Saturday, January 14, 2012

Pie Apple Puff

Hari minggu kalau tak kemana-mana, mulalah perut asyik rasa lapar jer. Bila tengok isteri dok merelax-relax jer mulalah en suami tanya 'ma...takde apa-apa makanan ke nk makan petang ni?' Pastu mulalah pn isteri mencari-cari resepi yang sesuai iaitu senang dan cepat dan sedap. Pie apple puff ni senang jer nak masak coz guna pastry yang segera jer.

Resepi asal Pie Apple Puff ni mama amik dari dapur Tiffin Biru Che Mat Gebu.

Bahan - bahan :
1 paket puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 inci x 4 inci)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hijau, kupas dan dadu kecil
2 camca besar kismis
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam

Cara - cara :
Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan. 

Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Sup Sayur

Sup sayur campur ni diduetkan dengan ikan pasu goreng berlada tadi. Memang menyelerakan bila dihirup panas-panas. 


Bahan - bahan :
1 batang tofu jepun - potong nipis
1 batang lobak merah
1 ikat sawi
1 ikat kailan
1 biji telur
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara :
Dalam kuali/non-stick pan, panaskan minyak dan goreng dahulu tofu jepun tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu besar. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.

Masukkan air untuk kuah secukupnya. Masukkan  lobak merah. Biarkan mendidih dan lobak merah sedikit lembut.

Masukkan garam, kailan, sawi dan tofu jepun tadi. Biarkan mereneh sebentar dengan api sederhana. 


Pecahkan telur dan masak sehingga telur mengeras. Hidangkan panas-panas.

Ikan Pasu Berlada

Hari ni masak simple jer untuk makan tengahari..ikan pasu goreng berlada. Kalau masak camni, jenis goreng-goreng garing ni lajulah sikit 3 hero makan nasi. Hero-hero saya ni kalau masak kuah yang berlemak tu jawabnya makan tak sepenuh hati la.

Semalam beli ikan pasu ni kat pasar malam. Actually tak tau ni ikan apa, tanya kat penjual tu cakap ikan pasu. Ni ikan sangkar tapi tak surelah ikan air masin or air tawar. . Rasa ikan ni lebih kurang ikan siakap tapi makan kena lebih berhati-hati coz tulangnya amatlah banyak. Tulang-tulang bercabang yang halus...

Resepi ikan berlada ni mama dapat dari buku Chef Hanieliza, 1 hari 1 resepi.

Bahan - bahan (A) :
2 ekor ikan selar - mama ganti ikan pasu
1 labu bawang besar - dipotong gelang
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk kunyit
Minyak bagi menggoreng


Bahan - bahan (B) : dikisar
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah


Cara - cara :
Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan garam dan serbuk kunyit.
Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata.
Tutup api dan tuangkan jus limau kasturi. Kemudian kacau lagi.
Angkat dan tuangkan di atas ikan. Hidangkan.

Mee Goreng

Mee goreng adalah menu wajib breakfast setiap pagi sabtu. Rayyans lebih suka makan mee berbanding nasi ataupun kuih-muih. Jadi mama tak payah nak pening-pening kepala mikirkan nak masak apa. Goreng jer mee sure anak bujang makan tak toleh kanan kiri.

Mama n papa pun boleh makan sekali tak perlu nak masak 2, 3 jenis masakan. Pagi ni mama goreng nugget tempura ayamas untuk digandingkan dengan mee goreng ni. Dapat pulak air teh hasil air tangan en somi...fuhhh..berselera ai breakfast pagi ni.

Bahan - bahan :
1 bungkus mee kuning - rendam dalam air panas, cuci dan toskan
20 ekor udang
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 ikat kailan
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih - hiris halus
4 ulas bawang merah - hiris halus

Cara - cara :
Bersihkan udang basah, cuci dan toskan. Campurkan sedikit garam dan goreng. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.

Panaskan minyak & tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.

Bila cili dah masak, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan gula jika perlu.

Masukkan mee dan kailan. Gaulkan biar rata.

Hidangkan dengan nugget.

Friday, January 13, 2012

Angry Bird Part 2

Malam ni Rayyans melaram dengan baju angry bird lagi. Macam best plak tengok diorang pakai baju angry bird ni..tambah hensem anak mama. Hadif makin nampak membolatss..

Hijau untuk Hadif.... biru untuk Hazim

Mama, kami nak lumba basikal. Cepat tiup wisel.

Bosanlah mama basikal tu kecik...tak mencabar. Kita lawan tricycle la plak.

Vroomm...vroomm...kita dah nak berlepas.

Tunggu Hadif tiup wisel dulu..preeeettttt..

huk aloh...orang dah nak berlepas dia baru nak tiup wisel.

Relax la brother..ai baru nak panaskan enjin ni ha

Huh..apa-apa lah..janji ai boleh menang..

Angry Bird

Sekarang ni memang tengah musim angry bird. Mama mula tu langsung tak amik pusing pasal angry bird ni until one fine day Hazim cakap kat mama 'ma..nak beg gibird'...i thot apa lah  gibird ni. Pastu the next daynya masa sembang-sembang ngan pengasuh barulah keluar cerita pengasuh belikan anak dia beg angry bird. So Hazim pun teringin gak lah nak beg angry bird ni. 

