Wednesday, August 8, 2012

Rayyan's Birthday Celebration

Celebration lah sangat kan....xde nak celebrate besar-besaran pun. Maklumlah birthday diorang jatuh dalam bulan puasa. Mama just beli kek, bagi diorang tiup lilin. At least adalah something untuk meraikan hari kelahiran diorang ni. Kesian plak diorang kalau langsung takde apa-apa celebration sempena hari kelahiran diorang ni.

Seperti tahun lepas, tahun ni pun kami sambut empat beranak jer. Cuma bezanya kali ni sambut before buka puasa. Dah tak menyempat tunggu berbuka sebab diorang dah nampak mama jinjit kotak kek. Teruslah merayu-rayu nak potong kek.

Kek pun mama just beli dekat Kings jer...yang menarik hati cuma kek ni jer..kek choc banana. Mama cari gak kek yang ada design kartun2 tapi yillekk...maybe sebab ni bulan puasa so limited la kek yang diorang produce. Nak beli kat secret recipe cam membazir plak. Kitorang bukan habis pun nak makan kek yang besar-besar gedabak tu.

Hi mama...we turn to 3 today. The boys memang excited nak tiup lilin. Diorang pun dah tau nyanyi lagu 'happy birthday to you'. Tersipu-sipu jer diorang bila mama dan papa nyanyi lagu birthday untuk diorang.

Hadif belum apa-apa dah tak sabar nak potong kek. Pisau tu dari awal kat tangan dia jer la. Mama suh tiup lilin dulu, tapi dia plak nak potong kek dulu.

Last-last Hazim tolak tangan Hadif suh ketepikan pisau tu dulu. Satu hal plak bergaduh time-time nak tiup lilin ni. Haishhh...anak mama ni ada jer benda yang boleh wat diorang gaduh.

Ok..now ready nak tiup lilin

Tetiba Hadif bangun dan tiup lilin tu sorang-sorang. Kesian Hazim terkebil-kebil menengok.

Terpaksala papa nyalakan lilin tu balik. Kasi chance kat Hazim tiup sorang-sorang plak.

 OK...now Hazim's turn

Acara yang ditunggu-tunggu oleh Hadif, potong kek. Potong kek cam nak tikam orang dah gayanya.

Kek ada sebiji jer. So terpaksalah anak mama gilir-gilir potong kek. Suh pegang pisau sama-sama tapi si Hadif plak takmo. Tamak betul nak potong sorang-sorang.

Dah potong kek, kenalah makan pastu. Hadif makan 2 potong. Dia ni kalau bab makan memang laju jer.

Sib baiklah kek ni sedap. The boys loved it very much. 

Inside the cake ada pisang. Half of the cake mama bagi kat pengasuh. Tak mampu kami nak habiskan sebiji kek ni. Daripada terbuang dalam tong sampah, eloklah mama bagi kat jiran.

To birthday boys, ini saja yang mama termampu buat untuk meraikan hari lahir Hazim dan Hadif. Mama harap Hazim & Hadif gembira walaupun celebration ni simple saja. Insyaallah, raya nanti kita celebrate kat kampung plak, with tok ayah n nenek serta ahli keluarga yang lain.

No comments:

Post a Comment