Sunday, March 31, 2013

Klinik

Dah siap breakfast kami terus ke klinik kita kat sungai buloh. Risau juga kot-kot cirit Hazim tu melarat. Masa kami sampai kebanyakkan pesakit adalah budak lelaki baya Rayyans. Hmmm..musim demam kembali agaknya. Ditambah dengan cuaca yang agak panas sekarang ni. Budak-budak lebih cepat terdedah kepada penyakit.

Ni Hadif poyo baring atas riba papa..mengajuk Hazim yang merengek sakit. Masa dok tunggu turn nak jumpa doktor, ada orang tanya mama umur Rayyans ni selang setahun ke?

Itulah si Hadif ni dah terlebih besar berbanding dengan Hazim. Sampaikan orang dah tak boleh cam yang diorang ni kembar. Hari ni doktor bertugas orang singh. Tak berkelip mata Hazim pandang doktor. Yang bestnya, setiap apa yang doktor tu suruh dia buat, dia ikut jer tanpa banyak ragam.

No comments:

Post a Comment