Masa check up minggu ke 36 kat hospital sg buloh, doktor menjangkakan baby HR adalah macrosomic baby atau dengan kata lain baby terlebih besar.
Bila check up minggu ke 38, doktor menasihatkan mama supaya bersalin secara elective caesarean memandangkan berat baby telah menghampiri angka 4kg. Doktor takmo amik risiko baby tersangkut susah nak keluar jika bersalin normal.
Ditambah dengan perut mama yang dah ada parut lama pembedahan semasa bersalinkan si kembar dulu. Doktor risau jika terlebih teran, parut lama terbuka balik. Keputusan perlu dibuat bagi menyelamatkan baby dan ibu.
Jadi mama dan papa bersetuju sahaja dengan cadangan doktor. 27 januari 2015 mama perlu menyerah diri ke hospital. Keesokkannya, 28 januari 2015 mama dijadualkan menjalani pembedahan.
27 januari 2015 - sebelum ke hospital mama sempat jamah nasi lemak masa breakfast. Hari ni hari terakhir mama berpeluang makan sedap2 sebelum melalui tempoh berpantang.
Selepas mendaftarkan diri, mama kena lalui prosedur biasa iaitu buat ujian ctg. Dari situ, doktor detect dah ada contraction. OMG. Mama boleh relax takde rasa apa2 lagi. Then doktor check bukaan, rupanya jalan dah buka 3cm.
So doktor decide tak boleh tunggu sampai esok. Terus diorang persiapkan mama untuk jalani emergency caesarean time tu jugak. Papa yang dok tunggu kat luar dipanggil untuk diberi penerangan.
Dalam pukul 11.30 pagi mama ditolak masuk ke bilik pembedahan. Mama dibius separuh badan, dari pinggang ke kaki. Pukul 12.12 tengahari, lahirlah malaikat kecil mama ke dunia.
Pukul 1.30 petang baru prosedur pembedahan siap sepenuhnya. Proses jahit yang makan masa. Kemudian mama diletakkan kat bilik pemantauan. Setengah jam lepas tu barulah mama ditolak ke wad.
No comments:
Post a Comment