Sekejap jer masa berlalu. Hari ni dah hari ke 20 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni mama masih berpuasa penuh. Harap-harapnya penuhla puasa tahun ni. Kalau tak bercinta la nak mengganti. Semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk meneruskan baki puasa selama 9 hari jer lagi. Insyaallah...Berbalik ke menu iftar, hari ni kaki melangkah ke pasar ramadhan saujana utama lagi. Memang tahun ni kat situ banyak makanan yang menarik hati kami.
Ikan cencaru bakar, RM5
Ikan kembung percik putih, RM6
Sup daging kuah melimpah ruah, isi tenggelam kat bawah, RM5
Popia goreng, 5 ketul RM2
Kuih koci, 5 ketul RM2. Kuih koci ni boleh repeat beli lagi. Sedap. Ada santan. Selalu kami terkena, beli yang takde santan. Murka.
Cempedak goreng, 10 ketul RM4. Nak nanges rasa mengenangkan harganya. Kalau kat kampung, buah cempedak ni melayut-layut kat umah nenek. Sampai tak habis makan. Siap bagi kat lembu lagi. Kat sini harganya mahal nak mam***.
Tasya, awak nampak biru hari ni. Macam air yang mama beli ni, blue lemon lychee....perghhh nama leh tahan panjangnya. Harganya standardla, RM2. Maka total pembelian hari ni adalah RM26.
Pastu ada plak jiran bagi nasi goreng ni. Sapa lagi nak bagi, kalau bukan pengasuh Rayyans. Setiap hari ada jer juadah yang dia bagi kat kami. Alhamdulillah, kami terima dengan tangan terbuka. Rezeki jangan ditolak.
No comments:
Post a Comment