Friday, March 30, 2012

Rockers Rayyan

Tadi singgah pasar malam. Mama kalau gi pasar malam, tak sah kalau tak beli mainan untuk Rayyans. Biasalah...mainan kat pasar malam ni regenya murah. Kalau kat shopping complex yang jenama fisher n price tu alamak tak merasalah anak-anak mama nak pegang mainan. Lagi satu, Rayyans ni jenis tak cermat. Mainan tu sekejap jer rosak or jahanam. Jadi kalau beli mainan yang murah ni takdelah ralat sangat bila mainan tu pecah atau rosak. Plus, mama suka tengok Rayyans happy bila mama bawa balik mainan baru.

Inilah dia mainan baru kami..gitar. We rock u....hahhaha..satu merah satu kuning. Kat gerai tu takde stok yang sama kaler. See my kids..so happy kan their face.

Aksi menggoreng gitar dari Hadif. Actually Hadif dah lama admire dengan gitar. Bila kat tv keluar orang main gitar mesti dia terpegun. So hari ni baru anak mama berpeluang main gitar ni.


Aksi Hazim ni plak, mama tak pasti menggoreng ke menggulai ni. Macam aksi nak membantai orang pun ada gak ni.

Dinner @ Selera Aneka Rasa

Malam tadi dinner kat luar lagi. Papa tak bagi mama masak...kesian bini dia balik rushing masak pastu nak gi terapi lagi. Balik dari ofis terus singgah makan..tak amik Rayyans dulu. Kalau amik diorang dulu satu hal plak nanti buat kecoh kat kedai makan.

Restoran Selera Aneka Rasa terletak kat alam jaya..dekat jer ngan puncak alam ni. Dah lama agaknya kedai ni buka, tapi ni la baru 1st time kami try makan sini.

Tengok buku menu ni pun dah lunyai dah...nampak sangatlah kami ni jarang dinner kat luar. Kedai makan berlambak kat sini tapi kami tak berapa nak tahu...hehehhe

Papa order air sirap bandung...comel jer sudu dia tu kan..

Disebabkan cuaca hari ni agak panas, mama order lai chi kang untuk menyejukkan badan. Rasa okla cuma bahan-bahan kat dalam tu kurang variasi.

Papa ni bila tiap kali makan kat luar, kalau mama suruh dia order sendiri, inilah hasilnya. Balik-balik mihun sup...xpun mee sup..huh..bosannn

Mama plak order sizzling yee mee yang marvellous ni. Rasanya memang sedap...sampaikan papa asyik ceduk dari pinggan mama jer. Lain kali bolehlah datang makan kat sini lagi plus restoran ni agak bersih keadaannya.

Thursday, March 29, 2012

Happy Birthday Kak Hanim

Hari ni kami satu ofis meraikan birthday girl, Kak Hanim. Seperti biasa, majlis kami ditaja sepenuhnya oleh Mr B. Jamuan makan hari ni bukan sahaja untuk meraikan kak hanim tapi merangkap juga meeting tahunan ofis kami. Disebabkan bos-bos dan staf semuanya bizi, annual meeting yang sepatutnya diadakan pada bulan januari dipostpone hingga akhir mac. Fuhhh....projek juta jutan sebab tu la masing-masing bizi memanjang. Sib baiklah bulan ni birthday kak hanim dapatlah diadakan meeting sekali. Kalau tak entah bila la kami semua nak bermeeting'an.

Mr B sempatlah menyampaikan amanat2 untuk kami semua. Ada yang seronok didengar..ada juga yang tak berapa seronok. Yang seronoknya of course la aktiviti tahunan kami iaitu family day. Tahun ni tak merancang lagi nak kemana..tapi proposal akan dimajukan kepada Mr B secepat mungkin. Mr B juga mencadangkan agar aktiviti makan-makan seperti hari ni diadakan setiap bulan or semasa staff's birthday..ohh itu bisa diatur asalkan ongkosnya Mr B keluarkan..

Yang tak seronoknya bila Mr B mentioned tahun ni company masih belum ada projek baru. Company just maintain projek2 dari tahun lepas...seterusnya Mr B menyarankan agar kami2 semua berbelanja dengan duit company secara berhemah. Ohhh..apakah ini hint Mr B yang tahun ni takde increment? or bonus berkurangan? Apa-apapun sama-samalah kita berdoa agar company terus maju untuk kebaikan kita semua.

Selepas ucapan ringkas Mr B, barulah majlis makan-makan dimulakan dengan birthday girl memotong kek...special cake from secret recipe. Lupa nama apa kek ni tapi kat dalamnya berperisa strawberry. Sedap gak coz kek yang manis dibalancekan dengan rasa strawberry yang masam.

