Friday, May 3, 2013

Holiday

Yeahuuuu...malam ni mama balik kampung sempena pilihanraya. Pastu mama sambung cuti hingga hari selasa. Dah lama tak balik kampung. Sesekali balik ni, biarlah lama sikit. Baru puas hati.

Rasanya malam ni majoriti warga Kelantan akan balik. Sah-sah jalan akan jem macam balik raya gamaknya. Tak kisahlah sampai lambat pun, janji perjalanan kami selamat. Biar lambat, asal selamat. Lagipun takde nak rushing sebab ngundi hari ahad, bukan hari sabtu.

Kali ni mama, ciknik n cikla jer yang dapat balik. Pakda n Maklong tak dapat cuti. Yang pasti, kami dah siap-siap order menu kat mek suh masak apa. Hehehe..dasar punya anak.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dah layak mengundi, undilah dengan jujur dan ikhlas. Tandalah kertas undi dengan berhati-hati. Rugi jer nanti kalau undi rosak. Wat penat jer drive lama-lama balik kampung.

Kepada seluruh warga Kelantan, selamat balik kampung. Berhati-hati di jalanraya. Semoga Allah pelihara keselamatan kita semua. Aminnnnn.

3 comments:

  1. tok laki demo x seh kelek ngundi ko?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi2....cuti 1 tahun ngundi kena tunggu 5 tahun lg nak kelik ngundi

      Delete