my twin baby dah masuk darjah satu. kejap jer diorang dah sekolah. rasa macam diorang masih baby jer lagi.
first day sekolah, dua2 semangat. pukul 6 pagi dah kejut mama bangun mandi siap2 nak pergi sekolah.
hensem anak mama pakai uniform. harusla puji anak sindri kan. harap2 balik tengahari nanti baju masih ada rupa.
adikpun semangat bangun pagi nak teman abang pergi sekolah. mama siap amik cuti 3 hari konon2 nak meneman kot2 diorang buat hal.
rayyan sekolah kat sek keb puncak alam fasa 1. mama pilih sekolah ni sebab student tak ramai sangat berbanding fasa 2 dan fasa 3.
dah berbeza sangat fizikal rayyan sekarang ni. hadif semakin membesar dengan jayanya. uniform sekolah diorang dah berbeza satu saiz.
sepanjang minggu ni diorang akan menempuh hari orientasi. harap2 rayyan dapat sesuaikan diri dengan alam persekolahan dan persekitaran yang baru.
buku teks pun dah dapat masa hari pertama persekolahan. ada 8 biji buku teks dan 10 biji buku kerja. jenuh la mama nak membalut nanti.
rayyan ditempatkan kat kelas 1 cekal. dalam kelas ada 25 orang jer students. cuba tengok nama student yang no 5...kenmain panjang namanya.
kat dalam kelas rayyan dok sebelah2. syukur cikgu tak asingkan kelas diorang. kalau tak ada yang drama air mata.
waktu rehat papa ajar diorang beli kat kantin. hari pertama mama bagi rm3. balik tu hadif cakap esok nak rm4. sebabnya nak beli hotdog banyak2.
waktu rehat terjumpa dengan another pasangan kembar ni. diorang dok kelas lain, pun sama cikgu tak pisahkan depa berdua.
sesi persekolahan tamat pukul 12.50 tengahari. so far, rayyan nampaknya suka pergi sekolah. setakat ni takde lagi adegan menangis takmo gi sekolah.
semoga allah terangkan hati anak2 mama dalam menuntut ilmu. harapan mama agar rayyan menjadi pelajar yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment