Turi atau geti (Sesbania grandiflora syn. Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis sayur tradisional. Pokok bersaiz kecil ini berasal dari Asia Tenggara dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap.
Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak. (Wikipedia)
Kalau sayur yang pelik-pelik ni papa la yang ajar mama makan. For me, setakat makan tu bolehla tapi takdelah suka sangat coz sayur ni rasanya pahit sikit.
Bahan - bahan :
1 ikat pucuk geti
1 ekor ikan sardin
1 peket santan
2 ulas bawang merah
1/2 inch halia
Garam
Cara - cara :
Rebus ikan sardin terlebih dahulu. Kemudian amik isinya sahaja.
Tumbuk isi ikan dengan bawang merah dan halia.
Panaskan santan dalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Bila santan mendidih, masukkan pucuk geti dan garam. Kacau hingga sedikit layu.
Sedia untuk dihidang
sdpnya....dah lama tak mkn pucuk geti nih...tp skg kalu mkn kena hati2 coz bfeed...(blh tak aku baru tau ko ada blog...hehehehe...sengal btl ko kan)
ReplyDeleteapa plak aku yang sengal..biasala ai kan low profile. ko mkn jah pucuk geti ni, memang spesis laki aku la.
Deleteaku time kecik2 ni je la sayur aku...sedap kot...pucuk geti pastu buah melinjau...perghhh ssh dpt kot skg nih...bkn takat ssh tak tau mana nak cari dah bda nih...hehehehe..sedap mkn ngan smbl belacan...
ReplyDeletepucuk geti ni kat pasar malam jer ada. buah melinjau tu cmne plak? tak pernah makan.
ReplyDelete