Resepi kek ni agak senang. Bahan2 simple dan tak banyak. Semua bahan ni memang dah sedia ada kat dapur mama. Resipi carrot cheese cupcake ni mama dapat dari homekreation.
Bahan:
250g Tepung Gandum*
1 sb Baking Powder*
2 sb Gula Kastor* (* campur)
1 bj Telur
1/2 st Garam
200ml Susu Cair
2 sb Mentega Tawar - cairkan
100g Karot Parut
50g Keju Cheddar Parut
Cara-cara:
Pukul ringan telur, garam, susu & mentega.
Ayak campuran tepung gandum, baking powder dan gula kastor.
Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sehingga sebati.
Masukkan karot dan kacau rata.
Kemudian masukkan keju dan kacau rata.
No comments:
Post a Comment