Saturday, May 24, 2014

Kuala Kedah : Family Day

Syukur alhamdulillah tahun ni lagi sekali dapat mengumpulkan semua anak cucu en zawawi. Yang sedihnya last minit en zawawi tak dapat ikut.

Semalam, selepas subuh rombongan kami sebanyak 3 buah kereta bertolak ke kedah. Lewat petang baru sampai kat kuala kedah. Musim cuti sekolah trafik agak sesak.

Family day tahun ni berlangsung kat langkawi. Lokasi atas pilihan bonda tersayang. Katanya tak pernah lagi jejak kaki ke langkawi. 

Semalam kami stay kat kuala kedah dulu. Kami sewa homestay. Pagi ni baru kami akan gerak ke langkawi. Seboleh bolehnya nak dapatkan first trip feri ke sana.

Masing2 bangun awal sebab excited plus tak dapat tidur. Malam tadi tetiba arisa menangis tak henti2. Ingatkan dia penat sebab jalan jauh. 

Sekali nenek buka cerita. Right before arisa menangis nenek rasa macam ada orang dok gosok2 belakang dia. Alamakk.. seremmm mak.

Dulu masa kami bercuti kat gambang, ciknik n p.da yang kena usik. Kali ni nenek ngan arisa plak. Ye la kan, homestay tak selalu ada orang. Jadi adalah kot makhluk2 lain yang menumpang.

Alhamdulillah tiada perkara yang buruk berlaku. Percutian kami tetap dapat diteruskan. So pepagi lagi kami check out dan menuju ke jeti kuala kedah.

No comments:

Post a Comment