Sunday, March 31, 2013

Mihun Goreng Di Pagi Ahad

Malam tadi Hazim dok terberak-berak sampai tak lena tidur. Jadi pagi ni pagi-pagi lagi mama dah bangun masak breakfast. After breakfast kami ke klinik, bawa Hazim jumpa doktor. 

Mihun goreng tanpa cili. Just letak kicap dan sos tiram. Risau juga takut melarat cirit birit tu. Hazim baru start nak makan dengan betul, kalau cirit nanti confirm nafsu makan merudum.

Untuk hidangan sampingan, mama buat salad buah jer. Kebetulan stok buah banyak dalam peti sejuk. Kalau nak tunggu makan gitu-gitu jer confirm busuk dalam peti tu. Kalau buat salad laju jer habis.

Menu simple kami hari ni...after breakfast terus bersiap ke klinik kat sungai buloh. Kat sana ubat dia lebih serasi dengan Rayyans. Dah cuba pergi kat klinik lain, tapi kesannya lambat baik.

2 comments:

  1. tgk salad tu dah meleleh air liur nak kna balik buat juga nanti in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salad tu kan paling senang nak buat. cuma potong2 buah pastu letak sos salad tu. keje nak senang kan..hahaha

      Delete