Kat puncak alam banyak gak kedai makan yang baru buka. Antaranya dominos, kfc dan shell out.
Cuma kami jer yang tak sempat nak terjah. Bizi nau nau dengan kehidupan seharian.
Atas permintaan anak teruna nak makan pizza, maka sampailah kami kat dominos pizza.
Padahal baru jer beberapa hari lepas diorang makan kat sini. Pakcik nasir belanja diorang makan sempena birthday cikla.
Sementara paksu mat ada kat rumah kami ni, moh la kita bawa paksu makan pizza.
Plan asal nak makan kat sini jer, tapi tak sangka plak orang ramai sangat. Hinggar binggar kat dalam ni. Meja yang kami duduk tu sampai kesudah takde staf yang kemaskan.
This is what we ordered. Ada diskaun sempena promosi pembukaan. Menunggu order dapat pun boleh tahan lama gak. Mungkin sebab baru buka, kelancaran proses tu belum ada lagi.
Sudahnya kami tapau bawa balik makan kat umah jer. Lagi havoc makan sambil tengok perlawanan bola sepak.
No comments:
Post a Comment