Kami dah kehabisan idea dah nak mencari juadah berbuka ni. Kebetulan hari ni ada pasar malam kat puncak alam. So kami singgah jer kat pasar malam dulu. Sedang elok sangat sebab mama plan nak beli tudung raya. So sempatlah grab 3 helai tudung..kaler merah, hijau dan biru.
Untuk berbuka pula, mama cuma beli nasi kukus ayam berempah jer 3 bungkus, RM13.50. Makanan lain kureng memikat hati. So we decided singgah kat pasar ramadhan plak untuk cari kuih.
We bought roti jala, RM4
Akok, 5 keping RM2...tapi tak sesedap yang kat kampung. Ni yang buat hati makin tak sabar nak balik kampung.
Sambal paru, RM3. Banyak gila..penuh pinggan. Rasa pun boleh tahan sedap. Lain kali boleh la try lauk lain kat makcik yang jual sambal paru ni.
Air sampai dua jenis. Jus mangga, RM4 dan soya panas, RM2.50. First time bulan puasa ni minum air soya coz papa tak bagi mama minum air soya jual kat gerai. Tapi hari ni bila mama cakap nak minum soya papa ON jer.
Roti pizza dan chcicken puff yang mama beli kat Kings tengahari tadi.
Kwayteow goreng pemberian jiranku a.k.a pengasuh Rayyans
No comments:
Post a Comment