Menu utama lunch kami adalah nasi bukhara briyani ayam dari restoran Syed, seksyen 11. AJK makanan kali ni terdiri dari mama jue n aunty tasha.

Rasa nasi bukhara memang mabeles dan kuantitinya pun banyak. Memang amat2 mengenyangkan. Especially makan time perut kelaparan. Memang menjilat jari.

Semasa masing-masing khusyuk menjamu selera, tetiba Mr B keluarkan souvenier dari Mekah untuk kitorang. Yang pertama, sejadah kecil ni sorang satu...(Mr B saya nak dua sebab anak saya kembar..nanti berebut).

Dan yang kedua, keychain ini..pun dari Mekah. Punyalah dia amik masa yang lama untuk bagi souvenier kat kami. Bayangkan dia gi haji bulan 11 last year, bulan 3 this year baru dia ada kelapangan nak hadiahkan untuk kami.

Walau apapun, thanks Mr B untuk souveniers tu semua. Semoga tahun ni kita semua dilimpahi dengan rezeki yang halal dan melimpah ruah. Aminnnnnnnnn.

Putingless

Dah genap 2 minggu Rayyans berhenti hisap puting..since dapat HFMD aritu. Actually ada hikmah jugakla mulut Rayyans sakit. Masa mulut sakit tu memang diorang tak nak hisap puting. Sepanjang 5 hari tu mama amik peluang untuk sorokkan puting-puting diorang kat rumah. Kat pengasuh pun mama pesan jangan bagi diorang puting. 

Time ni la peluang keemasan untuk ceraikan puting tu. Kalau tak, bukan main susah nak lepaskan puting. Sanggup meraung2 mintak puting. Selagi tak sumbat kat mulut diorang, selagi tu la dok menjerit-jerit.

Pic from mr google

Pernah juga beberapa kali diorang sebut puting...mama bagi alasan mama katak dah amik puting nak bagi kat baby katak. Then diorang terus diam. Kat pengasuh pun mama pesan suh cakap macam tu kalau diorang sebut pasal puting. Now, Alhamdulillah dengan rasminya diorang dah putingless.

Roti Pizza

Malam tadi dinner simple jer coz mama rushing nak gi terapi. Simple tapi mengenyangkan. Buat 2 keping jer untuk papa coz mama dah kenyang. Petang tadi masa meeting dah makan apam balik dan buah melaka.

Bahan - bahan :
2 keping roti wholemeal
2 sudu sos Prego 
4 batang sosej
2 sudu sayuran campur
2 keping cheese

Cara - cara :
Sapukan sos prego kat atas roti. Kemudian selang selikan tabur sosej dan sayur campur. Letakkan sekeping cheese dan bakar dalam oven 5-10 minit sehingga cheese cair. Hidangkan panas-panas.

Wednesday, March 28, 2012

Dinner @ Nasi Ayam Penyet

Malam tadi selepas terapi papa ajak dinner kat luar...dah lama sungguh kami tak 'hang out'. Rayyans ni bila dibawa keluar, tak reti nak duduk diam. Tapi kami memang sediakan back up la...ajak angah dinner sekali. hehhehe...jadi baby sitter.

We decided untuk dinner kat restoran nasi ayam penyet kat sungai buloh. Kat sini tak berapa membahayakan kalau nak lepaskan Rayyans main-main coz dapur dia semua tertutup.

Nasib baik malam tadi kat restoran tak ramai orang. Diorang dok berlari ke sana sini. Tapi, at the same time angah ada untuk tengokkan diorang sementara mama n papa makan. Kami kena amik turn untuk makan.

Mama order chocolate milkshake (RM5.00) n for papa, green apple juice (RM4.50).

Set nasi ayam penyet untuk angah..RM 8.50 plus nasi putih RM1.50.

Ini plak untuk mama..set BBQ chicken also RM 8.50 plus nasi. Adushhh..setelah sekian lama puasa nasi waktu malam akhirnya terkantoi sudah.

Mee udang ni untuk papa..harga RM6.90. Sedap tapi agak pedas la. Kepada sesiapa yang teringin nak datang makan sini, mama bagi alamat restoran ni kat bawah.


Ayam Penyet AP
No G103 & G105, Jalan Nautika
TSB Commercial Center
Sg Buloh
Tel : 03-61504362

Tuesday, March 27, 2012

One Baby World

Selepas kekenyangan mengisi perut kat Mr Steak House, kami merayau ke One Baby World untuk membakar lemak-lemak yang dikumpul tadi. Tujuan asal cuma nak meneman aunty tasya beli breastmilk storage. Tapi kalau dah nama perempuan yang ada anak, kalau gi kedai barangan baby tak sah kalau tak terjebak sama.

