kan musim cuti sekolah. Nasiblah dapat kat teluk batik resort. Tu pun tinggal bilik yang hujung2 jer.

Kami dapat bilik superior executive something like that la namanya pada harga rm209 include breakfast for two. Tapi masa check in depa cakap takde breakfast. Kami diberi voucher value of rm20. Voucher tu boleh digunakan samada untuk dinner malam ni atau breakfast pagi esok kat restoran dayang. Restoran tu terletak nearby dengan resort nih.

Bilik kami ni macam apartment satu bilik. Ada ruang tamu dan mini kitchen. Biliknya agak sempit, muat2 jer badan aku yang comel ni. Tapi tak kisah sangat. Bukan kami melepak kat dalam bilik jer memanjang. Ekon cuma ada kat dalam bilik ya. Kat ruang tamu cuma ada kipas. Hilang markah kat situ.

Toilet plak ok la...boleh diterima tahap kebersihannya. Yang penting paip ada wayar. Basic keperluan seperti sabun dan shampu ada disediakan. Cuma yang tak best tuala yang disediakan dah lusuh. Dah takde rupa putih. Nasib baik I memang ada bawa tuala setiap kali vacation. Hilang lagi markah kat situ.

Ini area ruang tamu. Rasanya korang bleh nampak sarung sofa tu dah hitam bertahi lalat. Management patut tukar la kan.  I bukan la nak komplen lebih tapi rasanya kita nak servis yang baik setimpal dengan apa yang dibayar. Seperti yang I cakap tadi kat ruang tamu takde ekon.


Tv ada...tp bukan flatscreen la. Pastu tv tu plak xleh nak on masa kitorang sampai. Dah satu hal kena call management. Diorang tukar tv tu ngan tv bilik sebelah. Pastu kat sini takde line ya. Tak usah la nak bermimpi nak berfacebook dan berwasap bagai. Masa nak call management tadi kami kena keluar dari bilik. Kat dalam bilik plak tak disediakan telefon. Another point hilang.

Ini plak mini pantry yang ada kat ruang tamu. Aku rasa kalau takde pantry ni lagi baik kot sebab bilik jadi luas gila. Kalau yang datang satu family besar boleh bentang toto kat depan. Kat sini pun ada satu point yang upsetkan aku. Korang nampak tak cerek air atas peti tu? Kat area pantry ni atas peti tu jer ada plug. Yang hamoehnya bila nak masak air cerek tu tergantung uols. Wayar cerek tu pendek. .bantut. So kalau nak masak air kena lapik dengan benda yang rata. Dalam kes aku ni aku tak jumpa benda yang boleh dijadikan pelapik. So aku masak air kat plug sebelah tv. Kesimpulannya ku kena tunggu sampai air tu masak. Tak berani nak tinggal dengan 2 hero aku in da house tu. Karang tak pasal2 ada yang melecur kena air panas.

Beranda mengadap kawasan landskap. Oklah untuk tatapan mata merehatkan minda. Tapi masa kami sampai cuaca panas berdenting. Nak pijak tiles kat luar pun tak lalu sebab panas. Sliding door ke beranda memang ditutup la sebab anak teruna tak tahan silau. Actually aku tak pernah dok sini. Masa search kat ternet cakap resorts ni ada swimming pool. Aku memang niat nak bawa anak2 gi mandi.

Tapi bila sampai sini baru tau kisah sebenar. Kat resort ni ada 3 management yang berlainan. So swimming pool tu kena kongsi2 dengan penduduk resort yang lain gak. Pool kat depan golden bay resort. Kiranya kami kena menapak la jauh sikit untuk ke pool. Poolnya juga adalah dibuka untuk public. Aku dah sedikit seram bila dengar camtu. Takut orang ramai. Dah la ni musim cuti sekolah.