On da way ke penang last month, masa benti makan kat sg besar ternampaklah beg angry bird dijual disebelah kfc. Tanya harga lebih murah banding kat shah alam. Rembatlah dua ketul beg untuk Rayyans.

Settle hal beg. Kat opis timbul plak cerita aunty tasya nak buat 1st birthday party untuk afif bertemakan angry bird. Dah satu hal plak mama sibuk mencarikan baju angry bird untuk Rayyans. 

So far dah belikan tshirt round neck 4 helai tapi macam tak puas hati lagi (kes nak mengabiskan duit la ni). Kat facebook ada plak frens yang tag gambar pyjamas angry bird for RM110. So mama pakat ngan aunty tasya join order...4 pasang mama beli untuk Rayyans.

Kenmain suka lagi anak mama ni dapat baju angry bird. Perkataan 'cantik' tak putus-putus dari mulut. Asalnya mama pakaikan untuk try jer, pastu diorang takmo bukak. Terus pakai buat tidur.

Monday, January 9, 2012

Rayyans @ 29 Months

Dah lama betul tak cerita pasal perkembangan Rayyans. Asyik cerita pasal masak memasak jer. Hehhe..nak buat macam mana...mama ni surirumah separuh masa. Pastu plak tengah hangat-hangat mencuba pelbagai resepi baru. So banyaklah nak update kat blog sampaikan nak update kisah Rayyans pun dah tak sempat dah.

Sekarang ni bila mama hantar ke rumah pengasuh, dah tak mau didukung. Ye lah, orang dah besar. Mestilah nak jalan sendiri. Pastu tak mau dipimpin tangan. Bila dah jalan sendiri tu mulalah nak berlari. Walhal langkah bukannya tegap lagi. Pastu mulalah kaki tangan mencium jalan. Luka sana sini. Luka tu plak amik masa nak baik..mana taknya..tangan asyik dok mengutis parut-parut kat lutut tu.

Bila dah besar dan cerdik ni, nak pakaikan pampers dan baju cukup susah. Berkejar keliling rumah, lepas kena tangan kat paha barulah nak baring elok-elok. Kalau tak menonggeng sana, menonggeng sini. Mulut pun dah pandai menjawab ngan mama. Bila mama suruh makan, siap jawab taknak sambil geleng kepala. Kalau dulu bila mama bagi makan mulut nganga jer. Mana pandai nak jawab-jawab tak nak ni.

Satu lagi peel perangai Rayyans kebelakangan ni adalah naik tingkat atas senyap-senyap. Pagar kat tangga tu diorang dah pandai buka. Bila mama terlepas pandang jer senyap-senyap diorang naik tingkat atas. Bukan apa, tingkat atas umah kami tu teramatlah banyak perkakas yang membahayakan diorang. Tingkat atas tu dah rupa macam stor dah..tu yang diorang suka sangat naik atas. Macam-macam adaaa..

Sunday, January 8, 2012

Sticky Caramel Chicken Wings

1st attempt guna resepi ni. Cook this for lunch today. Sedap dan menjilat jari. Pasni memang confirm ada ulang tayang menu ni kat blog mama.

Resepi Sticky Caramel Chicken Wings mama refer kat blog Dapur Mamasya. Thks mamasya coz sharekan resepi yang gojes ni.

Bahan - bahan :
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)
1 sudu besar kicap - letak 2 sb
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.

Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Roti Paratha Cicah Sardin

Another resepi guna bahan-bahan segera jer. Ni roti paratha perisa bawang jenama kawan. Masak ni untuk breakfast pagi ni. Masaknya senang jer. Cairkan mentega dalam frying pan, pastu goreng roti tu sekejap hingga keperangan. Makan time panas memang crunchy tapi bila dah sejuk alamak ai kerasnya.

Ini plak ikan sardin yang mama buat lauk untuk roti paratha ni. Putih jer sardin ni kan. Lupa plak nak snap tinnya. Sardin ni mama goreng dengan bawang...sedap gak makan bila kelaparan.

Tu dia..ada tangan nak mencubit paratha mama ni. Cer teka tangan sapa tu?? Of course la tangan Hadif. Dia jer yang laju bab-bab makan ni.

Saturday, January 7, 2012

Tumis Sawi Putih Dengan Tauhu Jepun

Sayur untuk dimatchingkan dengan bawal 3 rasa. Masak simple jer..dah kata minggu malas kan. Tauhu tu pun sepatutnya goreng dulu baru sedap. Tapi mood M datang plus nak cepat terus main campak-campak jer.

Bahan - bahan :
1 ikat sawi putih
1 batang tauhu jepun - seeloknya digoreng dulu
3 ulas bawang putih diketuk
1 sudu kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara - cara :
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan tauhu dan goreng seketika.

Masukkan sawi putih dan goreng hingga sedikit layu.

Masukkan kicap dan perasakan garam. Sedia untuk dihidang.