Sempatlah mama grab 2 buah buku untuk Rayyans yang berharga RM21.90 setiap satu. Mama beli buku yang sama jer..kalau berbeza nanti pening kepala tengok diorang berebut. Pastu buku ni diperbuat dari kain..selamatlah sikit. Kalau dari kertas jadi bahan gigitan diorang plak nanti. Harap-harap Rayyans rajinlah baca buku ni yer.

Lunch @ Mr Steak House

Lunch tadi gegirls yang dah jadi mak-mak orang ni berjimba kat Mr Steak House. Hari ni tekak macam mengidam western food plak. Pastu ada plak yang murah hati nak membawa kitorang ke sana. Siap jadi mem besar lagi...dok belakang ada driver. Yang bestnya dapat naik kereta baru Aunty Tasya. Thanks yer..lain kali jangan serik nak bawa mama keluar makan lagi ye.

Mr Steak House ni terletak kat Laman Seri Bussiness Centre, Seksyen 13. First time mencuba makanan kat sini gara-gara terpengaruh dengan promosi dari Mama Jue.

Macam-macam menu ada kat sini. Pilih jer ikut selera tekak masing-masing. Yang penting harganya berpatutan. Xdelah mahal sangat. Kalau kata nak gi makan 3,4 kali dalam sebulan tu boleh lagi la.

Decoration restoran ni pun boleh tahan menarik gak..ala-ala cowboy town gitu. Gambar kat atas ni area pintu masuk. Dinding dihiasi dengan gambar-gambar cowboy.

Ini plak kaunter pembayaran. Decoration restoran ni menggunakan kayu sepenuhnya. Rasa macam dok kat kampung-kampung jer.

Sementara tunggu order kami sampai, aktiviti untuk mengisi masa lapang adalah mengambil foto sendiri.

Alhamdulillah, bila tengok gambar ni rasa syukur sangat2. Mama sudah mampu senyum dengan sempurna. Thank you Allah.

Finally our ordered came...mama with grilled chicken..RM10.90 with ice lemon tea.

Aunty tasya ordered chicken golden bleu at price RM10.90 with barli ice...


And lastly mama jue with roasted chicken. We enjoyed the food very much...soo nice kan dapat menambahkan lemak-lemak di badan.

Kuey Teow Kungfu

Cooked this untuk dinner malam tadi. Kuey Teownya tak nampak sebab dah dikungfu ke bawah. Kebetulan stok sayur banyak sebab ahad lepas baru bershoping kat NSK Meru.

Resepi ni boleh refer kat Home Sweet Home.

Bahan - bahan:
3 gulung yee mee - mama guna 1/2 bungkus kuey teow
3 biji telor
200 gm sotong - potong bulat nipis
150 gm udang
2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil minyak bijan - mama guna minyak zaitun
sebatang lobak merah
sedikit kobis bunga
seikat sawi - mama guna bak choy
1 kiub pati ayam
7 cawan air
6 ulas bawang putih - cincang 
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara - cara:
Basuh kuey teow dan goreng dalam minyak yang sedikit dan letak 5 sudu kicap pekat. Goreng sebentar biar rata. Angkat, letak dan bahagi-bahagikan dalam pinggan dan ketepikan. 
 
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan kiub pati ayam dan tuangkan air. 
 
Masukkan sotong dan udang. Kemudian masukkan serbuk lada sulah dan minyak bijan. Biarkan mendidih, masukkan garam. 
 
Pecahkan telor dan biarkan masak dengan api perlahan..Jangan dikacau, biar telor masak. 
 
Masukkan sayuran dan bancuhan tepung jagung. Kacau perlahan. Tuang ke atas mee tadi.

Pantai Tok Bali

Selepas aktiviti memborong ikan, kami menuju ke pantai tok bali untuk mengambil angin petang. Kalau dolu-dolu, sinilah tempat kami berpiknik n berbbq tiap ujung minggu. Lama sungguh tak bermandi-manda kat sini. Sekarang ada anak kecil, tak sessuai sangat untuk mandi kat sini.

'Ombak rindu' laut china selatan...cuaca tengah elok sekarang ni. Kalau musim tengkujuh jangan nak dok berangan ombak rindu kat sini plak yer. Ombaknya kenmain tinggi.

Notice tak kat belakang tu dah ada tembok yang dibina untuk mengawal hakisan. Hmmm....kat sini pun dah terancam dengan hakisan sekarang ni.

Kat belah kanan tu plak tembok batu atau engineeringnya terms panggil breakwater. Fungsi breakwater ni adalah untuk memperlahankan ombak. Actually dulu tak tau pun menatang ni nama apa tapi since koje dekat company yang buat menatang ni, la ni terlebih expert la psl menda ni..expert la sangat..hehehhe..

OK girls...dah nak maghrib ni. Jom kita balik dulu. Kang lama-lama dok sini kena sampuk ngan hantu air plak karang.