Poolnya aku boleh kategorikan sebagai cantik, luas dan bersih. Yang paling best cuma kami 4 beranak jer dok berendam. Orang lain tak kesior nak berendam agaknya. Hahahah.. Pool ni ada 3 section. Air cetek untuk budak2..medium utk dewasa yang tak pandai berenang atau yg pandai berenang tapi tak konfiden nak berenang cam aku dan dalam utk yang konfiden nak berenang. Yang part dalam tu takde la dalam mana...dalam 4 kaki kot sbb aku diri pun tak tenggelam.

Tapi ank2 aku takmo mandi tempat yang cetek. Sebab diorang cakap ikan pak us ni nak gigit bontot diorang. Lawak tul. Dah panjang aku taip ni. Gigih nak siapkan satu entry berejam amik masa. Siap kena simpan dalam draft bagai. Next entry aku letak gambar budak2 mandi pool. 2 trip tau mandi pool...belah petang after check in dan esoknya before check out.

Friday, November 22, 2013

Pulut Durian

Dah lama betul mengidam nak makan pulut durian. Maklumlah ni makanan kelantan so memang susahla nak mencari kat sini. Bila balik kampung plak tak kebetulan musim durian. So tekak teringin tu dipendamkan jer la.


Wiken lepas masa ke teluk batik papa ada beli beberapa biji durian. So dah beberapa hari isi durian tu dok terperap kat dalam peti ais. Hari ni baru ada kesempatan nak tanak pulut. Tu pun buat sikit jer coz papa tak reti sangat makan pulut durian ni. Cuma ada kekurangan sikit la. .takde manisan kelantan. Mama just makan dengan gula jer. Tapi oklah dari takde kan. Lepas ngidam (bukan peknen ya).

Saturday, November 16, 2013

Teluk Batik

Pagi ni si kembar berdua bangun awal sbb excited nak berjalan. Kali ni papa bawa kami bercuti ke lumut. Yehaaa..seronok si kembar n mama skali dapat jalan jalan makan angin.

Kenmain anak teruna ni bersiap. Siap suruh mama snapkan gambar dia lagi. Layankan aje la...

Yang lagi sorang ni pun tak nak kalah. Haishh..cpt jer  macam diorang ni besar. Tak lama lagi tup tup dah jadi anak remaja..

Sekarang kami dalam perjalanan ke teluk batik. Malam ni kami stay kat teluk batik resort. Saja bawa si kembar mandi pool. Dah lama tak berendam.. Semoga perjalanan kami selamat..

Thursday, November 14, 2013

Cuti Panjang

Lama betul mama rehat dari menulis kat blog ni. Cerita banyak yang nak dikongsikan tetapi masa agak terhag skrg. Dari urusan tukar keje, pindah rumah, raya puasa, then pindah rumah lagi, raya haji...now barulah rasa life back to normal balik.

Now berazam untuk rajin update blog semula. Untuk permulaan mama tepek muka si kembar untuk tatapan semua dlu.



Friday, June 14, 2013

Terbengkalai

Blog jer yang terbengkalai...bukan projek yang terbengkalai yer. Banyak sebenarnya nak kongsi cerita kat sini, tapi takde mood nak mengarang. Actually sedikit kebizian untuk setelkan semua kerja-kerja mama. 

In sha Allah, bulan depan mama akan memulakan tugas di tempat baru. Jadi sepanjang peninggalan mama nanti, mama tak nak susahkan rakan sekerja yang kena take over kerja mama nanti.

Pejam celik rupanya dah 6 tahun mama kat HRrunding. Staf-staf kat sini dah jadi macam adik beradik. Sayang sebenarnya nak meninggalkan company ni. Tapi kerana tuntutan ekonomi dan masa depan kami sekeluarga, mama terpaksa mengucapkan selamat tinggal dekat kawan-kawan kat sini.

Harapan mama agar hubungan silaturahin yang terjalin dekat sini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat kawan-kawan, terima kasih di atas segala pertolongan selama ni. Ampun maaf andai ada yang terasa hati dengan mama. Mama harap agar kat tempat baru nanti mama akan dapat ofismate yang best macam korang semua. Sayang korang ketat ketat.